shaklee

shaklee

Saturday 27 September 2014

Suami mithali

Alhamdulillah.. bersyukur rasa tak terhingga apabila dikurniakan seorang suami yang sangat baik.
Suami yang selalu menolong isterinya, suami yang ringan tulang tolong masak apabila si isteri sibuk menjaga anak yang tengah membesar. Tambahan pula, tengah membuas.

Isteri mana tidak rasa bahagia apabila mendapat suami yang macam ini kan. Semua wanita inginkan seorang suami yang bercirikan yang ringan tulang, rajin,mudah memahami. Walaupun kadang-kadang ada juga salah fahamnya. Biasalah onak duri dalam rumah tangga orang kata.

Perganduhan atau salah itu sebenarnya mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Sebab apa saya kata begitu kerana ada sesi pujuk memujuk bila bergaduh betul tak?

Syukur saya setakat ini walaupun bergaduh tidak pernah melarat sampai ke malam sebelum tidur. Kerana risau sekiranya suami tidak redha semasa dia tidur kita akan dilaknat oleh malaikat. Nauzubillah. Minta-minta di jauhkan semua itu.

Sentiasa berdoa semoga rumah tangga kami bahagia hingga ke syurga. Aminn..

Antara perkara yang suami saya lakukan adalah memasak ketika saya sibuk mengupdate blog ke. Dia sangat memahami dgn kerjaya saya.




Manggi yang special malam ini. ❤❤


Ok, itu sahaja yang simpan dalam telefon ini. Ada banyak lagi yang suami pernah masak.

Terima kasih Abang.. ❤❤❤






Ikan celup tepung.. comelkan ikan tu.. ❤❤



Keluarga bahagia..

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. Bertuah badan kan... Alhamdulillah. Saya juga punya suami yang boleh dalam segala hal. Dari memasak hinggalah mengams rumah... Syukur sangat?

    Jemput baca entri saya >>> Set Kesuburan Shaklee Yang Terbaik

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah dapatkan suami yang ambil berat tentang kita...semoga Allah selalu melimpahkan rahmatNya pada suami-suami kita...aamiin..

    ReplyDelete