shaklee

shaklee

Tuesday 23 September 2014

Coq Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung


Coq Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung | Jantung Sihat Hidup Bahagia





Baru sahaja keluar berita ada seorang pelajar yang meninggal di sebabkan serangan jantung. Tengoklah penyakit jantung tidak mengenal usia sekarang. Hatta pelajar sekali pun yang berumur masih 20 an tapi dia tetap diserang. Namun, "Siapa kita untuk menindakkan ketentuan Allah''. Itulah bualan yang biasa kita dengar. Ya memang betul, tetapi kita sebagai manusia disuruh berusaha untuk mengubati penyakit, kerana setiap penyakit ada penawarnya kecuali MATI.

Kebanyakkan kaum mana yang selalu terkena serangan jantung? Kebiasaannya yang selalu terkena serangan jantung adalah kaum lelaki. kaum lelaki paling berisiko terkena serangan jantung. Kenapa kaum lelaki yang sering terkena serangan jantung. Ada sebab-sebabnya. 


4



Penyakit Jantung Bukan Lagi Penyakit Orang Tua


KETIKA bersukan, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua.

Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).

Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an.

Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.

Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.

Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.

“Walaupun banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung, sering kita lupa ialah faktor sejarah keluarga kerana mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung, mempunyai risiko besar mendapat penyakit berkenaan.

“Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok.

“Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda,” katanya.

Menurutnya, ada lebih 20 ciri genetik diketahui sekarang, menyebabkan mereka mudah terkena sakit jantung dan lebih berisiko berbanding orang lain.

“Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun.

“Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120,000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini,” katanya.

Beliau berkata, kajian terhadap tahap kolesterol, trigliserid (lipid atau lemak neutral daripada gliserol bergabung dengan tiga molekul asid lemak), lipoprotein (satu daripada sekumpulan protein di dalam plasma darah dan limfa yang bergabung dengan lemak lain seperti kolestrol), low-density lipoprotein (LDL – kolestrol jahat) dan (high density lipoprotein – kolestrol baik) di kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga sakit jantung turut mendapati mereka memang mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit itu.

“Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung.

“Jika tiada sakit jantung, tetapi ujian high-sensitivity C-Reactive Protein (hs-CRP) yang dijalankan ke atasnya tinggi, dia turut berisiko mendapat sakit jantung.

“Ujian hs-CRP boleh mengesan lebih tepat kepekatan protein yang lebih rendah dan digalakkan sesetengah pihak sebagai ujian untuk menentukan tahap risiko yang berpotensi untuk penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan strok,” katanya.

Beliau berkata, genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama.

Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stres juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres.

“Perbezaan jantina ialah lelaki mendapat risiko sakit jantung lebih awal. Perempuan mendapat perlindungan daripada hormon estrogen tapi selepas menopaus, risiko mereka terdedah sakit jantung sama seperti lelaki,” katanya.

Menurutnya, salur darah perempuan juga lebih kecil daripada lelaki. Oleh itu, gejala dialami wanita mungkin berbeza dengan lelaki.

Antara gejala sakit jantung dialami wanita ialah tiba-tiba rasa berpeluh sejuk, sesak nafas, rasa sakit antara tulang belakang, sakit tengkuk, bawah dagu, tepi lengan, belakang dan perut.

“Ramai wanita beranggapan sakit jantung penyakit lelaki, jadi mereka tidak menyangka diserang sakit jantung hingga lambat mendapatkan rawatan. Apabila penyakit disedari, ia lebih susah dirawat.”

“Salur darah koronari wanita lebih kecil menyebabkan mereka lebih sukar dirawat secara angioplasti, di mana sten dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan pengaliran darah yang lancar di dalam pembuluh darah.

“Jika angioplasti tidak dapat dijalankan, rawatan perubatan atau medical therapy adalah pilihan rawatan bagi mereka. Pesakit lelaki lebih berkemungkinan mendapat sakit dada ketika serangan jantung berbanding wanita, dan biasanya akan didiagnosis lebih awal,” katanya.

Dr Suhaimi berkata, tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung.

Emosi juga antara penyebab sakit jantung, misalnya dalam mesyuarat atau terbabit pergaduhan, tekanan darah naik dan menyebabkan beban kepada jantung, seterusnya menyebabkan berlaku sakit jantung.

“Setiap individu, walaupun baru berusia 25 tahun, digalakkan membuat pemeriksaan darah dan ECG (diagnosis penyakit jantung).

“Pemeriksaan darah dapat mengesan masalah kolesterol dan diabetes. Jika kolesterol terlalu tinggi dan seseorang itu perokok walaupun usianya 20-an, dia mungkin diserang sakit jantung,” katanya.

“Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.

“Rawatan untuk memulihkan sakit jantung seperti pintasan (bypass) dan sten, tidak boleh bertahan selama-lamanya. Ia tidak sama dengan yang asli kerana pintasan jantung mungkin tersumbat 10 atau 15 tahun kemudian.

“Pesakit yang mempunyai ibu mendapat serangan jantung sebelum 55 tahun, perlu berhati-hati kerana risiko untuknya mendapat sakit jantung lebih tinggi dan pemeriksaan awal perlu dijalani. Mereka yang ada kolesterol tinggi kadangkala boleh dilihat dengan tanda kolesterol di mata,” katanya.

Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol.

sumber: Harian Metro


Bagaimana Untuk Atasi Masalah Terkena Serangan Jantung? 

Coq Health Shaklee Penawar Penyakit Jantung




                                                 


Co Enzim Q10 - nutrien larut lemak yang dihasilkan dalam tubuh dan ada di setiap sel.
Vitamin E - vitamin larut lemak, melindungi tubuh dari radikal bebas, serta juga mencegah penyakit seperti PMS, mengurangi keletihan dan memperlambat penuaan badan yang disebabkan oleh proses pengoksidaan. Bersifat antikanser, antioksida. Membantu menguatkan akar rambut.
Ekstrak Teh Hjau - antikoksida, membantu mencegah kerosakan akibat radikal bebas, mengandungi vit E dan C - untuk kulit, rambut. Mengawal kadar kolesterol dlm tubuh, membantu mencegah kanser, mengurangkan risiko strok, darah tinggi dan penyakit berkaitan hati. Menambah stamina,menghilangkan keletihan. Kandungan bioflavonoid dalam teh hijau juga dapat memperkuat sistem pencernaan. Memberi manfaat ukt kesihatan gusi.

1 kapsul CoQHealth= 28 cawan brokoli.



Manfaat Utama

  • Kesihatan Jantung-Mengurangkan kekerapan "angina episode" dan menguatkan jantung 
  • Kanser -Merawat kanser payudara dan kesihatan sokongan kepada pesakit yang menerima kemoterapi 
  • Penyakit Gusi 
  • Kesihatan Mental - Kajian tambahan menunjukkan Pesakit Parkinson boleh mendapat manfaat tambahan daripada CoQ10 
  • Rawatan Obesiti- Mengurangkan berat badan 
  • Kesuburan - Meningkatkan jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki 
  • Mengurangkan simptom-simptom masalah jantung seperti sesak nafas, sukar tidur, dan bengkak. Jadi CoQ10 penting untuk meningkatkan tenaga di dalam otot jantung, juga meningkatkan kekuatan jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. 
  • Penting untuk kesihatan ginjal 
  • Membantu merawat migrain. 
  • Co-Q10 boleh meningkatkan insulin - baik untuk pesakit kencing manis 
  • Co-Q10 boleh melindungi daripada kesan-kesan sampingan dari ubat-ubatan seperti beta-blockers dan beberapa antipsikotik. Pengambilan ubat-ubatan yang kerap boleh mengganggu sintesis koenzim Q10 dalam tubuh. 


Siapakah yang sesuai makan CoQHealth Plus?

Sesuai diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah mencapai 3 series, CoQHealth Plus adalah suplement wajib diamalkan kerana pada peringkat usia ini kandungan Co enzim Q10 mula beransur-ansur berkurangan. Pelbagai penyakit mula muncul semasa usia di 3 series jika kita tidak bijak menguruskan hal ehwal kesihatan kita.




Cara pengambilan Coqhealth Shaklee


1 biji selepas selepas makan terutamanya makanan yang mengandungi lemak dan minyak.




Kenapa COQ10 Shaklee istimewa?

Gabungan Con enzim, vit e dan ekstrak teh hijau memantapkan fungsinya untuk menghapuskan/mengoksidakan kolesterol jahat LDL
semestinya semulajadi dan tiada bahan sintetik.



Gejala kekurangan CoQ 10
Penghasilan CoQ 10 adalah sangat terhad dalam badan. Penghasilan CoQ10 pada manusia, dilakukan oleh sel-sel dalam tubuh. Penghasilan CoQ 10 dalam badan melibatkan satu proses- yang melibatkan 17 langkah- yang memerlukan nutrien yang berikut:

riboflavin (B2),

niacinamide (B3),

asid Pantothenic (B5),

pyridoxine (B6),

cobalamin (B12),

asid folik,

vitamin C,

dan banyak unsur-unsur surih yang lain.

Oleh itu, terdapat banyak cara sintesis yang kompleks co-enzim Q10 boleh diganggu. Ada kemungkinan bahawa ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan yang mengalami kekurangan ko-enzim Q10 disebabkan pengambilan makanan yang tidak mencukupi nutrien yang diperlukan dan / atau pengambilan satu atau lebih ubat-ubatan yang mengganggu sintesis co-enzim Q10.


Tanda-tanda kekurangan co-enzim Q10 termasuk: -

- Angin
- Kegagalan jantung kongestif

- Tekanan darah tinggi
- Prolaps injap mitral

- Strok
- Jantung aritmia, - cardiomyopathies
- Kekurangan tenaga
- Gingivitis
- Dan kelemahan umum sistem imun.


Co-enzim Q10 terlibat dalam pengeluaran tenaga. Kekurangan CoQ10 memberi kesan kepada jantung dan sistem kardiovaskular kerana jantung adalah otot yang paling banyak menggunakan tenaga. Hasil beberapa kajian menunjukkan bahawa kegagalan jantung kongestif adalah disebabkan kekurang co-enzim Co Q10.





untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email):



Shaklee Independent DistributorNorjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
Noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement



COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
















1 comment:

  1. Penyakit jantung adalah pembunuh no 1 di dunia.sayangilah jantung anda...amalkan pengambilan pemakanan yang sihat dan bersenam setiap hari minimal 30 menit untuk jantung yang sihat. Tak lupa juga amalkan pemakanan tambahan agar terhindar dari penyakit ini.

    ReplyDelete