shaklee

shaklee
Showing posts with label BASIC H. Show all posts
Showing posts with label BASIC H. Show all posts

Sunday, 16 November 2014

Kontroversi Basic H Shaklee

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu tentang Basic H setelah terjumpa isu tentang Basic H dan kegunaannya yang dikatakan 'kontroversi'.  Dalam hal ni, saya akan cuba sedaya upaya untuk stay neutral dan beri komen yang neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Apa yang saya katakan adalah berdasarkan FAKTA semata-mata.

Cuma sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, saya harap anda sebagai pembaca mampu mengekalkan 'a positive attitude' dan saya harap anda boleh menjadi 'a good listener and reader' atas apa yang saya tulis. Jangan kerana berita lepas, anda terus mempunyai tanggapan yang salah.

Senangnya macam ni.... dah banyak sejarah yang berlaku dimana sekiranya usaha kita untuk mencari ilmu / fakta kerana inginkan kebenaran, itu yang Allah akan berikan kepada kita. Tetapi, jika usaha kita mencari fakta / ilmu adalah kerana ingin memburukkan sesuatu, maka hannya keburukan  yang akan kita jumpa... so please keep an open mind.

Apa itu Basic H?
Ini yang saya dapat dari Shaklee website, Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh klik dibawah

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Secara ringkasnya, Basic H merupakan sejenis SURFACTANT yang berupaya mengurangkan 'surface tension' air. Ini membolehkan Basic H menjadi cleaning agent  yang memang bagus sebab ia mampu membasahkan mana-mana permukaan dengan lebih baik.

Contohnya, pernah tak anda guna cecair 'raindrop' yang disapu pada cermin kereta untuk membolehkan penglihatan yang lebih baik ketika hujan? Apa yang terjadi sebenarnya? Cecair tadi merupakan sejenis SURFACTANT yang membolehkan air mengalir dengan lebih mudah di permukaan cermin tanpa melekat.....

SURFACTANT merupakan sejenis bahan yang memang terdapat dalam mana-mana produk pencuci, Bezanya, sumber SURFACTANT boleh jadi daripada bahan kimia atau bahan organik.

Apa sebenarnya SURFACTANT?

http://en.wikipedia.org/wiki/Surfactant

Ingat tak masa belajar subjek kimia kita pernah belajar tentang bahan-bahan yang mempunyai sifat HYDROPHILIC  (SUKA AIR) dan HYDROPHOBIC (BENCI AIR).  Ingat tak apa kegunaan sifat-sifat ni?

Kalau dah lupa, jom kita refresh balik: Bahagian yang HYDROPHILIC akan pergi pada air, dan bahagian yang HYDROPHOBIC akan pergi pada bahagian bukan air. Ini menyebabkan ketegangan permukaan antara air dan bahan bukan air seperti minyak berkurang.

Nak buat eksperimen? Silakan... campurkan air dengan minyak. Biar seketika. Lepas tu, tuang sedikit sabun dalam campuran tadi. Apa yang terjadi?

Malas nak buat eksperimen? Takpe... bayangkan tangan anda berlumur dengan minyak. Dapat tak anda cuci bersih tangan anda TANPA BANTUAN SABUN? Tak boleh kan? Kenapa? Ini kerana SABUN MENGANDUNGI SURFACTANT yang menjadikannya mampu melarutkan minyak diatas tapak tangan anda dan membersihkan tangan anda daripada minyak tadi.

Apa pula DISINFECTANT?
DISINFECTANT merupakan bahan yang disapu / digunakan keatas benda bukan hidup untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang merbahaya. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

Adakah SURFACTANT sejenis DISINFECTANT?
Jawapannya mudah.... TIDAK SAMA SAMA SEKALI. Bukan sebab ejaannya tak sama, tapi sebab definisinya pun berbeza. Tak percaya? Baca sekali lagi sehingga anda faham perbezaannya.

