Pages

Thursday, 10 July 2014

Akhirnya Anakku Pergi Jua

Rasa hiba dengar berita pagi ni. Seorang lagi bayi menambahkan senarai mangsa yang ditinggalkan dengan pengasuh. Tidak tahu apa kejadian sebenar tapi sangat simpati dengan si ibu.Tidak dapat dibayangkan perasaan ibunya.
Saya petik berita dari harian metro. Jemput baca.
---------------------------------------
Ipoh: Selepas seminggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat mengalami kecederaan parah di kepala ketika dijaga pengasuhnya, seorang bayi lelaki berusia 18 bulan menghembuskan nafas terakhirnya, pagi semalam.
Lebih menyayat hati, bayi malang yang baru pandai berjalan dan memanggil ‘papa’ serta ‘mama’ itu mengalami pendarahan dalam otak hingga mengakibatkan kepalanya membengkak. 
Mangsa, Muhammad Khalish Hadif Kamarul Zaman Shah dimasukkan ke HRPB pada 1 Julai lalu selepas didapati sesak nafas ketika berada dalam jagaan pengasuhnya di Dataran Rapat Baru. 

Nenek mangsa yang ingin dikenali sebagai Napisah, 70, berkata, anak bongsunya, Azlina yang juga ibu kepada mangsa menghantar Muhammad Khalish ke rumah pengasuh sebelum dikejutkan dengan panggilan telefon oleh pengasuh terbabit mengatakan mangsa sesak nafas dan dihantar ke klinik berhampiran.
Foto


JENAZAH Muhammad Khalish dituntut ibunya di Jabatan Forensik HRPB selepas bedah siasat, semalam.

“Pihak klinik kemudian bertindak menghantar cucu saya ke HRPB kerana terdapat pendarahan pada kepala mangsa dan sebaik sampai di hospital, ibu mangsa yang bertugas sebagai Ketua Jururawat Unit Rawatan Rapi (HRPB) mendapati Muhammad Khalish tidak sedar diri.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku dalam otak mangsa dan pembedahan segera dilakukan, namun selepas seminggu dirawat di hospital, cucu saya itu disahkan sudah meninggal dunia dan bantuan pernafasannya dicabut,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB, di sini, semalam. 



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment