shaklee

shaklee

Friday 20 June 2014

Cara Mengatasi Masalah Keputihan Semasa Hamil


Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri.

Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat.

Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau.


Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.

Dalam Panduan Kesihatan Ibu Hamil menegaskan rawatan untuk mengatasi keputihan perlu dilakukan. Ianya tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sehingga boleh membawa bahaya kepada kandungan.

Jika rawatan di klinik kesihatan ataupun di hospital, suppositori antikulat seperti clotrimazole biasanya akan diberikan kepada ibu mengandung.

Adakah suppositori clotrimazole ini selamat untuk ibu mengandung?

Sehingga kini tiada kajian spesifik yang dijalankan keatas wanita mengandung terhadap penggunaan suppositori clotrimazole ini.

Kerana ini adalah melanggar hak etika manusia. Wanita hamil tidak dijadikan bahan ujikaji.


Namun, setakat ini wanita mengandung yang mengunakan suppositori clotrimazole ini tiada menunjukkan kesan sampingan yang teruk terhadap kehamilan mereka. Malah, menurut FDA (food drug administration) telah menetapkan keselamatan ubat ini berada pada aras C.

Maksud aras C ini adalah suatu aras dimana tiada kesan teratogenik yang terhasil daripada penggunaan sesetengah jenis ubat.

Oleh itu, wanita mengandung perlu mengatasi keputihan yang mereka hadapi. Cuba dahulu rawatan yang disyorkan oleh doktor. Apa yang penting adalah kepatuhan terhadap arahan penggunaan ubat. Ubat suppositori clotrimazole perlu diambil pada waktu malam selama 3 malam berturut-turut. Dan suppositori clotrimazole perlu disisipkan kedalam faraj dan bukannya ditelan melalui mulut!- 


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


No comments:

Post a Comment