Putihkan Gigi | Rahsia Senyuman Menawan
Hari ini ada terbaca dekat wall seorang kawan yang dia ada share bagaimana nak putihkan gigi ala-ala macam artis senyum nampak putih dan bersih je gigi mereka kan. Agak-agak berapa kos mereka setiap bulan kalau selalu buat treatment tiap-tiap bulan? Alamak botaklah kepala kita kalau kita pun nak buat juga treatment kan, kalau retis tak apalah.
Ok, mari kita tengok apa yang nak saya share kan kepada anda semua. Tidak perlu pergi buat treatment gigi setiap bulan. Hanya dari rumah anda pun boleh memiliki gigi putih dan bersih.
Rahsia Senyuman menawan
Bahan-bahan yang perlu di sediakan:~ 1 Sudu soda bikarbonat
~ Lemon / Limau Nipis
Cara Penyediaan :
~ Ambil 1 sudu soda bikarbonat, hiris limau nipis , kemudian perah limau nipis ke atas soda bikarbonat tadi.
~ Tunggu sehingga air limau nipis sebati dengan soda bikarbonat.
~ Apabila sudah sebati gosok gigi sehingga 2-3 minit.
Tadaaa.. siap..
SELAMAT MENCUBA!!
P/s: Boleh buat 2 hari sekali untuk kesan yang efektif. Untuk Gusi yang jenis sensitif boleh cuba 2 kali seminggu sahaja.
untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
thanks atas perkongsian..blh cuba ni..dulu masa kecik ada seoarang cikgu ni bgtahu gosok gigi dgn garam utk bg putih..
ReplyDelete