shaklee

shaklee

Thursday 2 October 2014

Petua Merawat Anak Demam

Petua Merawat Anak Demam Secara Tradisional | Tips Atasi Anak Demam


merawat anak demam


Hati ibu mana tidak risau bila si anak demam kan. Lagilah risau kalau anak yang tidak sampai setahun lagi. Hari ini anak saya sendiri yang demam. Tapi tidaklah teruk sangat sekadar demam biasa sahaja. Kata orang demam nak boleh merangkak atau bercakap dengan lebih petah, Anak saya baru 6 bulan lebih, mungkin nak merangkak dengan lebih laju. Habislah nak kena kejar dia hari-hari. Sekarang nie pun tak larat dah rasa. Tetapi, dah nama anak nak semakin membesarkan jadi banyaklah perkara baru yang dia boleh lakukan. Jadi seorang ibu kena banyak bersabar.

Apa yang saya nak kongsikan hari ini, bagaimana petua untuk merawat anak yang demam. Bagi saya anak yang bawah setahun tidak digalakkan memberi ubat demam, melainkan si anak demam yang teruk. Perkara yang perlu ibu-ibu lakukan secara tradisional adalah :

Petua Merawat Anak Demam



Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.

Untuk menurunkan suhu badannya ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas-ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun baby atau anak kecil berkenaan. Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.

Petua Turunkan Suhu Badan Dengan Air Kelapa Muda


Kalau ada yang demam berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat, boleh dicuba ikhtiar nie.

Untuk merawat demam yang tak kebah-kebah tu,cuba beri minum air kelapa muda dua kali sehari. InsyaAllah, badan panas tu akan mulai turun.

Petua Menurunkan Suhu Badan Anak Demam


Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.

Selain cara di atas, menurut orang tua-tua dulu, bawang yang telah ditumbuk itu seeloknya dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. Kemudian barulah dilumurkan ke badan si anak, terutama bahagian punggung dan dada.

Petua Meredakan Demam


Jika anak anda ataupun anda sendiri diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menjaram kepala dengan air asam jawa.

Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Lepas tu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.

Lakukan berulang kali sehingga suhu panas badan terasa mulai reda.

Petua Redakan Demam Dengan Sirih Pinang


Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan tu hingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Lepas tu sapukan pada kepala anak yang demam.

Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
Petua Turunkan Demam Dengan Ubi Kayu

Kalau ada bayi atau anak kecil yang demam, boleh juga dirawat dengan ubi kayu untuk menurunkan suhu badan yang panas.

Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan tu ditempekkan ke dahi budak tu. Bila parut tu kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. petua yang amat berguna dan boleh dijadikan panduan.

    ReplyDelete
  2. Good info..thks for sharing

    http://mummyfarisharyyan.blogspot.com

    ReplyDelete