shaklee

shaklee

Sunday 16 November 2014

Sakitnya Bila Datang Bulan


Sakitnya Bila Datang Bulan | Jom Ketahui Puncanya & Bagaimana untuk Mencegahnya



Insan yang dipanggil wanita ini melalui berbagai fasa dalam hidup mereka samada dari fasa baligh,reproduktif seterusnya menopos. Yang pastinya ia tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid bulan-bulan. ‘Datang bulan’, ‘datang kotor’ , ‘mens’ atau haid semuanya sama. Pasti tidak lengkap sekira ingin mendalami masalah seseorang wanita tersebut, tanpa sejarah haidnya.

Pengaliran haid setiap insan wanita itu berlainan dengan yang lain. Dari segi jumlah hari aliran juga kitarannya. Yang pasti ada pula yang mengalami senggugut ataupun sebaliknya



APA ITU SENGGUGUT?


Senggugut atau ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit .

Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita dibandingkan dengan semua masaalah sakit puan yang lain. Ia juga merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari kerja , sekolah dan dari aktiviti lain. Senggugut boleh disebabkan oleh berbagai faktor.

Haid normal yang sakit ketika pengalirannya di panggil senggugut primer, sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa bermulanya haid atau sesudah haid, disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif saperti endometriosis.



SENGGUGUT PRIMER


Senggugut primer adalah akibat dari pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibat dari itu, pengaliran darah juga terganggu lalu menambah kesakitan tersebut. Ada sebahagian wanita ‘sembuh’ dari sakit ini setelah kehamilan dan kelahiran anak.

Selalunya ia berlaku pada permulaan kitaran yang subur terutamanya pada umur awalan 20an. Walaubagaimanapun, sebarang peringkat umur boleh mengalami haid yang sakit ini.

Beberapa jam sebelum haid, atau bersama aliran darah.

Ianya selalu berlaku dengan

- rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya.

Kadang-kadang ia bersama Simtom Pramensus (PMS), seperti ;

* tegang pada payu dara

* pening kepala ,

* rasa ‘pitam’

* perut kembung

* mual(50%) dan muntah(25%).

* sembelit atau ceret-beret (35%)

* tekanan emosi; merasa letih, muram dan cepat marah

Sakit selalunya melebihi 24 jam dan berkurangan dalam satu hingga dua hari.Pada keseluruhannya apabila pengaliran haid keluar dengan lancarnya sakit pun hilang



Faktor risiko

Kalangan berikut samada satu atau keduanya adalah berisiko untuk mendapat

* Baligh awal ( umur 11 tahun atau awal lagi)

* Sejarah keluarga juga punyai senggugut



Kenapa ia berlaku?

Banyak sebab telah di perkatakan tetapi sejenis hormon ‘prostaglandin’ di sabitkan dengan senggugut primer. Diantara penyebab kepada kecutan rahim ini berlaku, Prostaglandin di perolehi dengan lebih tinggi konsentrasinya pada wanita ini dan menyebabkan senggugut ini.

Kenapa ini berlaku kepada sebahagian tidak semua?

Tidak diketahui kemungkinan bersangkutan dengan pengeluaran hormon ovulasi yang konsentrasi prostaglandin lebih tinggi?


Cara Untuk Mengatasi Senggugut primer?



Tanpa ubat:

- Tekanan emosi semasa haid boleh dikurangkan dengan berehat pada hari pertama atau permulaan pengaliran haid

- ‘Tuam’ dengan sesuatu yang suam – air panas dalam beg khas/botol di bungkus dengan kain tebal yang kemudian di letak di bahagian abdomen (hot water bag) kemudian bahagian bawah berkenaan. Berhati-hati jangan terlecur

- Rajinlah melakukan senaman dan menjaga kesihatan fizikal khususnya.

* Teknik relaksasi – Banyakkan zikir,



Dengan Ubat:

- sekira gagal ukuran di atas dapatkan rawatan dari klinik yang terdekat.

Ubatan penahan sakit saperti paracetamol/ Panadol

Ubat anti prostoglandin saperti ibuprofen atau ponstan

Pil perancang keluarga. Menghilangkan sakit dengan menghalang ovulasi berlaku.

Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan ‘threshold’ sakit langsung memperlihatkan seolah-olah senggugut bertambah teruk. Faktor yang biasa membuat demikian diantaranya termasuk anemia( kurang darah), penyakit kronik, kerja berlebihan, stres, diabetes dan tahap nutrisi yang rendah



Penggunaan alat dalam rahim (IUD) dan senggugut

Setelah di masukkan untuk beberapa bulan pertama kemungkinan wanita tersebut ada yang mengalami senggugut . Kebanyakan wanita ini akan terasa kurang sakit apabila IUD tersebut telah ‘serasi’ letaknya dalam rahim. Ada juga yang telah lama letak tetapi baru terasa senggugut. Sekiranya ini berlaku di nasihatkan untuk berjumpa doktor pakar untuk memastikan kedudukan alat itu. Agak kerap di dapati alat ini telah beraleh dan seakan- akan ia akan ‘terkeluar’ lalu menyebabkan rahim mengecut dengan kuat yakni senggugut.



Senggugut sekunder


Di antara penyakit termasuk

* Endometriosis – sel yang melapisi dinding rahim migrasi ke tempat lain di organ pelvik lalu menyebabkan sakit ketika haid selalu setelah pengaliran haid menyebabkan sakit yang teramat sangat

* Fibroid – ‘tumor’ atau ketumbuhan bukan barah, dari otot dan tisu yang dari dalam rahim dan di pengaruhi oleh hormon estrogen.

* Jangkitan kuman pada organ pelvic (PID). Keadaan ini sering di sabitkan dengan senggugut sekunder, tapi ada juga sebahagiannya sakitnya berterusan tidak berkaitan dengan haid langsung. Yang berkaitan, ada sangkut pautan dengan aksi prostaglandin.



Rawatan Senggugut sekunder
Ubatan – lebih kepada untuk mengurangkan sakit. Pil kontraseptif dan anti inflamatori saperti parasetamol, Cox-2, antiprostaglandin (ponstan).

Rawatan yang definitif adalah secara pembedahan. Pembedahan secara laparoskopi atau terbuka (laparotomi). Saperti fibroid dan endometriosis rawatan pembedahan adalah definitif.

Kerap berlaku apabila ultrasound jarang menghasilkan keputusan yang positif, walaupun wanita berkenaan sakit serta gejala saperti tersebut diatas. Di sini adalah perlu untuk wanita tersebut untuk melalui rawatan laparoskopi diagnostik untuk menentukan puncanya dengan melihat lebih dekat penyebab senggugut itu. Adakalanya dengan cara ini biopsi, rawatan membakar sel-sel endometriosis itu boleh di lakukan sekali.



Komplikasi

Komplikasi dari senggugut sekunder bergantung kepada penyebabnya. Sekira jangkitan kuman pada system pelvic, boleh meyebabkan kesan lekatan(scar) pada tiub fallopian dan menganggu system reproduktif. Kesan boleh mengakibatkan kandungan ektopik. Yakni kandungan luar rahim.

Endometriosis pula boleh mengakibatkan kemandulan atau menggangu kebolehan untuk mengandung.

Ramai memperkatakan yang senggugut berkaitan dengan kegagalan untuk mengandung atau ketidaksuburan( infertiliti).

Entiti ini tidak benar. Selagi penyebabnya tidak dipastikan, sebab majoriti senggugut adalah senggugut primer yang normal.

Di era bioteknologi ini berbagai ramuan dari para herbalist juga perawat kecantikan akan mengemukakan berbagai petua termasuk ramuan untuk mengurangkan sakit. Perlunya kajian saintifik dilakukan untuk menentukan bahan yang boleh mengurangkan sakit itu. Mungkin juga ramuan tersebut ada bahan anti prostaglandin, anti inflamatori dan sebagainya. Asalkan ia tidak di campuradukkan dengan ramuan yang memudaratkan sekira di gunakan pada jangkamasa yang panjang.


sumber


Jika anda tidak mahu merawat dengan menggunakan ubat-ubatan anda juga boleh mencuba supplement Shaklee khas untuk sakit senggugut (PMS). Saya sudah mencubanya dan mendapat kesan yang baik. Masalah senggugut sudah berkurang, tiada lagi sakit-sakit pinggang yang teruk, tiada lagi sampai tergolek-golek dek lerana senggugut yang teruk.


Dalam shaklee,terdapat 3 jenis vitamin yang boleh di ambil untuk memberi kelegaan kepada pesakit PMS ni..


1) OSTEMATRIX (kalsium)

Punca utama PMS adalah kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan.Ostematrix membantu membekalkan kekurangan magnesium dalam badan.Sebelum HAID bermula,paras bekalan kalsium menurun dan menyebabkan emosi tidak stabil,murung dan masalah kejang otot perut dan lain-lain.Pengambilan Ostematrix ini dapat melegakan dan mengurangkan kesakitan berkenaan dan membekalkan keperluan zat magnesium dan kalsium berkenaan.


2) GLA COMPLEX

Apabila seseorang mengalami senggugut ini,ia melibatkan kekejangan otot rahim.Ada kajian mengatakan keadaan ini adalah disebabkan oleh kekurangan GLA (Gamma Linolenics Acids).Pengambilan GLA ini dapat memenuhi keperluan badan kerana GLA Complex mengandungi pati biji borage yang merupakan zat terkaya bagi GLA semulajadi dan memberi kelegaan dan meringankan simptom senggugut.