Jom tengok apa yang ditulis atas botol Basic H

Nampak tak, atas botol tu hanya tertulis SURFACTANT, bukannya DISINFECTANT (mahupun suffocant... and suffocant tu sebenarnya adalah perkataan lain untuk asphyxiant, atau sesuatu yang menyesakkan nafas kita)

Apa kandungan Basic H?
Pihak Shaklee claim Basic H merupakan 100% natural atau semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya seperti phospate, malah chlorine pun tak ada. Memang mencabar sebenarnya nak cari facts apa sebenarnya bahan dalam Basic H ni, tapi alhamdulillah saya jumpa satu FACTSHEET yang sangat menarik. Boleh klik sini.

Ada tertera disini, Basic H dihasilkan daripada bahan-bahan yang berasal daripada kelapa dan jagung.

Mesti ada yang pelik. Takkanlah kelapa dan jagung boleh jadi bahan pencuci, dan bahan pencuci serba guna dengan macam2 kegunaan pulak tu....

Mungkin anda generasi muda, ataupun anda lahir dalam generasi yang sudah tidak mengenal 'pencuci organik' nenek moyang kita dahulu. Sebelum adanya sabun, bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun pokok atau apa-apa bahagian pada pokok yang mampu menghasilkan buih dijadikan sebagai bahan pencuci. Siapa pernah pergi camping? Pernah tak tengok sejenis pokok yang buah2an nya berpintal, warna hijau, kalau diramas ditangan yang basah, boleh menghasilkan buih? Jadi, pendek kata, bahan-bahan tumbuhan memang dah digunakan dari zaman dahulu lagi untuk menghasilkan buih / sabun.

Dalam Basic H memang tak ada SLS. Boleh cek bahan-bahannya. SLS terdapat dalam syampu bayi, sabun mandi dan sebagainya. Malah jenama yang top seperti J******* B*** pun ada SLS.

Jadi apa kegunaan Basic H?
Secara umumnya, sebagai agen pembersih. Macam-macam kegunaan, dan disebabkan faktor 'kulit dan warna mata', contoh yang saya pilih adalah contoh dari luar negara.

http://voices.yahoo.com/10-odd-uses-oprahs-favorite-shaklee-basic-h-678831.html

http://www.pjstory.com/Gardening%20with%20Basic-H.htm

http://www.thethriftymama.com/shaklee-basic-h-2-cleaning-green-product.html

http://smallnotebook.org/2010/02/01/get-clean-with-shaklee-basic-h2-a-review/

Bagi saya, terpulang pada penilaian masing-masing. Cara penggunaan saya mungkin tidak tersenarai dalam list yang disyorkan oleh pihak Shaklee, tapi pihak Shaklee juga ada state '997 uses to go'.

Saya respect pandangan masing-masing kerana ia hak individu. Saya dah terangkan sebaik mungkin tentang Basic H. Bagi saya, tiada salahnya mencuba kerana, to quote 'A REAL CLEAN SITUATION HAS NO SMELL, NO IRRITANT'. Saya sendiri pun alah terhadap sabun-sabun atau pewangi udara tertentu, jadi saya faham statement ni. Memang a real clean sepatutnya takde bau sebab wangi-wangian pun boleh menjadi sumber irritant. Tapi masyarakat kita dah disogok dengan sesuatu yang bersih perlu wangi, berkilat dan sebagainya menjadikan kita agak sukar menerima pendapat 'a real clean has no smell'.

Saya yakin anda bijak. Fikirkan sendiri dan buat pandangan anda sendiri. Jangan sekadar mengikut tiupan angin semata-mata.

^--^

Disclaimer:Penulisan ini adalah pandangan saya semata-mata berdasarkan fakta yang saya kumpul tentang Basic H dan tiada kaitan dengan promosi atau apa-apa pun. Sekadar untuk anda menilai...

Wednesday, 17 September 2014

Basic H | Hilangkan Kotoran Di Dinding


Basic H | Boleh Tanggalkan Kotoran? Betul ke?






Basic H boleh hilangkan kotoran di dinding? Al kisahnya ada seorang kastemer ni dia ada buat eksperimen. Nak tengok betul ke basic H ni boleh hilangkan kotoran di dinding. Dugaan memang tepat sekali. Jadinya, dia pun kongsi dengan saya bagaimana Basic H ni boleh tanggalkan kotoran.

