shaklee

shaklee

Tuesday, 20 May 2014

Testimoni Set Menyusu | Diri Sendiri

Assalamualaikum.. selamat petang ibu-ibu yang gojes semua..

Petang nie ina rasa nak share Testimoni sendiri menggunakan SET MENYUSU SHAKLEE..
Hari ini baby saffiyya dah 56 hari.. Alhamdulillah saffiyya still fully BF..
Ina bersyukur sangat-sangat sebab diberi rezeki susu badan yang mencurah-mencurah.. kalau lah dapat  buat stok tak tahu lah banyak mana dah.. Tapi apakan daya peti ais rumah ina kecil je tak muat nak buat stok susu..

Nasiblah Ina nie WAHM (work at home mom)..  Suri rumah sepenuh masa. Jadi, tak perlu risau nak buat stok banyak-banyak.. Ina akan terus BF saffiyya kalau dia nak menyusu.. Terus BF anak nie akan menambahkan kasih sayang tau.. sebab bila menyusukan saffiyya perasaan kasih sayang tu datang rasa sayang  sangat-sangat kat dia.. serius!!

Ok, berbalik cerita yang ina nak share tadi.. Ina nie consume SHAKLEE sejak pregant lagi, sejak 6 bulan.. masa tu boleh dikatakan ina ambil full set hamil shaklee.. B COMPLEX,VITA-C,OSTEMATRIX,VITA-LEA,OMEGA GUARD DAN ESP. Banyak kan? Tapi amat bermanfaat buat Ina.
Ina sentiasa bertenaga setiap hari, HB ina cantik, berat tak naik mendadak, kulit pun bersih je dan yang paling Ina suka bila consume shaklee bila Ina perasan rambut Ina dah tak gugur dah.. Tiada lagi rambut bertaburan kat lantai, kat sikat pun ada sehelai dua je.. NORMAL lah kan.. memang suka lah sangat-sangat terus jatuh cinta dengan shaklee nie..

Ehh.. tak cerita lagi bab menyusu lagi kan. Ok, untuk testimoni set menyusu Ina cuma Consume ESP,OSTEMATRIK dan tambah pula dengan set bersalin B COMPLEX,VITA C,ZINC,VITALEA..
Alhamdulillah syukur sangat-sangat diberi susu dari awal kelahiran saffiyya dan sehinggalah hari ini.. saffiyya pun cepat kenyang je lepas menyusu lena je tidur lepas menyusu.. Berat saffiyya masa 1 bulan 4.1kg .. memang banyaklah juga naik daripada berat masa lahir 2.9kg.. susu Ina sekarang memang banyak sangat-sangat kadang tu kesian saffiyya selalu tersedak susu.. Terima kasih Allah bagi rezeki ini pada Ina dan harap dapat menyusukan saffiyya sehingga 2 tahun..

Terima kasih juga shaklee!!

Ok lah, sampai sini je entry Ina petang..
kita jumpa di entry yang seterusnya ye...

Salam Sayang.. INA..

Set Menyusu ESP + Ostematrik

Set Menyusu + Alfalfa Complex




untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment