shaklee

shaklee
Showing posts with label ADV. JOINT HEALTH TABLET. Show all posts
Showing posts with label ADV. JOINT HEALTH TABLET. Show all posts

Monday, 27 October 2014

Sakit Belakang | Advance Joint Health Tablet Shaklee Berkesan Dalam Masa 5 Hari




Masalah sakit belakang adalah biasa. Gaya hidup sedentari, postur tubuh yang buruk, berat badan yang berlebihan, cara bekerja yang tidak sihat serta tahap tekanan yang tinggi, semuanya menyumbang kepada masalah belakang.


Struktur Belakang Kita

Spina merupakan sokongan pusat sistem topangan badan.
  • Vertebra - 24 tulang dihimpun satu di atas yang lain untuk membentuk spina.
  • Cakera intervertebra - Lapik tulang rawan yang mengasingkan vertebra. Lapik ini bertindak sebagai penyerap hentak serta membolehkan spina bergerak ke beberapa arah. Setiap cakera mempunyai empulur yang lembut dan menyerupai agar-agar, dikelilingi oleh bulatan serabut.
  • Sendi faset - Sendi-sendi kecil yang mengekalkan stabiliti spina dan membolehkan pergerakan.
  • Korda spina - Satu kabel saraf bermula dari otak melalui saluran di belakang vertebra. Saraf ke tangan dan kaki bergerak melalui pembukaan di antara vertebra.
  • Ligamen - Serabut yang kuat memberikan sokongan kepada sendi-sendi spina.
  • Otot-otot - Banyak otot yang besar dan kecil menghasilkan pergerakan dan memberi sokongan kepada belakang. Kumpulan otot lain dari korset bahu, dada, pelvis, pinggang dan abdomen bergantung kepada ikatannya kepada spina supaya otot-otot ini boleh menggerakkan bahagian-bahagian lain tubuh.


Apakah Yang Menyebabkan Sakit Belakang?


Sebagaimana yang kita sedari, terdapat banyak struktur di bahagian belakang yang boleh menyebabkan kesakitan. Selalunya kesakitan ini bertambah secara beransur-ansur atau selang-seli dan puncanya tidaklah ketara. Bahagian belakang merupakan struktur yang rumit dan kesakitan boleh berlaku di sepanjang panjangnya. Paling sering, berlaku di tengkok dan bahagian bawah belakang.

  • Ketegangan belakang
Ini merupakan sebab paling umum bagi sakit belakang. Tekanan yang abnormal, samada secara mendadak atau secara sedikit-sedikit, boleh merosakkan atau menegangkan otot, ligament atau sendi spina. Seliuhan belakang mungkin akibat sentakan yang tidak disangka, misalnya jatuh, atau mengangkat sesuatu dengan cara yang tidak betul. Atau, postur yang buruk serta otot yang lemah boleh menyebabkan sakit belakang kronik.



  • Kemerosotan cakera

Kemerosotan lapisan aur cakera menjadikan rata dan berbonjol. Cakera yang berbonjol akan meletakkan ketegangan ke ligament atau saraf sekeliling dan menyebabkan kesakitan.



  • Artritis

Sama seperti sendi-sendi lain badan, sendi faset spina boleh menyebabkan osteoartritis. Mungkin terdapat kemerosotan di dalam sendi dan pertumbuhan tulang ataji (osteophytes), di sisi vertebra. Osteoartritis juga boleh menjejas vertebra, dikaitan dengan kemerosotan cakera. Ini merupakan penyebab paling umum artritis pada spina. Lebih jarang, beberapa bentuk artritis radang seperti “ankylosing spondylitis” yang membabitkan spina secara langsung.



  • Siatika

Saraf siatika bermula dari bahagian bawah belakang melintang ke punggung dan turun ke bawah di bahagian belakang kaki. Saraf-saraf ini boleh menjadi radang disebabkan oleh cakera yang bonjol atau sendi faset yang radang, dan kesakitan boleh berlaku di mana-mana tempat laluan mereka. Kesakitan merangkumi dari penyakit spina boleh berlaku di mana-mana anggota badan.




  • Osteoporosis


Kehilangan kalsium daripada tulang-tulang spina mungkin mengakibatkan keruntuhan sebahagian daripada vertebra. Hal ini sering terjadi kepada wanita lepas menopaus.



  • Tekanan emosi

Ketegangan otot yang bertambah biasanya akan memulakan penyakit belang yang menguja. Ketegangan otot yang berlanjutan akan mengakibatkan ketakseimbangan otot dan tekanan luarbiasa ke atas spina. Sakit belakang yang bertambah boleh dikaitkan dengan waktu-waktu tekanan.



  • Sakit Belakang Boleh Dicegah Dan Dikawal

  • Sentiasa peka cara anda menggunakan belakang anda.
  • Perbaiki postur anda dan cara anda bergerak apabila anda duduk, berdiri, bekerja dan bermain.
  • Masukkan senaman yang tetap sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda.
  • Kurangkan amaun tekanan di dalam hidup anda.
  • Sakit belakang yang berterusan dan teruk mungkin boleh dibantu dengan rawatan oleh doktor atau pakar fisioterapi terlatih.

Penjagaan Belakang Anda


  • Mengekalkan spina dalam posisi optimumnya.
  • Meletakkan ketegangan yang paling kurang ke atas cakera vertebra, sendi-sendi dan otot-otot, serta tisu yang lembut.
  • Membenarkan spina, kepala, tangan dan kaki bergerak dengan lebih efisien.
  • Memperbaiki keupayaan pernafasan.
  • Membolehkan organ dalaman untuk bekerja lebih efektif.
  • Memperbaiki peredaran darah.
  • Kelihatan dan merasa lebih baik.


Rancang Cara Dan Mengangkat



  • Berdiri hampir dengan objek.
  • Tegakkan objek dengan teguh, memegangnya berhampiran dengan tubuh anda.
  • Menjaga bahagian belakang lurus dan angkat dengan meluruskan lutut anda.
  • Elakkan gerakan yang berbelit, pusing dengan menggerakkan kaki anda.


Bekerja Dan Aktiviti-Aktiviti Harian Lain



  • Sentiasa tegakkan belakang anda.
  • Aturkan ruangan kerja anda supaya perkakas yang paling sering digunakan dicapai untuk mengelakkan banyak membongkok dan peregangan.
  • Bercangkung atau melutut bekerja di paras yang rendah.
  • Angkat objek dengan kedua tangan hampir kepada tubuh, elakkan membawa objek pada sebelah badan sahaja, jika boleh.
  • Apabila menyapu, gunakan strok yang pendek, bengkokkan lutut dan gerakkan kaki anda untuk mengelakkan jangkahan yang berlebihan.

Anda juga boleh mengambil supplement untuk mengatasi masalah sakit belakang, Pontesi untuk sembuh memang 100% smulajadi, selama dan beresan Yang penting produk shaklee sememangnya HALAL. boleh klin link ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Adv.Joint Health Tablet



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Thursday, 20 March 2014

Advance Joint Health Tablet Untuk Sendi yang Sihat

 
Sendi yang sihat bermakna tulang rawan, ligamen,  tendon dan cecair-cecari sinovia (bendalir yang melicinkan sendi-sendi)  iaitu komponen-komponen sendi; mendapat keperluan nutrisi dari yang mencukupi yang diserap oleh tubuh. Sendi yang sihat dan kuat dapat memberi keselesaan antara tullang temulang dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal.

Formulasi proprietari Advanced Joint Health Tablet menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan untuk menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.  Formulasi proprietari  dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi. Advanced Joint Health Tablet adalah berasaskan formula sayur-sayuran 100% iaitu Ekstrak Boswellia, Ekstrak Jagung, Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C. Jadi bonus buat mereka yang vegetarian. 


Kebaikan Ekstrak Sayuran dan Mineral dalam Advanced Joint Health Tablet

Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Jadi Ekstrak Boswellia iaitu gum resin yang mengandungi asid Boswellia AKBA yang pekat (sumber: pokok Boswellia serrate) dapat menyokong keselesaan sendi-sendi anda. Asid Boswellia berfungsi sebagai anti-radang semulajadi dan contohnya, dapat mengatasi radang sendi lutut, sendi bahu dan sebagainya

Ekstrak Jagung - Ekstrak jagung membekalkan sumber pekat glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan dalam jangka masa panjang. Glukosamina yang dihasilkan oleh tubuh akan semakin berkurang seiring dengan pertambahan usia. Jadi Joint Health Tablet membantu meningkatkatkan glukosamina dalam tubuh. Ekstrak jagung juga menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas yang menjadikan sendi lebih fleksibel. Jadi berita baik bagi penggemar jagung.  Anda boleh meneruskan makan jagung kesukaan anda -_^. 

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Merupakan nutrien penting dalam membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung yang memberikan kekuatan struktur terhadap sendi. 100% Nilai Harian Vitamin C dalam Advanced Joint Health Tablet (AJHT) disediakan sebagai nutrien penting untuk sintesis kolagen. Kolagen merupakan salah satu komponen dalam pembentukan tulang rawan dan tisu-tisu penghubung yang lain dalm tubuh. Manakala sebanyak 10% Nilai Harian mineral surih zink, tembaga dan mangan yang terdapat dalam setiap biji kapsul (AJHT) membantu enzim-enzim membina kolagen dan glikosaminoglikan dalam tubuh. Jadi mineral-mineral dan vitamin C memelihara tisu penyambung yang sihat untuk sendi yang kuat dan sihat. 



Keistimewaan Advanced Joint Health Tablet

=> Ekstrak proprietari Boswellia turut mengandungi bahan semulajadi lain yang 
     mempunyai bioaktiviti yang lebih baik bila bergabung berbanding AKBA sahaja

=> 100% bebas kondrotoin bagi penyerapan ekstrak jagung yang lebih baik. (Sulfat 
     kondrotoin boleh menggangu penyerapan khasiat ekstrak jagung dan glukosamina

=> 100% berasaskan sayur-sayuran. Sangat-sangat sesuai bagi vegetarian

=> Kapsul yang mudah ditelan

=> Bebas gluten




Siapa yang Perlukan Advanced Joint Health Tablet

=> Lelaki dan wanita dewasa yang memerlukan produk 100% semulajadi untuk 
     meningkatkan dan mengekalkan kesihatan sendi mereka.

=> Mereka yang sering sakit sendi tulang

=> Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif

=> Orang yang sering melakukan perkerjaan mengangkat beban berat.



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
 
untuk tempahan sila hubungi:
NorJarina Mohd Ariffin
ID1080045
019 9685187 sms/ whatsApp