shaklee

shaklee

Friday 14 November 2014

Banjirkah Kemaman Pada Tahun ini 2014??

Banjir ke?? Kenapa ya hari ini rasa nak buat entry pasal banjir? Eemmm.. sebab sudah 2 hari hujan tidak berhenti di Kemaman ni. Kemungkinan juga, esok akan hujan lagi lebat dari hari ini..
Ini dia mesej yang saya dapat daripada whatsapp group::
ASSALAMUALAIKUM TUAN,
TARIKH: 13.11.2014 (1125)
A: INFO HUJAN LEBAT PERINGKAT KUNING
- KEADAAN HUJAN SEDERHANA DAN ANGIN KENCANG DI NEGERI TERENGGANU SEHINGGA 15 NOVEMBER 2014.
B: KEADAAN CUACA SEMASA DAERAH-DAERAH NEGERI TERENGGANU.
1. KUALA TERENGGANU: HUJAN
2. HULU TERENGGANU: HUJAN
3. MARANG: HUJAN
4. SETIU: HUJAN
5. BESUT: HUJAN
6. DUNGUN: HUJAN
7. KEMAMAN: HUJAN
C: PARAS AIR SUNGAI YANG MELEBIHI PARAS BERJAGA – JAGA.
DAERAH HULU TERENGGANU:-
- SG. BERANG DI KG.MENERONG (BIASA: 20.00, SEMASA: 23.50)
- SG. TERENGGANU DI KG.DURA (BIASA: 8.00, SEMASA: 15:00)
- SG. TELEMONG DI KUALA PING (BIASA: 16.50, SEMASA: 19.00)
DAERAH MARANG:-
- SG. MARANG DI PENGKALAN BERANGAN (BIASA: 1.00, SEMASA: 2.30)
DAERAH DUNGUN:-
- SG. DUNGUN DI KG. PASIR RAJA (BIASA: 34.00, SEMASA: 36.00)
- SG. DUNGUN DI KUALA JENGAI ( BIASA: 14.00, SEMASA: 19.50)
- SG. DUNGUN DI JAMBATAN JERANGAU (BIASA: 10.90, SEMASA: 11.70)
DAERAH KEMAMAN:-
- SG. TEBAK DI JAMBATAN TEBAK (BIASA: 15.00, SEMASA: 18.00)
- SG. KEMAMAN DI JAMBATAN AIR PUTIH (BIASA: 9.00, SEMASA: 12.50)
DAERAH SETIU:-
- SG. SETIU DI KAMPUNG BESUT (BIASA: 13.30, SEMASA: 16.40)
- SG. CHALOK DI JAMBATAN CHALOK (BIASA: 5.00, SEMASA: 8.00)
- SG. SETIU DI JAMBATAN PERMAISURI (BIASA: 5.50, SEMASA: 7.60)
- SG. NERUS DI KG. LANGKAP (BIASA: 17.00, SEMASA: 20.80)
DAERAH BESUT:-
- SG. BESUT DI JAMBATAN KERUAK (BIASA: 28.50, SEMASA: 33.00)
- SG. BESUT DI KG. LA (BIASA: 14.00, SEMASA: 17.20)
- SG. BESUT DI JAMBATAN JERTEH (BIASA: 2.30, SEMASA: 8.10)
MANAKALA PARAS SUNGAI YANG LAIN BERADA DALAM KEADAAN PARAS BIASA.
* SEMUA BALAI-BALAI BERKENAAN DIKEHENDAKI MEMBUAT PEMANTAUAN DI LOKASI-LOKASI YANG SERING DINAIKI AIR DARI MASA KE SEMASA SERTA MELAPORKAN PADA PGO.
SEKIAN UNTUK MAKLUMAN.
PEGAWAI PGO BERTUGAS: PKPgB ABDULLAH ZAWAWI BIN MOHAMED
DARI: PGONEGTRG – NO. INFOBLAST 09-6315402,
NO. TEL: 09-6224444
NO. FAX: 09-6310261
Info dari Bomba Terengganu
Ramai yang tertanya-tanya banjir besar lagi ke Kemaman pada tahun ini?? Semua dah mula risau dan sudah ada sebahagian yang telah kemas-kemas barang untuk persediaan banjir. Ada juga yang telah angkut barang-barang seperti perabot ke tempat yang lebih selamat.
Katanya sudah serik kejadian yang berlaku pada tahun lepas iaitu pada tarikh keramat 5 Disember 2013 berlaku banjir besar di Kemaman. Banyak rumah-rumah yang telah di tenggelami air banjir yang parasnya melebihi kepala orang dewasa. Kejadian banjir tahun lepas memang sudah di tahap darurat. Banyak keperluan harian yang tidak boleh di perolehi kerana pengangkutan makanan tersekat di tengah-tengah jalan angkara banjir besar ini.
Walaubagaimanapun, rakyat Malaysia memang sangat prihatin. Sekejab sahaja bantuan kemanusiaan sampai untuk memberi bantuan dari segi pakaian, makanan dan tempat tinggal. Kebanyakkan keluarga mangsa yang di timpa banjir di tempatkan di sekolah-sekolah.
Semoga tahun ini tidak berulang lagi banjir besar seperti tahun lepas yang jarang sangat berlaku. Banyak-banyam berdoa kepada rakyat Kemaman semoga tiada lagi musibah yang ditimpa buat kami semua..
"Sesungguhnya Allah tidak akan menguji kepada hambaNya yang tidak mampu"

27 comments:

  1. Baik bersiap sedia dari sekarang... banjir ni boleh datang secara tiba2 je... Malang tak berbau kan... Sekarang pun hujan dah berterusan...


