Assalamualaikum...
Dari Prof Muhaya
Jom amalkan 10 tip utk yg nak jadi parent....dah jadi parent.... Yang Baru jadi parent semula.... Sama2 kite amalkan.... Terutama tip yg no 6 tu....
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hxati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.
via : Prof. Dr. Muhaya
#silakan share untuk manfaat kita bersama.. Inshaa Allah
Orang cakap anak ibarat kain putih. Kita yang mencorakkannya. Baik didikan dan jaga baik makan pakainya, ishaAllah terbaiklah hasilnya. Arwah mak saya sangat mementingkan kesihatan, sejak dari kecil lagi kami dah diingatkan agar menjaga makanan dan supplemen yang sesuai pastinya. Sehingga kini saya masih amalkanya. Alhamdullilah, kami semua berjaya.
ReplyDeleteMak ayah yang menentukan corak anaknya. Rasulullah saw pun ada cerita macam mana kalau kita nak didik anak2.
ReplyDeleteBAWANG PUTIH DALAM BOTOL COMEL
info dan panduan yang bermanfaat buat ibu bapa.
ReplyDeleteTips Pelajar Pintar Mengikut Dr. Mohd Fadzilah Kamsah
Bagus ni...tips yg menarik...yelah, anak2 tu yg kita harapkn dpt jd insan berguna utk islam
ReplyDeleteanak2 adlh anugerah terindah.. ibu Bapa perlu jaganya dgn penuh tnggungjwab. Jgn Berat setelah, jgn Plih kasih sbb akan dipersoalkn tgnggjwab tu di akhirat nnt..
ReplyDeleteAPA ITU SIRAP AJAIB??
Amalan yang perlu di buat bagi setiap ibubapa yang baru dan juga lama...
ReplyDeletekita insan lemah..
mrskeciksangat.blogspot.com
anak-anak adalah tanggungjawab kita sebagai ibu bapa mereka untuk mendidik dan menjaga serta memberi kasih sayang kepada mereka..
ReplyDeleteBAGAIMANA MAHU KURUS DAN DIET DENGAN JAYANYA
tq for sharing...sebagai ibu bapa kita jugak perlu memantau dan memdidik anak2 nie.
ReplyDeleteTips jimat duit berbelanja di pasar raya
Saya sayang anak saya..sebagai ibu bapa tanggungjawab memang besar dalam mendidik anak2. Semoga anak kita menjadi insan yang berguna
ReplyDeleteBagusnya info ni. Tips-tips daripada Prof muhaya memang sangat bagus untuk diamalkan. Makanan Penyebab Batuk dan Selsema Anak
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Amat berguna utk yg bergelar ibu bapa
ReplyDeletebukan senang nak jadi ibu bapa. ramai yang ada anak tapi tak pandai yang didik anak.
ReplyDelete