shaklee

shaklee

Tuesday 30 September 2014

Resepi Kuah Mee Kari Special

Resepi turun temurun

Ramai yang suka makan mee kari tapi tidak semua orang pandai buat kuah yang betul-betul sedap dan yang boleh menambah selera apabila makan.

Jadi hari ini saya nak kongsi resepi kuah kari yang di idamkan ramai orang. Semoga perkongsian ini anda dapat membuat dengan sendirinya dan boleh makan sepuas-puasnya.. Amboi riangnya rasa hati boleh makan puas-puas kan.

Ok boleb tengok resepinya di bawah ye. Resepi saya bagitahu sahaja bahan-bahannya. Berapa sukatan mungkin boleh agak untuk berapa orang makan ye.

Bahan A ( di blender) :

😉 Bawang besar
😉 Bawang putih
😉 Cili kering
😉 Belacan
😉 Udang kering / Ikan bilis

Bahan B:

😉 Santan
😉 Serbuk kari ikan
😉 Minyak masak
😉 Serai
😉 Daun Pandan
😉 Asam keping
😉 Nisan
😉 Garam
😉 Gula
😉 Ajinomoto

Cara-caranya:

1- Panaskan minyak ke dalam periuk.
2- Masukkan bahan-bahan A yang telah di blender tadi.
3- Kacau sehingga pecah minyak.
4- Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang telah di bancuh dahulu dengan air.
5- Biarkan seketika, tetapi pastikan sentiasa kacau kerana apabila sudah letak kari, ianga mudah hangit.
6- Kemudian boleh letak santan pekat ( yang segar) dan tambah air.
7- Seterusnya boleh lah letak bahan-bahan lain lagi seperti serai,daun pandan,asam keping,garam,gula,ajinomoto dan nisan.
8- Kacau sehingga sebati kemudian biar ianya mengelegak dengan lama.
9- Siap untuk di makan dengan mee, beeboon atau kueh teow.





Ini kuah kari yang saya masak. Tapi ini untuk jual tau bukan untuk makan je. Hehe..

Ok, SELAMAT MENCUBA YE.

Semoga kuah kari yang anda masak lebih sedap daripada sebelum ini.. ❤❤

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Terima kasih atas resepinya...insaaAllah ada kesempatan..saya akan buat juga..

    ReplyDelete