shaklee

shaklee
Showing posts with label GARLIC. Show all posts
Showing posts with label GARLIC. Show all posts

Saturday, 21 June 2014

Keputihan Ketika Hamil | Atasi Dengan Garlic Shaklee


Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua :)

                                            Keputihan ketika hamil, atasi dengan Garlic Shaklee
Hari ini saya hendak kongsi satu lagi kebaikan Garlic Shaklee kepada ibu hamil. Apa yang Garlic Shaklee dapat membantu ibu hamil? Ibu hamil sering mengalami keputihan ketika hamil, ada yang mengalaminya pada tahap yang biasa dan juga serius.
Sebenarnya Garlic Shaklee dapat membantu ibu hamil yang mengalami masalah keputihan ketika hamil dengan mengurangkan dan secara beransur-ansur masalah keputihan itu akan hilang dengan pengambilan yang berterusan.

Produk yang sinonim dengan mengurangkan masalah keputihan di kalangan wanita adalah Alfalfa.
Tetapi Alfalfa tidak digalakkan di ambil oleh ibu hamil, jadi Garlic Shaklee sebagai pengganti Alfalfa kepada ibu hamil dalam mengurangkan masalah keputihan ketika hamil dan selamat di ambil ketika hamil serta boleh meningkatkan antibodi ibu hamil.
Selain dapat mengurangkan masalah keputihan ketika hamil, Garlic Shaklee juga dapat mengurangkan masalah kegatalan serta alahan kulit kepada ibu hamil.

Bestkan Garlic Shaklee? Nak tahu apa lagi kebaikan Garlic Shaklee boleh klik GARLIC SHAKLEE


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Friday, 20 June 2014

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Semasa Hamil


Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.


Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.

Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?

Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini.

Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.


Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.

Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!- 


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Tuesday, 10 June 2014

Kencing Tak Lawas | Punca dan Cara Mengatasinya


Salam.. ullos.. Lama rase tak update blog.. adalah dalam seminggu kan.. Rasa rindu sangat nak buat entry nie.. Tapi tulah selalu je ada kenkangan time nk update.. Malam nie insyaAllah ina cuba utk buat satu entry baru.. Tiba-tiba je tadi dapat idea nak buat entry tajuk apa.. Kencing Tak Lawas, Punca dan Cara Mengatasinya.. Kenapa saya pilih tajuk nie hari nie sebab tadi baru je ada kastemer tanyakan pada saya vitamin shaklee yang manakah yang sesuai untuk masalah kencing tak lawas..

Sebelum kita mengetahui produk apa untuk masalah kencing tak lawas kita baca dulu apa punca masalah kencing tak lawas bagi seseorang...


Haa korang pernah rasa macam ni tak:
  • Kerap ke toilet..Lebih 10 kali dalam sehari (Kalau boleh nak tido dalam tu)
  • Masa nk kuar kencing rasa pedih2, perit, air kencing pun panas je.
  • Kencing tak puas(macam ada lagi air kencing yang nak keluar tapi xkeluar2 pon)
  • Kencing tak habis
  • Sakit pada bahagian ari2 (ni memang jelas..rasa perut ni bengkak aje)
  • Tak leh nak tahan kencing (ada jugak yang terkucil tengah jalan)
  • Kadang kala alami kencing berdarah (doktor cakap ada darah sikit dalam air kencing)
  • Demam

Jom check it out ape puncanya:
  • Kurang minum air (Air kosong yea bukan air manis). KLIK SINI untuk mengetahui Tips Minum Air Masak 3 liter Sehari
  • Suka tahan kencing (lepas ni kalau nak kencing je cepat2 la tunai hajat tu..lagi2 pada wanita yang dah bersalin..bahaya tahan-tahan ni..Alert k!!)
  • Hygiene -Kena jaga kebersihan dalaman yea (Saya jaga pon kena jugak, dah nak terkena, redha jela)
Jadi itulah puncanya kenapa seseorang tu boleh terkena kencing tak lawas..

Cara Mengatasinya??

  • Anda boleh pergi ke klinik untuk dapatkan ubat dari doktor.. atau
  • Anda juga boleh mencuba produk shaklee yang pastinya tiada kesan sampingan iaitu ALFALFA COMPLEX & GARLIC..



