shaklee

shaklee
Showing posts with label AYATUL SAFFIYYA. Show all posts
Showing posts with label AYATUL SAFFIYYA. Show all posts

Wednesday, 24 September 2014

Saffiyya 6 Bulan | Cucuk Imunisasi

Assalamualaikum..

Sebenarnya entry nie dah di tulis dari pagi tadi lagi, dan sudah di publish tetapi bila tengok semula entry nie dah hilang.. Tak tahu ke mana dia pergi. Kemungkinan disebabkan line internet ina terputus sekejab tadi. Tidak apalah Ina cuba untuk ingatkan semula apa yang sudah di ceritakan tadi.

Ok, anak menangis pula. Nanti kita sambung. Sekarang terpaksa menaip entry sambil meriba anak iaitu saffi. Peneman setia umi setiap malam buat entry. Semoga suatu hari nanti saffi menjadi anak yang berjaya. Eh, dah termasuk episod lain pula.

Cucuk Imunisasi. Itulah tajuk sebenar yang hendak di ceritanya. Hari ini, saffi sudah 6 bulan, sekejab sahaja masa berjalan kan. Besar dah anak umi nie. Pagi-pagi lagi si suami sudah hantar kami ke klinik desa Bukit Kuang untuk checkup macam biasa timbang berat badan, ukur panjang,lilitan kepala dan cucuk imunisasi. Kebisaannya memang kamilah yang akan mendapat nombor giliran paling awal. Nombor 1 dan nombor 2 itu adalah biasa. Tidak pernah lagi dapat nombor giliran lebih dari nombor 5. Ina suka pergi klinik awal pagi sebab tidak perlu tunggu terlalu lama.

Hari ini dapat nombor 2. Masuk pukul 8 pagi, 8.30 pagi dah siap saffi kena cucuk. Memanglah menangis kena cucuk tapi sekejab je. Pandai-pandailah si umi nie memujuk anak kan. Saffi seorang anak yang sangat cerdik dan cekap. Sebab apa saya kata begitu, kerana semasa umur dia 3 bulan sudah pandai meniarap tanpa pertolongan daripada kami. Tidak masuk 6 bulan dah angkat badan nak merangkak. Perkara yang paling ketara sekali nampak adalah saffi sudah pandai hisap air masak menggunakan straw. Sangat amazing!!

Ok, itu sahaja entry Ina tentang anak ina yang pertama nie. Biasalah anak pertama lebih banyak pengalaman. Ibu-Ibu lain juga bolehlah ceritakan apa kelebihan anak anda di ruang komen ye.

salam Sayang.... Ina..







posted from Bloggeroid

Saturday, 20 September 2014

Kecerdikan di petang hari

Salam... hari nie nak citer kisah petang semalam. Macam kelakar pula bila di ingatkan semula.

Cerite dia macam nie. Petang semalam anak ina si saffiyya nie biasalah kami letak dia dalam worker. Worker yg org bagi tu...
Tapi kepala dia selalu terhantuk dengan stereng worker tu.

Jadinya, suamj ina buat keputusan nak cabutlah stereng tu. Bila suami cabut je stereng worker tu tiba-tiba suami ina nampak ada wayar-wayar kat dalam worker tu. Kami pun pelik lah wayar tu sebab yang kami ingat worker nie tiada muzik.

Last-last suami ina selongkar-selongkar jumpalah tempat nak buka. Tengok-tengok ada tempat untuk letak bateri dua biji.. aduhhh.. macam nak gelak kami berdua rasanya. Nak tahu sebab apa kami nak gelak? Sebab worker tu dah nak 6 bulan kot tapi tak pernah tahu pun yang worker tu sebenarnya ada muzik.. hahahah..

Seterusnya, apa lagi suami ina semangat start motor pergi beli bateri. Ina nie setia menunggu nak tahu betul ke ada muzik.. huhu.. jakot plak rasa..


Nie haaaa... gambar worker tu..
















Taraaa... suka si saffi nie kete dia ada muzik..

Ok tu je citernye...
Salam...

posted from Bloggeroid

Sunday, 14 September 2014

Murahnya Rezeki Anak | Saffiyya Selalu Dapat Hadiah

Alhamdulillah...

Itulah ungkapan yang selalu ina ungkapkan apabila anak iaitu cahaya mata kami Ayatul Saffiyya mendapat pelbagai hadiah daripada kawan-kawan kami dan dari syarikat suami ina juga banyak memberi hadiah..

Antaranya:




(Worker ) betul ke ejaan nie.. hehe.. yang nie di hadiahi oleh rakan-rakan sepejabat suami ina.




Yang kedua baby carrier..

Memang rezeki tu tak putus-putus orang kata..

Duit raya pun ada dapat jugak.. bolehlah belikan barang kemas saffi sikit. Hehe.. biasalah anak perempuan memang tak lari daripada barang kemas betul tak?

Ok, sampai sini je entry pasal rezeki anak. Nanti ada lagi ina kongsi lagi ye.

Salam sayang..... ina.. 😍😍

posted from Bloggeroid

Wednesday, 23 April 2014

saffiyya 30 hari

Saffiyya 30 Baru..


Salam.. Selamat tengahari mummy2...


Hari nie saffiyya dh 30 hari.. Dah makin tembam skrg.. Berat berapa tak tahu sebab last timbang 13 hari 3.3 kg..

Semarang nie Tengah fikir nak bagi anak suntikan imunisasi Ke tak.. Tengah fikir macam2 risiko sekarang kan.. Mummy2 kat luar sana ada pendapat tak mana yang terbaik utk anak2 Kita..

