shaklee

shaklee

Tuesday 11 February 2014

Doa Mudah Bersalin

Salam...ulloss...

mummy ina sekarang sbnrnye tgh preggy anak first tau.. skrg dh 34weeks..
Doakan mummy ina selamat bersalin dan selamat ye... ;)

Excited tu biasalh nak dpt anak first kn.. tapi berdebar jugak sbb xde pengalaman lagi kan..
Nie ina sediakan doa-doa untuk mummy-mummy yg sedang preggy jugak skrg.. semoga selamat semuanya ye..
Ameen..




Ibu-ibu yang sedang hamil, pastinya mengharapkan semuanya dipermudahkan sepanjang kehamilan. Juga pasti juga mengharapkan agar proses bersalin nanti menjadi lebih mudah bukan? Saya ada terjumpa tips ini semasa jalan-jalan blogwalking, sangat bermanfaat dan rasanya perlu dikongsi bersama. 

Moga bermanfaat kepada semua.



1. Surah Al-Fatihah (7 kali)


2. Ya Khafid (1000 kali)


Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

3. Al-Abasa : 20


"Kemudian jalannya dimudahkan"

4. Al-Anbia' : 87-89


"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"


Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami)


Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"

5. Allahumma bihaqqi maryam, wa bihaqqi man unzilat 'alaihi suuratu maryam, khaffif 'anni aalaamil makhaadth, birahmatika ya arhamarraahimiin.

Maksudnya: "Ya Allah, dengan berkat Siti Maryam, dan dengan berkat Nabi Muhammad yang diturunkan Surah Maryam kepadanya, ringankanlah kesakitanku dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Penyayang"

6. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.

Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya"

No comments:

Post a Comment