shaklee

shaklee

Sunday 21 September 2014

Penyusuan Susu Ibu Adalah Terbaik





Penyusuan Susu Ibu Adalah Terbaik | Susu Ibu Mudah Hadam




Sukanya bercerita tentang penyusuan. Bukan apa sebab saya salah seorang ibu yang memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak. Walaupun anak sudah berusia 6 bulan, saya masih diberi rezeki susu yang meriah. Jadinya, kali ini saya ingin kongsikan kenapa kita perlu memberi susu ibu kepada anak tanpa bercampur dengan susu formula.

Sewaktu dalam pantang, saya tertanya kenapa anak saya tidak jeluak (muntah semula susu) selepas sahaja dia menyusu badan dengan saya. Terfikir kenapa anak orang lain akan jeluak selepas sahaja menyusu, tapi susu formula lah. Sejak dari itu saya terfikir memang ada baiknya susu ibu ini kerana bayi mudah hadam. 


Kebaikan susu ibu untuk bayi:

  • Mempunyai Antibodi yang kuat, kuat daya tahan sakitnya. Komposisi nutrien yang lengkap dan sesuai untuk bayi dan tidak perlu bagi air masak. Seterusnya dapat menghasilkan IQ yang tinggi. Ini memang tidak dapat dinafikan kerana anak saya sangat cerdik. Umur baru nak masuk 6 bulan tapi sudah pandai menghirup air masak dengan straw. Sedangkan ada bayi 9 bulan masih tidak pandai menghirup air dengan straw.

  • Selain itu, sekiranya anak di datangi sakit atau alahan, jangan risau teruskan penyusuan kerana susu ibu dapat membantu mengurangkan risiko alahan kepada bayi. Tambahan dapat mengurangkan juga risiko terkena penyakit pheomonia dan jangkitan telinga serta cirit birit.Tapi, bila kita sudah menyusukan anak dengan sepenuhnya dengan susu ibu, jangan risau pula bila tengok anak poo poo dengan kerap. ITU NORMAL 

  • Apabila susu badan ini, bayi mudah hadam. Sebab itu, jika ada ibu-ibu yang ingin bagi susu formula pada anak, kena kenalpasti dahulu kandungan susu tersebut kerana risau anak sembelit. Kesimpulannya, tidak bagus bagi anak minum susu formula, susu ibu juga dapat menggalakkan tumbesaran. Semoga Saffiyya anak saya terus membesar dengan sihat dalam jagaan Umi dan Abi. =)

Kebaikan Ibu Menyusui Anak:


  • Tereratnya kasih sayang ibu kepada si anak. Memang betul. Bila saya menyusukan anak, akan datang satu perasaan kasih itu pada anak, sayang sangat pada anak sambil mendoakan yang terbaik untuknya. 

  • Selain itu, bila menyusu badan ini secara tidak langsung dapat mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan. Alhamdulillah sepanjang berpantang tiada berlakunya pendarahan. 

  • Tambahan pula, penyusuan susu ibu ini dapat menjarakkan kehamilan secara Lactation Amnorrhea Method. Dimana ibu menyusukan anak secara ekslusif dan sepanjang tempoh itu tiada haid untuk 6 bulan pertama (macam saya sekarang masih belum datang haid, sudah 6 bulan) dan memang berkesanlah. Kalau ada ibu yang sudah datang haid selepas beberapa bulan maka anda perlukan protection yang kuat supaya anak anda itu tidak cepat boleh adik baru. hehe..

  • Akhir sekali, apa yang paling best adalah dapat menjimatkan masa dan wang. Tidak perlu bersusah payah mencari susu formula yang sesuai. Dengan susu ibu hanya bagi direct tidak perlukan persediaan. Anak sihat, ibu pun boleh kurus dengan sihat!!

SELAMAT MENYUSU IBU-IBU!!


Anda juga mungkin meminati :




untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK



PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT
  • Untuk berjaya dalam shaklee, anda perlu berada di dalam group yang betul.
  • Group yang betul adalah group yang merintis anda jalan bagaimana untuk berjaya. bukan sekadar teori tetapi praktikal.
  • Group yang betul adalah group yang sentiasa 'update' dengan strategi terkini dan merupakn perintis ''trendsetter" kepada perubahan pasaran.
ALHAMDULILLAH. KAMI DI GROUP YANG BETUL.
ANDA BAGAIMANA??

1 comment:

  1. Memang betul..saya tengok memang ada perbezaan anak yg menyusu susu ibu sepenuhnya dengan fm. Bukan la fm ni tak bagus tapi kita tak bolh nafikan keleibhan susu ibu. Anak saya yg menyusu susu ibu sepenuhnya memang nampak berbeza dari abg2 dia. Kadang2 sedih dan menyesal tak menyusu sepenuhnya abg2 nya dulu. Maklumlah ilmu cetek lg masa tu..asyik nak cepat je

    ReplyDelete