Pages

Thursday 17 April 2014

25 Mac 2014 Cahaya Mata Pertama (Ayatul Saffiyya)

Salam.. hyee... mummy2 smua..

wahh.. lama betul ina x update blog kan.. nasib lah x berkarat lagi.. hihi..
yerlah ina baru je bersalin baru2 nie.. hari nie dah 24 hari berpantang.. banyak dugaan nak ke update blog nie.. kalau xde mood memang x update lah sbb perlukan masa yg sesuai nk update blog nie tau.. nak jiwa2 kn.. hehe...

okay berbalik kepada tajuk..
ina nak share macam mana proses ina bersalin hari tu ye..

24 Mac 2014
<3 pagi ina ada keluar tanda keluar darah..
ina nie semangat lah suruh en.suami pergi beli mknn cepat2,masak telur separuh masak, nak mkn kenyang2 org kate utk tenaga nak menerankan.. tapi time tu xsakit lg pon sebenarnye,, yerlh anak first kn mne lh thu.. kihkih...

<3 Siap2 makan ina pon cepat2 ke hospital.. barang2 ina dan bby suami dh siap2 letak dalam kereta dah..
Masa dalam kereta otw nak ke hospital sempat lagi update status kt fb minta shbt2 doakan ina selamat bersalin nnti.. hihi.. bukan update status kat fb je, siap boleh berwhatsapp lagi dgn kwn2 whatsapp jugak.. urmm.. dah x sakit lagi kn mmg lh blh..

<3 Sampai je kat depan labour room, ina xnak masuk lagi, ina suruh suami cari arking ina nak baca surah Maryam sekali lagi sebelum bersalin.. sebelum2 tu ina mmg amalkan surah maryam setiap hari.. lepas habis je baca surah maryam tu ina pon masuk labour room..

<3 Masuk je labour room terus jumpa doktor sebab pation xramai pagi tu.. doc cek jalan, baru 1 cm.. doc macam nak bgi ina balik rumah semula, tapi dtg doc yg lebih pakar dia x bgi balik dia suruh admin wad sebab keesokkannya dah due ina bersalin.. katenya kalau esok pagi ina  x bersalin lagi, ina akan dimasukkan ubat,, (induce)..ngee.. bgeri dgr masuk ubt kn..

<3 Ditolak masuk ke wad, suami ikut sekali.. rilex je xsakit lagi mase tu..
petang dalam jam 5.30 pm ina mcm dah mula datang sakit.. sakit contraction.. 30 minit sekali.. mak ina dah pesan mkn byk2 nanti dah x blh mkn dh.. tapi org sakit mana ada selera dah nak makan kan.. sempat makan sikit jeptg tu.. masa solat maghrib ina dah xboleh solat mcm biasa.. ina solat duduk atas kerusi.. selesai je solat minta nk cek jln sbb sakit kerap.. cek2 baru 2 cm..

<3 Sakir semakin kerap 10 minit- 5 minit sekali.. darah dah mula keluar bercampur air.. org kate ketuban darah sakit... mmg sakit lh.. org sebelah, depan tengok je xblh nk buat apa.. yerlh sakit nk bersalin xde org yg dpt tlong.. jam 9 mlm ina minta plak cek sbb sakit sangat2.. masih 2 cm.. ina bertahan samapailah jam 2 pagi.. ina minta cek skali lg.. dah 4 cm.. ina ditolak ke labour room..
bila masuk je lobour room ina terus bgthu kat nurse ina nak doc perempuan xnak doc lelaki.. Alhamdulillah dapat doc perempuan.. walaupun doc tu kecik je..hehe.. doc x kawen lagi..

<3 jam 3 pagi suami ina dah dibenarkan masuk labour room bersama2 ina.. rasa lega sikit nampak suami ada kat sebelah.. ;)
ina masa tu still sakit contraction yg semakin kuat sgt2.. hanya Allah je yg tahu masa tu.. ;(
tepat jam 5 pagi bukaan ina dah 10 cm, nurse dah suruh ina teran.. ya Allah ina dah xlarat dah mase tu.. yerlah melawan kesakitan dari ptg smpai pagi tu... mengambil masa 31 minit baru lah baby ina keluar dengan selematnya.. :) masa baby keluar je terus hilang sakit tu 100%..  :)



Ayatul Saffiyya Ahmad Syukri
tarikh lahir: 25 Mac 2014
berat lahir : 2.93kg
masa lahir : 5.31 am


<3 okay nie dia anak ina yg pertama.. cute kan.. hihi. puji sendiri plak..
tu jelah citer hari nie skdar nak share mcm mne ina bersalin hari tu.. pengalaman anak pertama..
ermmm mesti tertanya2 set hamil apa yang ina amalkan masa hamilkan..

Mestilah set hamil shaklee yg wooww!!


Set berpantang pulak? Dan semestinya set berpantang shaklee juga sebab set hamil dan set berpantang sama je cuma just tambah zinc utk luka.. ;)



okay sampai disini dulu citernye.. nnati ina sambung ank ina ada jaundis ke tak ye.. ;)
nak order shaklee dengan ina?? boleh..


untuk tempahan sila hubungi:
NorJarina Mohd Ariffin
ID1080045
019 9685187 sms/ whatsApp

No comments:

Post a Comment