Pages

Monday, 7 July 2014

Menyusukan Anak Semasa Mengandung | Boleh Ke??

Menyusu Anak Semasa Hamil

Menurut pembacaan saya dari berbagai sumber termasuklah Babycenter, menyusukan anak semasa mengandung secara amnya, adalah selamat. Tubuh badan seorang ibu boleh menghasilkan susuibu biarpun sedang mengandung. Dan sekiranya siibu telah bersalin dan ingin menyusukan kedua-dua anaknya pun boleh juga - Ini dipanggil penyusuan tandem.

Anda mungkin risau tentang penghasilan susuibu yang tidak cukup nutrisi atau kuantiti susuibu yang tidak cukup, namun tubuh badan seorang ibu sangatlah menakjubkan. Apa yang perlu dititik beratkan adalah pemakanan yang sihat, seimbang dan pastikan meminum air (cecair) yang cukup. Perlu tak makan lebih?? Ikut petunjuk badan kita; makan bila rasa lapar dan minum bila rasa haus. Tapi kalau sepanjang hari tidak pandai rasa lapar, hmmm, lain crita lah pulak tu....


Disini ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh ibu mengandung dan menyusu:-


1) Disebabkan perubahan hormon, nipple siibu semasa mengandung adalah lebih lembut ('tender'). Maka semasa menyusukan anak, nipple mungkin akan merasa sakit, pedih atau luka.


2) Penghasilan susuibu mungkin akan terjejas sedikit.

3) Perubahan dalam rasa susuibu. Perubahan ini mungkin akan dikesan oleh anak yang menyusu. Ini adalah kerana semasa mengandung susuibu akan bertukar kepada colostrum. Colostrum adalah susuibu yang kaya dengan nutrisi, sangat penting bagi bayi yang baru lahir. Mungkin ada anak menyusu akan berhenti menyusu pada masa ini, namun jika anak anda nak terus menyusu, jangan risau tentang colostrum akan habis diminum. Colostrum akan terus dihasilkan sehinggalah keperluan kepada bayi baru lahir di penuhi.


4) Dalam perjalanan menyusukan anak, badan anda mengeluarkan hormon yang dipanggil oxytocin. Oxytocin adalah hormon yang menyebabkan tindakan 'let down'. Ini adalah satu tindakbalas dimana susuibu akan keluar dari payu dara apabila nipple diransangkan. Oxytocin juga adalah penting semasa nak bersalin. Ia merupakan hormon yang penting untuk kontraksi (contraction) semasa nak bersalin. Terdapat kebimbangan oleh beberapa ibu, dimana jika menyusukan anak semasa anda hamil, oxytocin yang dihasilkan mungkin menyebabkan terjadinya kontruksi.



Namun, JANGAN RISAU. JUMLAH OXYTOCIN YANG DIHASILKAN SEMASA MENYUSUKAN ANAK TIDAK CUKUP UNTUK MEMBERI KESAN KONTRUKSI KEPADA UTERUS ANDA. (pada kandungan yang normal k)

Dalam beberapa keadaan, untuk berada dalam keadaan yang selamat, mungkin doktor akan menasihatkan anda untuk berhenti menyusukan anak sebelum baby dalam kandungan dilahirkan. Keadaan ini adalah seperti berikut:-

- Siibu pernah melahirkan bayi pra-matang
- Siibu pernah melalui keguguran
- Siibu pernah mengalami masalah pendarahan

Menyusu semasa mengandung merupakan pilihan siibu sendiri. Sekiranya penyusuan tandem bukan satu pilihan yang baik untuk siibu, maka, adalah lebih baik untuk cerai susu (wean) dengan anak sebelum baby dalam kandungan dilahirkan. Jika ditunggu sehingga adik baru dilahirkan, mungkin anak anda akan terasa seolah-olah diasingkan..

Sentuh sedikit pasal supplement tambahan, jika anda berniat untuk menambah supplement semasa mengandung, boleh cuba produk Shaklee.. Ini adalah Set Semasa Mengandung:- (**PASTIKAN DAPATKAN KONSULTASI DARI SAYA SEBELUM MAKAN NI K)

Set Hamil Shaklee

Anda memerlukan susu yang banyak dan kalsium yang baik untuk diri anda berikan kepada anak anda yang di luar dan yang di dalam kandungan..

Mahu membeli sendiri Set Hamil Shaklee ini?? JOm klik..=)
Saya Mahu Membeki Sendiri Set Hamil Shaklee


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK

No comments:

Post a Comment