Pages

Thursday, 23 October 2014

Jalan-Jalan Makan Angin Bersama Orang Tersayang Di Kampung Cina, Kuala Terengganu


Assalamualaikum..

hari ini bersiaran secara live lagi untuk update blog. Ohh ya hari ini nak cerita pasal famili Ina juga. Semalam sudah cerita pasal pergi program shaklee kan. Jadi, hari ini nak share ke mana kami pergi  sempena balik kampung di Kuala Terengganu nie kan. Tapi esok dah nak balik kemaman semula. Sekejab je rasa cuti. Disebabkan cuti tak berapa banyak maka kami bercadang nak pergi jalan-jalan dan fotoshot ke kampung cina, Kuala Terengganu.

Haaa... sebut fotoshot ada upah orang ke? ehh.. tak lah, guna kamera telefon je. Bila nak ambil bertiga kami berselfie lah. Hehe.. Saja suka-suka ambik gambar untuk di buat kenangan time ada anak nie. Tambahan pula, Saffiyya memang suka bergambar, lebih-lebih lagi kalau ambil guna kamera depan. Bak kata orang sekarang lah 'berselfie'.

Ok. nak tahu tak apa yang seronoknya pergi ke kampung cina ini? Apa yang seronoknya di kampung cina ini, di setiap lorong dihiasi pelbagai keunikan seperti lorong payang yang di mana ada payung kecil berwarna-warni yang tergantung di atas lorng tersebut. Amat cantik apabila mengambil gambar di situ. Banyak lagi lorong-lorong yang dihiasi dengan pelbagai kreativiti seperti lorong magga (kunci), lorong wau, lorong kasut-kasut lama dan banyak lagi.

Jom cuci mata dengan gambar-gambar yang telah Ina ambil petang tadi. Tetapi Ina posng tidaklah secantik model yang dah terbiasa bergambar kan. Hanya biasa-biasa sahaja.


















Ini sahaja sempat Ina download gambar. Biasalah bila ada kat kampung nie line internet pun macam siput sedut jekan. Tapi bersyukur juga sebab boleh je update blog. 

Bagi cadangan Ina mana-mana yang nak kahwin dan bercadang nak ambil gambar outdoor  tempat ini memang sesuai sangat. Lain dari yang lain. Kebiasaannya orang selalu ambil dekat pantai kan. Jadi kali ini cuba taste lain pula ambil gambar outdoor dekat kampung cina pula. Istimewanya mestilah untuk orang Terengganu kan. Takkan orang Kuala Lumpur nak datang outdoor kat sini pula kan. Tapi kalau sanggup boleh je, takde masalah pun.



Sekian, ini sahaja coretan Ina untuk hari ini. Kita jumpa lagi di entry akan datang iaitu esok.



MISI MENGUPDATE BLOG SETIAP HARI AKAN DI TERUSKAN...!!



Shaklee independent Distributor
NorJarina Mohd Ariffin
1080045
019-9685187
noorislam_jj@yahoo.com

2 comments:

  1. Waahh seronoknya Kampung Cina ni.. Memang lain dari yang lain. Rasa macam kt luarnegara pun ada kan.. Sbb kat Malaysia jarang ada tempat mcm ni.. Tak tahu pun ada tempat macam ni.. Beberapa kali pi terengganu, tercari-cari tempat yang menarik selain daripada Pantai Batu Burok, tapi tak tahu kat sini ada yer..Boleh pi lain kali insyaAllah..^_^

    ReplyDelete
  2. Hmm tak tahu plak kat terengganu ada kampung cina..hihi

    ReplyDelete