shaklee

shaklee

Saturday 25 October 2014

UAI Tidak Akan Membuat Laporan Polis


Ustaz Azhar Idrus Di Fitnah Berhubung Dengan Video Lucah




Azhar Idrus







KUALA TERENGGANU - Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang mula tersebar sejak awal pagi kelmarin.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

“Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

Sinar Harian semalam melaporkan, penyebaran video dan gambar lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal merupakan niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

sumber


Ya Allah... Kau lindungilah insan ini dari bahaya fitnah. Peliharalah insan ini dari kejahatan. Jagalah insan ini dari perasaan, tangan dan mulut yang mungkar. Kau balaslah pemfitnah dengan balasan keinsafan. Jika mereka mereka berkeras untuk insaf, kau binasalah perasaan jahat dalam hati mereka.'




3 comments:

  1. Dunia akhir zaman.. Moga kita dilindungi daripada fitnah akhir zaman.. ameen

    Tips hilangkan jerawat batu bakgunung berapi

    ReplyDelete
  2. Hanya Allah yang mampu membalas kejahatan orang yang membuat fitnah terhadap UAI

    ReplyDelete
  3. Semoga UAI dilindungiNya dari pelbagai fitnah dunia ini..

    ReplyDelete