shaklee

shaklee

Sunday 28 September 2014

7 Tips Pulihkan Diri Selepas Bersalin


Tips Pulihkan Diri Selepas Bersalin



Saya tiadalah petua yang luarbiasa sangat. Semua petua saya sama dengan orang lain. Cuma semasa berpantang saya mengamalkan beberapa petua untuk pulihkan luka bersalin. Antaranya:


Saya mengambil ikan haruan di sepanjang 2 minggu saya berpantang. Sama ada direbus, di panggang atau di bakar. Saya juga mengamalkan pati Ikan Haruan. Saya akan minum sehari sebotol pati ikan haruan selama 2 minggu juga. (Petua minum pati Ikan Haruan, saya akan minum pati bersama beberapa potong limau sunkist.






Caranya: selepas saya telan pati haruan, saya akan hisap sepotong buah limau sunkist bagi menghilangkan rasa kurang sedap pati haruan itu sendiri. Tahu ajelah rasanyakan..kurang enak apatah lagi bau, namun cara saya tadi dapat mengatasi masalah tersebut).


Saya juga mengamalkan minum Jeli Gamat. Jeli Gamat saya akan ambil sesudu sehari dengan menggunakan sudu plastik ataupun dicampurkan di dalam air suam lalu diminum. NAMUN, jangan pula meletakkan jeli Gamat kepada luka anda pula ya!

Saya pernah terdengar ada sesetengah ibu bersalin melalui pembedahan meletakkan minyak kuning, minyak gamat pada luka atas alasan untuk cepat sembuh. Akibatnya luka pembedahan itu akan bernanah dan berdarah. ITU ADALAH PILIHAN YANG KURANG BIJAK! Luka pembedahan tidak perlu diletakkan apa-apa ubat melainkan saline atau ubat cuci yang diberikan doktor. Tapi saya hanya menggunakan air paip biasa lalu dibasahkan kapas dan dilapkan ke atas luka tersebut. Selepas itu, saya akan pastikan luka tersebut betul-betul kering. Untuk keringkan luka saya akan menggunakan pengering rambut / hair dryer untuk pastikan luka tersebut tidak basah, lembap atau berpeluh. Terutama setiap kali selepas mandi saya akan mempastikan luka saya kering kerana jika tidak berkemungkinan luka akan bernanah atau terkena jangkitan kuman.

Saya juga mengamalkan tips menyusukan bayi untuk cepat pulihkan luka. Orang kata apabila kita banyak menyusukan bayi, luka akan cepat pulih. Ini kerana apabila bayi menyusu, kesemua urat yang berada di dalam badan seolah-olah bekerja dan terutama apabila bayi hisap saya akan merasakan denyutan di urat luka. Jika semasa tempoh berpantang anda mengalami masalah penyusuan dapatkan nasihat daripada yang pakar, banyakkan membaca tentang dunia penyusuan, berkongsi dengan keluarga atau kawan-kawan tentang masalah anda. In sha Allah, anda mampu memberikan yang terbaik buat bayi anda.

Alhamdulillah saya mengenali Shaklee sejak mengandung 5 bulan lagi. Shaklee juga mempunyai Set Berpantang untuk ibu yang baru bersalin yang mana berperanan memulihkan luka bersalin dan memberi tenaga semasa berpantang. Antara vitamin yang terdapat di dalam Set Berpantang ini adalah Zinc Complex. Zinc Complex bermanfaat mempercepatkan pemulihan luka dalaman atau luaran terutama buat ibu berpantang.


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK



No comments:

Post a Comment