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 1 June 2014

Bawang Putih Banyak Khasiat & Manfaat


Khasiat bawang putih

Bawang putih ternyata banyak khasiat untuk kesihatan. Ia mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.

Khasiat lain termasuk mengubati demam, selesema, menyuburkan rambut, membersihkan jerawat dan menyembuhkan penyakit kulit.

Bagi mereka yang demam, ambil hirisan bawang putih dan campurkan dengan air panas selama beberapa minit sebelum diminum.





Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurangkurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.

Antara kebaikan bawang putih

Mengurangkan Risiko Angin Ahmar . Bawang putih mampu penghasilan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

Mengurangkan Risiko Kanser . Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu membantu mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

Bertindak sebagai Anti-bakteria dan Antivirus . Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan antibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

Mengandungi Iodin . Bawang putih mempunyai kandungan iodin yang tinggi yang baik untuk pesakit hypertiroid.

Miningkatkan Sistem Imunisasi . Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang putih sebanyak dua hingga tiga ulas sehari selama tiga minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

Antiinflamasi . Kajian juga menunjukkan bawang putih mempunyai bahan antiinflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi pada arhritis pada sendi seperti rheumatoid atau pun osteoarthritis.

Melindungi Tanaman . Pernahkah anda terjumpa dengan hama tanaman yang berwarna putih dan adakalanya berwarna hitam. hama ini sangat tidak suka pada bawang putih. Tumbuk bawang putih hingga hancur dan bancurkan dengan minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam bekas pam dan pamkan ke arah tanaman yang terlibat.

Membantu Sistem Pencernaan . Bawang putih akan merembeskan gastric acid pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

Mengurangkan Kolesterol Dalam Tubuh . Kandungan Di-sulphide di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolesterol di dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

Mengurangkan Angin Dalam Tubuh/ Perut. Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba atau di tengah malam akibat daripada tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh mencuba mengubati dengan mengambil dua ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu buang kulitnya dan makanlah bawang putih tersebut. Insya Allah selang beberapa minit kemudian anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

Menyuburkan Rambut. Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi bahan allicin yang tinggi merah, yang dipercayai efektif untuk mengatasi masalah rambut gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala boleh juga ditambahkan dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.

Membersihkan Jerawat . Bawang putih merupakan remedi semulajdi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan dan biarkan sehingga kering. Kemudian basuh wajah.


Produk Shaklee Yang Mengandungi Bawang Putih adalah GARLIC

Garlic Shaklee

Untuk mengetahui apa kelebihan GARLIC SHAKLEE boleh KLIK SINI



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Monday, 24 February 2014

KELEBIHAN GARLIC SHAKLEE

Antara kelebihan yang terdapat pada Garlic Complex Shaklee adalah Garlic Complex ini diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas dan BEBAS 100% daripada penggunaan racun perosak.

Pembuatan supplement Garlic Complex dilakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunayi Allicin aktif.) Allicin merupakan sebatian organosulfur yang terkandung dalam bawang putih yang mempunyai kelebihan sebagai antibakteria dan anti kulat dan mempunyai sifat penyembuh. 


Kegunaan Allicin pada bawang putih untuk kesihatan manusia : 

  • Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Menormalkan keseimbangan lipoprotein
  • Menurunkan tekanan darah
  • Mempunyai anti-darah beku dan anti aktiviti radang
  • Berfungsi sebagai anti oksidan 
  • Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
  • bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
  • Bantu rawat asthma




Kelebihan GARLIC Shaklee : 

  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulcer gastrik.
  • Menurunkan kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit Koronari.
  • Menstabilkan glukos 
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi - 2-4tablet garlic dapat menurunkan darah tinggi dengan 8 point
  • Menghalang alergi - sinus, alergi,asthma, selsema dan hepatitis.
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk  kegunaan jangka panjang untuk menigkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibiotik untuk melawan penyakit seperti selsema, batuk, cirit birit dan lain-lain dan anda berasa khuatir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepat ambil supplement Garlic yang antara kebaikannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.



*Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih
* Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Hubungi saya untuk konsultansi lanjut.. Dan untuk dapatkan harga yang lebih special.. :)
Facebook: Noor islam
like page: sihat & cantik bersama supplement
ID: 1080045
tel: 019-9685187