Pages

Wednesday, 24 September 2014

Saffiyya 6 Bulan | Cucuk Imunisasi

Assalamualaikum..

Sebenarnya entry nie dah di tulis dari pagi tadi lagi, dan sudah di publish tetapi bila tengok semula entry nie dah hilang.. Tak tahu ke mana dia pergi. Kemungkinan disebabkan line internet ina terputus sekejab tadi. Tidak apalah Ina cuba untuk ingatkan semula apa yang sudah di ceritakan tadi.

Ok, anak menangis pula. Nanti kita sambung. Sekarang terpaksa menaip entry sambil meriba anak iaitu saffi. Peneman setia umi setiap malam buat entry. Semoga suatu hari nanti saffi menjadi anak yang berjaya. Eh, dah termasuk episod lain pula.

Cucuk Imunisasi. Itulah tajuk sebenar yang hendak di ceritanya. Hari ini, saffi sudah 6 bulan, sekejab sahaja masa berjalan kan. Besar dah anak umi nie. Pagi-pagi lagi si suami sudah hantar kami ke klinik desa Bukit Kuang untuk checkup macam biasa timbang berat badan, ukur panjang,lilitan kepala dan cucuk imunisasi. Kebisaannya memang kamilah yang akan mendapat nombor giliran paling awal. Nombor 1 dan nombor 2 itu adalah biasa. Tidak pernah lagi dapat nombor giliran lebih dari nombor 5. Ina suka pergi klinik awal pagi sebab tidak perlu tunggu terlalu lama.

Hari ini dapat nombor 2. Masuk pukul 8 pagi, 8.30 pagi dah siap saffi kena cucuk. Memanglah menangis kena cucuk tapi sekejab je. Pandai-pandailah si umi nie memujuk anak kan. Saffi seorang anak yang sangat cerdik dan cekap. Sebab apa saya kata begitu, kerana semasa umur dia 3 bulan sudah pandai meniarap tanpa pertolongan daripada kami. Tidak masuk 6 bulan dah angkat badan nak merangkak. Perkara yang paling ketara sekali nampak adalah saffi sudah pandai hisap air masak menggunakan straw. Sangat amazing!!

Ok, itu sahaja entry Ina tentang anak ina yang pertama nie. Biasalah anak pertama lebih banyak pengalaman. Ibu-Ibu lain juga bolehlah ceritakan apa kelebihan anak anda di ruang komen ye.

salam Sayang.... Ina..







posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment