shaklee

shaklee
Showing posts with label lama manakah masanya untuk hamil. Show all posts
Showing posts with label lama manakah masanya untuk hamil. Show all posts

Wednesday, 13 May 2015

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK APABILA HAMIL SEMULA? | TIPS DAN PANDUAN

Perlukan berhenti menyusukan anak pabila anda hamil semula??

Persoalan ini pasti bermain di pemikiran ramai wanita apabila hamil sebelum anaknya tiba masa untuk diberhentikan dari penyusuan. Ada mengandung walaupun anaknya masih baru berusia beberapa bulan. Bagi ibu-ibu yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk hamil dan menyusukan anak pada masa yang sama. Sebaik-baiknya anda mendapatkan nasihat dan pandangan dari doktor.

Jika doktor berpandangan bahawa kandungan adalah dalam keadaan yang baik dan sihat, penyusuan boleh diteruskan seperti biasa. Namun dalam beberapa keadaan doktor tidak mengalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti berikut ::
pernah mengalami keguguran semasa hamil
pernah mengalami kelahiran anak pra-matang
mengalami sakit perut yang terlampau kuat atau pendarahan dari vagina
Kebiasaanya, ibu-ibu akan mengadu bahawa pengeluaran susu akan berkurangan apabila kehamilan masuk bulan ke 5-6. Selain itu payudara akan mengeluarkan semula susu awal ibu (kolostrum) untuk bayi yang bakal di lahirkan. Oleh kerana pengeluaran susu yang semakin berkurangan dan rasa susu yg berlainan, anak-anak akan mengurangkan penyusuan dengan sendirinya. Dan ianya perlu digantikan dengan pemakanan seimbang dan berkhasiat utk anak anda.

Bagi ibu-ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah seperti diatas, boleh lah menyambung penyusuan seperti biasa. Disini saya kongsikan sedikit tips yang boleh anda amalkan =)

TIPS DAN PANDUAN IBU HAMIL MENYUSUKAN ANAK

1. Ibu hamil sering kali berasa sakit belakang, mual dan loya. Jika anda rasa tidak sihat, lakukan penyusuan dengan mengiring dan letakkan bantal di belakang badan sebagai support.

2. Ibu yang hamil akan berasa cepat letih. Apatah lagi jikalau menyusu sekali. Maka rehat yang secukupnya amatlah penting. Jika perlu mintalah bantuan suami atau keluarga untuk menjaga anak kecil dan anda berehatlah secukupnya.

3. Apabila mengandung, puting akan berasa sedikit sakit dan sensitif bila anak melekap. Maka pastikan cara lekapan itu adalah betul untuk mengelakkan puting dari melecet.

4. Jaga pemakanan dan ambil diet yang seimbang. Ibu hamil memerlukan 200-400 kalori tambahan untuk menampung keperluan bayi dalam kandungan dan jikalau menyusukan anak dalam masa yang sama 600-800 kalori tambahan diperlukan dalam sehari. Ia perlu merangkumi semua jenis makanan termasuk protein, karbohidrat, susu, sayuran dan buah-buahan.

Pemakanan ibu hamil harus kaya dengan zat besi, folic asid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan dan juga pengeluaran susu ibu. Jika tidak pengambilan supplemen adalah sangat penting dalam situasi seperti ini untuk menampung keperluan tambahan ini.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL

Supplemen Ibu Hamil Shaklee

1. VITA-LEA IRON FORMULA
Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
Mengandungi Iron Formula (Zat Besi) yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

2. B-COMPLEX
Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.
Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.
Dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

3. VITAMIN C
Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa  lima jam.
Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.
Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.

4. OSTEMATRIX
OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.
Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.
Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

5. OMEGAGUARD
OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain.
Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).
Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.
Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara.

- Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. -


Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email):

Shaklee Independent Distributor
Norjarina Mohd Ariffin
019-9685187
noorislam_jj@yahoo.com
www.facebook.com/sihat.supplement

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK

Sunday, 28 September 2014

Merancang Untuk Hamil


Merancang Untuk Hamil | Lama Manakah Masanya Untuk Hamil?






Selalunya, berapa lamakah masa yang diperlukan untuk hamil?

Secara umum, pasangan subur mempunyai kemungkinan yang baik untuk hamil dalam masa setahun.
Lebih kurang 30 akan hamil dalam satu bulan.
Lebih kurang 60 akan hamil dalam enam bulan.
Lebih kurang 85 akan hamil dalam satu tahun.Selebihnya akan mengambil masa yang lebih panjang dan sesetengah mereka mungkin memerlukan bantuan untuk hamil.

Untuk memahami kenapa sesetengah pasangan mengambil masa lebih lama untuk hamil dan yang lain tidak, mungkin adalah membantu jika dilihat statistik. Pertama, setelah mencuba selama sebulan, pasangan subur normal adalah lebih cenderung untuk tidak menjadi hamil daripada hamil.

Pasangan subur mempunyai kira-kira 20 hingga 25 peratus kemungkinan menjadi hamil bagi setiap kitaran haid berikutan seks yang tidak terlindung. Tetapi ini hanya purata. Sesetengah pasangan mempunyai peluang yang jauh lebih rendah daripada ini (iaitu kesuburan bulanan yang rendah). Lain-lain pasangan yang amat subur mempunyai 60 peratus peluang untuk hamil pada mana-mana bulan tertentu (kesuburan bulanan yang tinggi).

Ini bermakna bahawa pasangan yang mempunyai kesuburan bulanan tinggi cenderung untuk mengandung dengan cepat, mungkin dalam masa beberapa bulan. Pasangan dengan kesuburan bulanan yang rendah mungkin mengambil masa yang lebih lama. Mengambil masa sehingga dua tahun untuk hamil adalah perkara biasa bagi sesetengah pasangan. Ini mungkin sukar untuk diterima jika ia berlaku kepada anda. Tetapi ini tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah kesuburan. Kira-kira separuh daripada pasangan-pasangan yang tidak hamil dalam tempoh setahun akan hamil pada tahun berikutnya, selagi mereka terus mencuba.

Apakah yang boleh menyebabkan kehamilan mengambil masa yang lebih lama?

Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi peluang anda untuk hamil, seperti:
umur anda, diet anda, gaya hidup dan pekerjaan anda;
umur suami anda, diet dia, gaya hidup dia, pekerjaan dia;
dan sama ada anda kurangberat atau berlebihan berat badan;
penyakit kronik;
keadaan reproduktif yang tidak sihat, seperti sejarah penyakit radang pelvis;
berapa kerap anda melakukan hubungan seks.Jika kedua anda masih muda dan sihat, dan telah mencuba untuk mendapatkan bayi selama setahun, eloklah berjumpalah dengan doktor keluarga anda atau pakar ginekologi. Dia mungkin mencadangkan beberapa penyiasatan awal untuk mengetahui sama ada anda boleh menambahkan peluang anda untuk hamil.

Jika anda 35 tahun atau lebih, maka dapatkanlah bantuan terlebih dahulu. Lakukan ini juga jika anda atau suami anda mempunyai masalah tertentu, seperti testis tak turun atau sejarah ovari polisistik yang boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil. Apa jua keadaan anda, berjumpa dengan doktor anda untuk mendapat pemeriksaan pra-kehamilan adalah idea yang baik.

Apa yang boleh menambahkan peluang saya?


Pastikan yang anda dan suami anda berada dalam keadaan terbaik untuk membuat bayi. Namun, mengadakan hubungan seks secara kerap tanpa perlindungan adalah kuncinya. Sasarkan untuk sekali dalam dua atau tiga hari dan bukan setiap hari, sebab seks setiap hari boleh mengurangkan kualiti sperma. Pakar-pakar bersetuju bahawa pendekatan ini mengoptimumkan peluang anda untuk hamil.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa menentukan dengan tepat bila anda mengovum akan membantu dan supaya mengadakan hubungan seks ketika itu. Memang benar teknik inilah yang terbaik. Peluang anda untuk hamil adalah lebih tinggi di hari-hari dalam kitaran haid ketika anda paling subur.

Walau bagaimanapun, pakar-pakar kesuburan menasihati tentang tidak menggunakan teknik yang rumit bagi mengesan ovulasi dan terus mengatur kegiatan seks anda untuk beberapa hari tertentu bagi setiap kitaran. Adalah didapati bahawa cara begini mendatangkan lebih stres daripada yang sepatutnya. Apa yang ketara, ia tidak menambahkan peluang anda untuk hamil.

Kadangkala kerja atau gaya hidup anda merumitkan perlakuan seks secara kerap, namun, anda berazam untuk mempercepatkan kehamilan. Terdapat beberapa teknik mudah yang anda boleh cuba yang tidak akan mendominasi kehidupan anda. Anda boleh cuba memahami beberapa tanda yang lebih ketara yang menunjukkan bahawa badan anda menghampiri ovulasi, seperti penambahan mukus vagina. Atau cuba gunakan kit peramal ovulasi. Dengan cara ini, anda boleh cuba memastikan bahawa anda melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sekali atau dua kali di masa-masa anda paling subur.



Cadangan Supplement Untuk Mudah Hamil.



                          


coppppp.... Inginkan penjimatan sehingga 20% bagi setiap produk?
Jom daftar sebagai 

Anda juga Mungkin Meminati :



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK