Pages

Friday 30 May 2014

Vitamin Shaklee Dan Penyakit Thalassemia

Thalassemia merupakan salah satu masalah kesihatan di Malaysia. Di Malaysia, dianggarkan antara 3% hingga 5% penduduknya merupakan pembawa kepada penyakit genetik ini yang diwarisi dari keluarga kepada anak. Setiap pembawa yang berpasangan dengan seorang lagi pembawa adalah berisiko untuk melahirkan anak thalassemia major yang akan memerlukan transfusi darah sepanjang hayat untuk meneruskan hidup.



Apa itu Thalassemia?


Thalassemia merujuk kepada penyakit kecacatan darah. Thalassemia diwarisi iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Thalassemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).




Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.


Mereka yang mengidap Thalassemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan boleh menjadi sakit yang teruk.


Jenis-jenis Thalassemia.

Thalassemia minor : Thalassemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen thalassemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda thalasemia atau pembawa
Thalassemia major : Thalassemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka thalassemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda thalassemia.


Pembawa Thalassemia

Biasanya penghidap Thalassemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Mereka boleh menurunkan gen Thalassemia kepada anak-anaknya. Sekiranya salah seorang ibu atau bapa adalah pembawa, keadaan berikut boleh berlaku.


Peratusan risiko untuk setiap kehamilan; - 50% kemungkinan adalah pembawa dan 50% kemungkinan adalah normal - Tiada anak yang menghidap Thalassemia (talasemia major)


Pesakit Thalassemia


Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa Thalassemia, keadaan berikut boleh berlaku; - 25% kemungkinan anak mereka adalah pesakit Thalassemia dan - 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa - dan 25% kemungkinan anak mereka adalah normal


(Nota: Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.)


Gambarajah berikut menunjukkan perinciannya bagaimana Thalassemia diwarisi..




Apa itu Thalassemia Major?


Pesakit Thalassemia Major mengalami kekurangan darah yang serius. Mereka memerlukan penambahan darah sekali setiap bulan dari kecil sehingga sepanjang hayat mereka.

Penambahan darah mengakibatkan pengumpulan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan kerosakan jantung, hati dan boleh menyebabkan kencing manis. Pesakit juga berisiko meninggal dunia jika tidak mengambil ubat yang disyorkan.

Pesakit-pesakit ini perlu menyuntik ubat pembuangan zat besi sepanjang hayat untuk memastikan jangka hayat yang panjang.

Mereka ini boleh diubati dan sembuh dengan pemindahan sum-sum tulang



Apakah vitamin Shaklee yang dapat membantu anda lebih sihat dan cergas?


Vitamin B Complex - mengandungi rangkaian vitamin B mampu mengurangkan tekanan dan stress. Ianya juga membantu tubuh dalam melawan penyakit.



Vitamin E -diperlukan sebagai anti-oksidan yang tinggi serta bagi mencairkan darah. Tetapi, jika penghidap mengambil ubat seperti Warfarin atau Coumadin anda dinasihatkan memberitahu doktor pakar anda supaya dos yang diambil itu dikurangkan.

Ostematrix - bersama Magenesium dan Vitamin D membantu dalam pengawalan
denyutan jantung supaya seimbang.

ESP - disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.
Zink - baik untuk penghidap Thalasemia Minor SAHAJA kerana ianya membantu dalam meningkatkan sistem imun tubuh penghidap serta mengurangkan risiko high-density lipoproteinsmenurut Dr. M Aroon Kamath dalam artikelnya di Doctors Lounge.

PERINGATAN!!

VITA-LEA & ALFALFA

TIDAK DIGALAKKAN UNTUK

PESAKIT TALASEMIA


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment