shaklee

shaklee

Wednesday, 21 May 2014

Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Salam sayang all....mommies out there risau tentang bentuk badan selepas bersalin? That is normal....selepas melahirkan mesti kita akan berfikir untuk kembalikan bentuk badan ke asal dan supaya baju-baju lama masih boleh dipakai. Terdapat banyak tips atau petua untuk kuruskan badan secara moden atau tradisional selepas bersalin.


Ingin kekal langsing?
                                                           
Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama apabila usia semakin meningkat.


Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun, dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan herba, akar-akar kayu dan sebagainya. Apa pun pilihan samada berpantang secara tradisional ataupun moden, terpulang kepada diri anda sendiri dan kesesuaian.


Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan. Selain dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, jom baca 9 tips kuruskan badan secara sihat:



1. Menyusu Badan
Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.


2.Bertungku
Selepas bersalin perut lebih mudah membuncit dan mengeleber kerana lapisan perut yang ditinggalkan oleh bekas kandungan. Bertungku atau bertuam dengan menggunakan batu khas boleh membantu untuk mengembalikan perut kepada keadaan normal. Tujuannya, adalah untuk mengeluarkan saki baki darah kotor, mengecutkan dan memulihkan rahim serta urat saraf disekeliling peranakan dan juga bahagian-bahagian lain.


3. Berbengkung
Bengkung digunakan untuk mencegah peranakan 'jatuh', mengecutkan semula peranakan serta memulihkan kulit perut. Sebelum berbengkung, perut elok disapukan dengan bahan campuran yang ditumbuk seperti lada hitam, raga tapai dan air asam jawa. Selain itu, kaedah moden pemakaian 'girdle' juga boleh digunakan. Pastikan 'girdle' tersebut mampu memberi tindak balas yang positif untuk mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal.

4. Berurut
Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan prngeluaran darah nifas serta kekotoran.


5. Minum Banyak Air
Bagi ibu yang melahirkan dan menyusu badan perlu minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.



6. Makanan Seimbang
Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sebarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuma ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.



7. Senaman
Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan senaman. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan stroller atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.



8. Makan hanya Ketika Lapar
Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.



9. Sertai Kelas Senaman Pasca Kelahiran
Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan senaman khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat.

Cadangan Supplement Untuk Membantu Ibu Menyusu Menguruskan Badan

Esp Soy Protein,Lecithin & Alfalfa Complex

1. LECITHIN - Bakar
- Berfungsi sebagai pembakar lemak dan kolesterol. Ia adalah sumber kolina dan juga pengemulsi lemak. Juga dicadangkan untuk ibu-ibu yang mengalami clogged duct/ duktus tersumbat.



2. ALFALFA - Buang
- Berfungsi sebagai sumber serat untuk menyerap pecahan lemak dan kolesterol oleh lecithin. Alfalfa akan mengangkut lemak-lemak keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan bertindak juga sebagai milk booster/penggalak susu. Juga dapat membantu masalah keputihan dikalangan wanita.

3. SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP) - Bina Otot
- Berfungsi sebagai sumber protein untuk memelihara otot dalam proses menurunkan berat badan. Dapat memberi rasa kenyang yang tahan lama dan memberi tenaga berpanjangan. Selain itu dapat membantu sebagai penggalak susu dan memekatkan susu ibu.


*Sumber: Majalah Pa&Ma
Credit: http://mummysayf.blogspot.com/2013/01/tips-kuruskan-badan-selepas-bersalin.html

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment