shaklee

shaklee

Wednesday 1 October 2014

Sakit Kepala | Apa punca Sakit Kepala



Sakit kepala | Punca Sakit Kepala







Hari ini sakit sangat kepala. Terasa berat sangat kepala nie. Tempat yang paling dekat belakang tengkuk sampailah ke atas kepala. Ya Allah, hanya Dia sahaja yang tahu bagaimana sakit kepala tadi. Saya selalunya memang sakit kepala. Sakit kepala sudah menjadi perkara biasa. Kalau dulu sakit kepala je mesti pergi tidur atau telan paintkiller (panadol). Tapi sejak kenal Shaklee nie saya dah jarang makan paintkiller. Bukan jaranglah tapi memang taknak makan dah paintkiller. Apa yang saya ambil sekrang adalah B-COMPLEX SHAKLEE,OSTEMATRIK, VITA C PLUS DAN NUTRIFERON. Alhamdulillah, ianya berkesan walaupun mengambil masa yang lama sikit. Walaupun lambat sikit berkesan saya sudah jauh daripada mengambil paintkiller yang mempunyai side effect. Mari kita baca kenapa kita sering mengalami sakit kepala.



Sakit kepala adalah gejala yang kerap berlaku dikalangan rakyat Malaysia. Ia biasanya tidak menggambarkan suatu penyakit yang serius.

Ia melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ia tidak serius, ia boleh menyakitkan dan menganggu aktiviti harian kita.

Penyebab Sakit Kepala


Berikut adalah keadaan yang menyebabkan sakit kepala :
  • Tekanan (tension headache).
  • Kemurungan
  • Migrain (pengecutan salur darah)
  • Penyakit serta ketegangan dalam mata.
  • Sakit gigi dan tulang rahang.
  • Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
  • Kejang otot.
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
  • Angin Ahmar
  • Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Pengambilan dadah dan racun

Rawatan


Rawatan bergantung kepada penyebab :
  • Berehat/baring dalam bilik gelap,sunyi.
  • Ambil ubat tahan sakit yang ringan seperti Tablet Paracetamol atau Asprin.
  • Cuba teknik bertenang dan urutan.
  • Jika migrain, letakan beg air batu atau tuala sejuk di atas dahi anda dan ubah suai pemakanan anda.
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Cuba rawatan pilihan seperti chiropractic dan akupuntur.
  • Rawatan khusus bagi penyakit tertentu.

Bila Perlu Berjumpa Doktor.


  • Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius (Red flag) seperti berikut :
  • Demam.
  • Pening kepala yang kuat pada umur melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kecederaan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV

Pencegahan

  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  • Pemakanan seimbang.
  • Kerap bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan gaya hidup sihat



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian ini...saya pun selalu mengalami masalah ini. ..moga dapat bermanfaat bagi semua perkongsian ini...

    ReplyDelete