Abi nya saffiyya tak nak cucuk, Saya pon taknak cucuk juga.. Tapi banyak pula datang mencucuk2 kat fikiran nie.. Jadi was2 pula..

OK lah nak tidow kan saffiyya dulu.. Nie tengah duk ribakan saffiyya update blog..
Sebab dah nekad nak update blog juga hari nie..

Salam Sayang... :)

Thursday, 17 April 2014

25 Mac 2014 Cahaya Mata Pertama (Ayatul Saffiyya)

Salam.. hyee... mummy2 smua..

wahh.. lama betul ina x update blog kan.. nasib lah x berkarat lagi.. hihi..
yerlah ina baru je bersalin baru2 nie.. hari nie dah 24 hari berpantang.. banyak dugaan nak ke update blog nie.. kalau xde mood memang x update lah sbb perlukan masa yg sesuai nk update blog nie tau.. nak jiwa2 kn.. hehe...

okay berbalik kepada tajuk..
ina nak share macam mana proses ina bersalin hari tu ye..

24 Mac 2014
<3 pagi ina ada keluar tanda keluar darah..
ina nie semangat lah suruh en.suami pergi beli mknn cepat2,masak telur separuh masak, nak mkn kenyang2 org kate utk tenaga nak menerankan.. tapi time tu xsakit lg pon sebenarnye,, yerlh anak first kn mne lh thu.. kihkih...

<3 Siap2 makan ina pon cepat2 ke hospital.. barang2 ina dan bby suami dh siap2 letak dalam kereta dah..
Masa dalam kereta otw nak ke hospital sempat lagi update status kt fb minta shbt2 doakan ina selamat bersalin nnti.. hihi.. bukan update status kat fb je, siap boleh berwhatsapp lagi dgn kwn2 whatsapp jugak.. urmm.. dah x sakit lagi kn mmg lh blh..

<3 Sampai je kat depan labour room, ina xnak masuk lagi, ina suruh suami cari arking ina nak baca surah Maryam sekali lagi sebelum bersalin.. sebelum2 tu ina mmg amalkan surah maryam setiap hari.. lepas habis je baca surah maryam tu ina pon masuk labour room..

<3 Masuk je labour room terus jumpa doktor sebab pation xramai pagi tu.. doc cek jalan, baru 1 cm.. doc macam nak bgi ina balik rumah semula, tapi dtg doc yg lebih pakar dia x bgi balik dia suruh admin wad sebab keesokkannya dah due ina bersalin.. katenya kalau esok pagi ina  x bersalin lagi, ina akan dimasukkan ubat,, (induce)..ngee.. bgeri dgr masuk ubt kn..

<3 Ditolak masuk ke wad, suami ikut sekali.. rilex je xsakit lagi mase tu..
petang dalam jam 5.30 pm ina mcm dah mula datang sakit.. sakit contraction.. 30 minit sekali.. mak ina dah pesan mkn byk2 nanti dah x blh mkn dh.. tapi org sakit mana ada selera dah nak makan kan.. sempat makan sikit jeptg tu.. masa solat maghrib ina dah xboleh solat mcm biasa.. ina solat duduk atas kerusi.. selesai je solat minta nk cek jln sbb sakit kerap.. cek2 baru 2 cm..

<3 Sakir semakin kerap 10 minit- 5 minit sekali.. darah dah mula keluar bercampur air.. org kate ketuban darah sakit... mmg sakit lh.. org sebelah, depan tengok je xblh nk buat apa.. yerlh sakit nk bersalin xde org yg dpt tlong.. jam 9 mlm ina minta plak cek sbb sakit sangat2.. masih 2 cm.. ina bertahan samapailah jam 2 pagi.. ina minta cek skali lg.. dah 4 cm.. ina ditolak ke labour room..
bila masuk je lobour room ina terus bgthu kat nurse ina nak doc perempuan xnak doc lelaki.. Alhamdulillah dapat doc perempuan.. walaupun doc tu kecik je..hehe.. doc x kawen lagi..

<3 jam 3 pagi suami ina dah dibenarkan masuk labour room bersama2 ina.. rasa lega sikit nampak suami ada kat sebelah.. ;)
ina masa tu still sakit contraction yg semakin kuat sgt2.. hanya Allah je yg tahu masa tu.. ;(
tepat jam 5 pagi bukaan ina dah 10 cm, nurse dah suruh ina teran.. ya Allah ina dah xlarat dah mase tu.. yerlah melawan kesakitan dari ptg smpai pagi tu... mengambil masa 31 minit baru lah baby ina keluar dengan selematnya.. :) masa baby keluar je terus hilang sakit tu 100%..  :)



Ayatul Saffiyya Ahmad Syukri
tarikh lahir: 25 Mac 2014
berat lahir : 2.93kg
masa lahir : 5.31 am


<3 okay nie dia anak ina yg pertama.. cute kan.. hihi. puji sendiri plak..
tu jelah citer hari nie skdar nak share mcm mne ina bersalin hari tu.. pengalaman anak pertama..
ermmm mesti tertanya2 set hamil apa yang ina amalkan masa hamilkan..

Mestilah set hamil shaklee yg wooww!!


Set berpantang pulak? Dan semestinya set berpantang shaklee juga sebab set hamil dan set berpantang sama je cuma just tambah zinc utk luka.. ;)



okay sampai disini dulu citernye.. nnati ina sambung ank ina ada jaundis ke tak ye.. ;)
nak order shaklee dengan ina?? boleh..


untuk tempahan sila hubungi:
NorJarina Mohd Ariffin
ID1080045
019 9685187 sms/ whatsApp