3)B COMPLEX


B Complex kaya dengan pelbagai jenis vitamin B dapat membantu mengurangkan rasa tertekan dan stress.Ia juga membantu menambahkan aliran oksigen dan menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.Vitamin B5,B6 dan B12 yang terdapat dalam B complex dapat meringankan tekanan,menghindarkan masalah anemia dan terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.




Bagaimana hendak mendapatkan SET SENGGUGUT SHAKLEE? Anda boleh mendapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Jom hubungi saya di talian berikut. Atau anda boleh membuat belian dengan sendiri dengan menggunakan kad debit / kredit kad anda. barang akan sampai depan pintu rumah anda!!



coppppp.... 

Inginkan penjimatan sehingga 20% bagi setiap produk?
Jom daftar sebagai 



Anda juga Mungkin Meminati :


CARA MENJADI AHLI SHAKLEE
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
DAFTAR SHAKLEE SECARA PERCUMA

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK


18 comments:

  1. Senggugut memang menyiksa.....kalau dah datang period selalunya saya telan panado..sekarang tak lagi sebab saya amalka pengambilan Gla Complex . ...alhamdulillah senggugut hilang.

    Gagal Bendung gejala Buli Di Kalangan Pelajar Sekolah

    ReplyDelete
  2. Akk tak pernah diserang sakit senggugut masa period, jadi tak boleh nak cakap sakit senggugut ni macam mana. Bagi wanita diluar sana yang ada masalah senggugut bolehlah cuba set senggugut shaklee ni.

    ReplyDelete
  3. Set ni memang bagus untuk atasi senggugut. Senggugut ila sejak remaja dah hilang bila guna set ni, happy sangat.
    Jom Lawat Blog Raikankasih 

    ReplyDelete
  4. Sy pernah baca seminggu atau 2 mggu sebelum datang haid, kita kene perbanyakkan unsur kalsium dalam badan. Sebab dalam tempoh haid kene mmg kekurangan kalsiun.
    bole la cuba..

    RESIPI DORAYAKI KEGEMARAN DORAEMON

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. .setakat ni tak pernah lg senggugut. Tp amalkan juga ostematrix utk lenguh2. ..

    sirap merah untuk kesihatan

    ReplyDelete
  6. Pernah tengok kawan senggugut sampai tak boleh pegi kelas...

    Belian Secara Online

    ReplyDelete
  7. Ostematrix mmg the best utk senggugut. Saya sudah cuba,mmg berkesan. No more painkillers

    ReplyDelete
  8. Masa zaman anak dara dulu memang senggugut teruk jugak..alhamdulillah lepas kahwin ni dah berkurangan...cuma kena minum banyak air dekat2 nak period tu..baru tak sakit..

    Menangani Kanak-Kanak Hyperaktif

    ReplyDelete
  9. Setakat la eenggugut biasa ja. Tak sampai tahap teruk lagi. Tapi bila terasa ja cepat2 makan ostematrix.

    JommSihatDanCantik -> PERJALANAN PENUAAN KULIT

    ReplyDelete
  10. Pernah lihat kawan sebilik sakit senggugut ni masa belajar dulu... sian dia. sampai tahap terpaksa berstokin...macam orang dalam pantang... terbaring je atas katil...

    Resepi Kerabu Kacang Botol Bersama Isi Ayam

    ReplyDelete
  11. My sister consume Gla Blm habis sbotol dah Tak rasa Pape.. Kalau tak Mmg Senggugut teruk.. Mmg tak bgn.. Mmg dia Terkejut.. Blh pg klas mcm biasa..
    JANGAN SESEKALI MENGGONCANG BAYI ANDA!!

    ReplyDelete
  12. masih ingat masa belajar dulu ada kawan sorang ni bila period je mesti tak gi kelas sebab senggugut yang teruk.sampi bergulin-guling atas katil.

    ReplyDelete
  13. Tiap bulan dtg mesti mc. Huhu. Tp sejak dh amik set ni, alhamdulillah kini x menderita lg sakit senggugut.

    ReplyDelete
  14. seksa bila sengugut,setiap kali sengugut mesti sampai muntah2, sampai kena betungku...baru boleh hilang...alahamdulillah sekarang sejak amalkan GLA sengugut pun dah hilang.

    ReplyDelete
  15. Selalu kalau senggugut sakit belakang yang ngilu sangat.. aalhamdulillah, sekarang dah xde sejak consume ostematrix..

    ReplyDelete
  16. Ada yang mula.senggugut sejak sekolah menengah. Cuba shaklee lebih selamat daripada.ubat-ubatan di luar.

    Guna penggendong lebih mudah dan selamat

    ReplyDelete
  17. Better ambil suplemen. Alhamdulillah rata-rata pesakit tidak lagi alami senggugut yang menyeksakan

    ReplyDelete
  18. dulu pernah ambil epo untuk stabilkan period,kalau kenal shaklee awal dh lama cubanya

    ReplyDelete