    Kisah Benar!!! Sembelit Ibu Muda Ketika Berpantang Undang Masalah Jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu.. mmg ramai dh siap sedia kak tun,,

      Delete
  2. Kepada orang ramai yang bertempat tinggal di kawasan terbabit banjir harap bersedia dan membuat langkah yang sewajarnya. Yang terpenting keselamatan anda dan keluarga. Awasi pergerakan kanak-kanak semasa banjir melanda. Bersedia dengan kemungkinan yang berlaku kapan sahaja dan dimana sahaja.
    Bagaimana nak tahu kanak-kanak itu Hiperaktif

    ReplyDelete
  3. Siapa-siapa yang ada sedara di sana boleh mintak tolong mereka buat persiapan apa yang patut.

    JommSihatDanCantik -> TERLAMPAU KEMARUK MAKANAN UNDANG PELBAGAI MASALAH

    ReplyDelete
  4. Hati2 kepada sesiapa saja dimusim hujan ni.. Banjir boleh berlaku dimana2 saja. Dalam pada memastikan harta2 disimpan ketempat yang selamat, jangan lupa harta akhirat kita pula ye.. Anak2 memang suka main air. Tak kira la air hujan ke, air banjir ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer betul tu. anak2lah yang penting untuk di awasi

      Delete
  5. Harap di kuantan tidak banjir mcam tahun lepas...aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 macam tu lah..kesian kan tengok org kena banjir..

      Delete
  6. Tidur pun x lena kalau hujan turun x brhenti....kena sentiasa berjaga jaga ni..


    mitos-cantik-faktaauta

    ReplyDelete
  7. Hati2 pada smua warga kemaman..brsiap sedia apa yg patut. Berdoa agar semua sihat & selamat.

    Tips & Info Checklist: Apa yang perlu ada dalam 'Beg Hospital'?

    ReplyDelete
  8. Bersiap sedia utk menghadapi banjir..simpan segala dokumen penting di tempt yg tinggi. ..

    bolehkah kurus dengan minyak ikan?

    ReplyDelete
  9. Setiap kali hujung tahun kebiasaanya bahagian pantai mesti berhati2 dengan banjir..semua perlu segera ambil tindakan yang sepatutnya..

    Ikan Budu

    ReplyDelete
  10. ina..beli bot siap2...kalau kt umah kak zi..suka time banjir bleh main air banjir..tapi xde laa banjir yang besar...yang penting dapat makan ikan sungai yang segar2 time banjir..

    Bahayakah Plasenta Privia

    ReplyDelete
  11. Musim hujan antara oktober hingga disember..banyak tempat yg dilanda banjir skang. Cuma, macam semua cakapla kita kene berhati2 dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Tempat yang selalu kena banjir la kena alert bila hujan tak berhenti2.

    SELAMAT HARI DIABETES SEDUNIA 2014

    ReplyDelete
  12. Risau sekrang ni cuaca tak menentu..memang kena buat persediaan kan

    ReplyDelete
  13. Ida juga antara mangsa banjir besar di kuantan.. Tak sangka sebenarnya boleh terjadi banjir besar mcm tu.. Iyalah, sblm ni tmn kwsn rmh ida ni mmg bnjir tp xpernah lg msuk kt dlm rmh ida.. Hanya kat depan lorong rmh ida tu je yg kne bnjir tp thn lps skjp je air msk dlm rmh.. Thn ni pon kitorg siap2 tkut kena bnjir lg wlaupun dh ade longkang bsr yg dgali di bwh jln tar dpn rmh kami..

    TIPS DAN PETUA PENJAGAAN MATA SERTA GIGI

    ReplyDelete
  14. sentiasalah berwaspada dgn banjir..siap sedia dan selalu peka dengan info terkini

    ReplyDelete
  15. Tahun lpas, selepas banjir tu, Saya ada pegi dungun.. lalu kemaman.. Ya Allah.. Mmg teruk sangat kesan dia.. Setinggi tiang electric Rasanya.. Jalan semua bertukar Warna brown.. Mmg Bukan mcm zaman sekarang.. Mintak2 dia byk2, smoga tahun Ji tak jadi mcm tahun lalu..
    Cegah Pelbagai Penyakit Dengan Hanya 1 Botol Penawar

    ReplyDelete
  16. perlu siap sedia dengan info terkini..jaga keselamatan anak-anak kita.

    ReplyDelete
  17. Hati-hati ya. Jangan main banjir. Awasi anak-anak kecil dan orang-orang tua. Semoga Allah melindungi kalian semua.

    ReplyDelete
  18. Baik bersiap sedia dan berhati hati..hujan lebat boleh menyebabkan banjir.jadi awasi anak2 bermain2 air hujan semasa banjir.

    ReplyDelete
  19. Berhati-hati ya pada yang terlibat. moga kita semua dilindungi Allah.. Ameen..

    Jemput baca: Makanan yang menurunkan kandungan gula di dalam darah

    ReplyDelete
  20. risau keluarga dikampung jika berlaku kebanjiran..sediakan payung sebelum hujan.. jaga kesihatan paling utama

    http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/11/tip-menjayakan-penyusuan-badan-hingga-2.html

    ReplyDelete
  21. Dokumen penting kena simpan dalam satu beg pastu letak di satu tmpt yg senang nak capai. Anak-anak pula kena sentiasa diingatkan agar jangan bermain air.banjir. Air kena simpan lebih.barang elektrik kena letak tmpt tinggi dh. Oh risau nya

    ReplyDelete
  22. Risaunya.. kalau saya di tempat ina juga mesti risau dan doa banyak-banyak. yaAllah takdelah banjir besar dimana-mana lagi. Sebab ia melibatkan banyak hal hingga ada juga boleh terkorban. Apa pun perancangan Allah Maha Hebat.

    ReplyDelete