Salam.. mummy2 semua..
Mummy semua mesti risau kalau baby menangis atau buat 'pe el' lah orang kata kan..
Tahu tak kadang2 kenapa baby nie dia buat 'pe el' atau meragam..
Kemungkinan baby sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.. Jadi kat sini Ina nak share apa petua bila anak kita sakit gusi nak tumbuh gigi..
Apa yang bermain di fikiran anda semua jika anak-anak kita yang masih kecil mengunyah tangannya sepanjang hari dengan air liur yang banyak? Adakah perbuatan itu menyakitkan si kecil? Ha, itu tandanya si kecil kita akan bermula untuk tumbuh gigi. Ia adalah perkembangan yang sangat penting yang wajar kita sebagai ibu bapa memberi perhatian sepenuhnya pada mereka yang belum faham apa sebenarnya yang terjadi pada mereka!
Menurut sumber, tidak ada bukti saintifik bahawa tumbuh gigi adalah menyakitkan.
Simptom dan Gejala Tumbuh Gigi yang Perlu Diberi Perhatian:
Gusi merah dan bengkak
Pipi dan muka menjadi merah
Kerap menggosok telinga di sebelah yang sama dimana gigi akan tumbuh
Air Liur Meleleh dengan banyak
Sakit gusi ketika tidur
Makan tidak Konsisten
Menggigit dan Menghisap apa sahaja
Mudah merajuk dan kecil hati kerana kurang selesa
Hampir semua simptom-simpton diatas memang terjadi pada bayi anda . Terdapat sesetengah ibu bapa yang melaporkan anak-anak mereka akan mengalami demam atau suhu yang tinggi dan cirit-birit sejurus sebelum gigi muncul.
Selalunya anak-anak akan mengadu kesakitan atau menangis berlarutan apabila tumbuh gigi. Hal ini berlaku kerana ia adalah proses yang menyebabkan kerengsaan, sakit dan bengkak pada gusinya. Hal ini mungkin menjadi sebab kenapa bayi menolak untuk menyusu susu ibu dan botol apabila mereka tumbuh gigi.
Tips terbaik untuk mengurangkan kesakitan mereka ialah:
Mengigit objek-objek sejuk seperti teether berasaskan pepejal silikon
Tekapkan tangan atau sudu sejuk di gusi bayi anda supaya berasa kebas
Biarkan bayi mengunyah biskut rusk, breadstick atau roti keras
Buah-buahan segar dan sejuk seperti timun atau pisang sejuk untuk dikunyah
Beri puting/pacifier untuk melegakan rasa sakit gusinya
Diharap tips dan info ini memberi manfaat kepada ibubapa yang ingin membantu anak-anak mengatasi rasa sakit apabila tumbuh gigi..
salam sayang..
untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email):
Shaklee Independent Distributor
Norjarina Mohd Ariffin
019-9685187
Noorislam_jj@yahoo.com
www.facebook.com/sihat.supplement
COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
No comments:
Post a Comment