Biasalah bila anak sudah makin meningkat membesar. Macam-macam aktiviti yang dia rasa perlu cuba. ada sahaja benda baru yang dia nak buat. Salah satunya bila dah dapat pen,pensel atau marker. Maka habislah satu rumah dia kerjakan sekiranya mak ayah atau orang dewasa tidak perasan apa yang si anak tengah buat. Si ibu sangkakan si anaknya sedang tidur tetapi sebaliknya berlaku.

Sudah namanya budak bukannya pandai nak cari kertas, buku ke nak conteng. Asalkan boleh conteng dah cukup bagus bagi dia. Ibaratkanmencurahkan bakat di dinding rumah.. hehe.. Si ibu jangan marah anak-anak ye. Kita kena cari penyelesaianya. Kita cuba Basic h shaklee manalah tahu berkesan ke tak kan. Tapi sememangnya berkesan sebab kita sudah ada Testimoni yang tanggalkan kotoran di dinding rumah mak mertuanya.

Mari kita tengok keberkesanannya.. (cehhh.. macam iklan dalam TV pula).


Testimoni basic H



Itu dia!! Nyata ianya sangat berkesan. Asalnya dinding yang telah di conteng oleh anak telah di basuh oleh si emak dengan beberapa titik Basic H ke dalam baldi yang berisi air. Memang best sangat kata si emak ini sebab dia kata dia tak guna bahan pencuci kimia untuk mencuci dinding ini.
Kalau contoh guna Clorox dah memang sah-sah ianya daripada bahan kimia kan. Jadi si emak ini mencaro bahan pencuci yang natural.. (Saya Dah jumpa Basic H Shaklee) .

Kenapa ia dipanggil natural? Sebab basic H ini kandungan memang 99.95% adalah berasal dari air sebab itu namanya Basic H. Air kan kalau dalam bahasa kimianya adalah H20. Kalau tak, takkan namanya begitu.

Air sahaja ke? takkan lah semata-mata air kan. Ia juga dilengkapkan dengan ekstrak kelapa dan jagung yang menjadi salah satu pelengkap bahannya. Itu yang buat kastemer ini lebih yakin kerana ia daripada bahan semulajadi.

Oleh itu, kata orang tidak kenal maka tidak cinta.. ehh.. ehhh.. betul ke??
jommm...

Kenali Basic H dengan baca lebih lanjut di sini : ......>>>>>> KEBAIKAN BASIC H


Satu botol ni tahan berbulan-bulan. Memang sangat-sangat jimattt... Bukan sahaj boleh mencuci dinding yang kotor malah boleh juga mencuci lantai. Lantai bersih dan selamat untuk korang yang ada baby yang meniarap/merangkak macam saya nie. Baby yang meniarap/merangkak biasanya suka mengutip apa sahaj dilantai. Tetapi bila lantai sudah bersih dan selamat maka tidak perlu risau lagi!

Jadi jangan tunggu lagi. Inilah masa untuk anda tunjuk bakat yang anda boleh cuci kotoran di dinding tanpa pencuci yang ada bahan kimia. Dan dengan cara mudah. macam orang kata semudah ABC. sememangnya pilihan yang Bijak!!


Jika Anda mahu membeli Basic H ini sendiri, boleh klik di sini:



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
posted from Bloggeroid

Saturday, 17 May 2014

Kegunaan Basic H shaklee


Jika anda ambil mudah sahaja pilihan pencuci serba guna anda... anda baca fakta di bawah ini..kemudian fikirkan sekali lagi ..mahu ambil jalan mudah atau...hmm...
______________

Sekilas fakta: Tahukah anda..kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung.Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal.Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit,mata dan sistem pernafasan
__________________________________



Pencuci serbaguna yang saya pilih adalah.,,,semestinya Basic H... Apa itu Basic H?.. Basically ia adalah pencuci serbaguna ..Ia tidak bertoksik, tanpa gas beracun, tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa bahan pewangi , pH seimbang , tanpa klorin, berkesan meningalkan kotoran berminyak, kepekatan berganda..tapi ianya bukan sebarang pencuci serbaguna yang biasa... Ada 1000 kegunaannya... Jadi kalau baru cuba 10 .. maksudnya ada 990 lagi yang anda belum cuba buat...


Basic H
Anda nak cuba yang organik dan semulajadi? Jom Cuba :)

Jika Anda mahu membeli Basic H ini sendiri, boleh klik di sini:




untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.