Pages

Monday, 20 October 2014

Tips Mudah Bangun Pagi



Berkongsi tips-tips bagaimana untuk bangun awal pagi sebelum Subuh…sekurang2nya setengah jam sebelum Subuh… sempatlah utk bertahajjud, berdoa dan mengadu pada Allah..





Tips ini hanyalah peringatan untuk diri sendiri untuk diamalkan dan dilaksanakan. Moga bermanfaat buat semua yang membaca.:)


  1. Niat sebelum tidur bahawa tidur ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Niat juga dlm hati, bahawa kita ingin bangun awal keesokan harinya. Contoh : ‘Esok saya nak bangun pada jam 5.00 pagi.
  2. Biasakan diri berwudhuk sebelum melelapkan mata. Bayangkan inilah wudhuk kita yang terakhir. Kita memyempurnakan wudhuk dengan tertib, tenang dan sesempurna mungkin. Akan ada malaikat yg mendoakan kita senpanjang tidor hingga sedar esok harinya
  3. Dirikan solat sunat taubat dua rakaat sebelum tidur. Sebelum tidur kita memohon keampunan serta membersihkan diri daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat kita kepada Allah SWT.
  4. Gunakan alat bantuan untuk membangkitkan kita daripada tidur. Setkan alarm telefon berhampiran dengan kita. Saya selalu set 3 masa alarm..
  5. Untuk bangun awal, kita perlulah tidur awal. Tidur yang secukupnya memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.
  6. Baca doa sebelum tidur dan baca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT. Boleh juga sambung baca zikir Fatimah iaitu (Subhanallah 33x, Alhamdullillah 33x & Allah hu akbar 34x)
  7. Sambil berbaring sebelum terlelap, basahkan bibir dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. syukur Alhamdulillah, Alhamdulilah,
  8. Selepas itu bayangkan impian anda/ fikirkan yg positif2/self talk sampailah tertidor..

Teruskan dan ulang berkali-kali tips ini jika gagal. Peringkat awal, ia seperti sukar. Lama kelamaan ia akan jadi habit dengan amalan ini jika dilakukan terus-menerus tanpa putus asa.

Perbanyakanlah berdoa, bermunajat dan merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqamah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini pagi.



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 
Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

  1. apa pon untuk bnagun awal pelukan mujahadah yang kuat, siapa yang tak kuat melawan perasaan memang susah nak bangun awal

    ReplyDelete