shaklee

shaklee

Monday, 21 July 2014

Tips Kecantikkan : Kebaikan Uncang Teh


Manfaat Teh untuk Kecantikkan



Selain enak dijadikan minuman untuk kesegaran, teh juga mempunyai manfaat untuk kecantikan. Mari semak apa kebaikannya:

Mengatasi mata yang penat
Caranya, rendamkan dua uncang teh di dalam air hangat dan sejukkan. Setelah sejuk, tempatkan uncang teh tersebut di sekitar mata selama 15 minit. Tanin yang terdapat di dalam teh boleh mengurangi kemerahan dan bengkak pada mata.




Mengurangi sakit pada luka melecur
Sapukan uncang teh yang basah ke kawasan yang melecur dan anda dapat mengurangi rasa sakit dari luka tersebut.




Membantu menghilangkan parut
Parut dari luka terkena pisau atau melecur boleh diatasi dengan meletakkan uncang teh basah pada kawasan luka, Hal ini dapat mengurangi bekas luka atau parut pada kulit anda.



Sebagai ubat kumur
Teh boleh menjadi ubat kumur yang cukup efektif. Kumur mulut dengan teh beraroma seperti pudina atau teh lain yang dicampur dengan garam.


Mencantikkan kaki
Bagi yang sering memanjakan kaki, rendam kaki dengan teh kamomil yang dicampur dengan garam Epsom untuk membuat kaki kelihatan bermaya dan cantik..




untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment