shaklee

shaklee

Thursday, 7 August 2014

10 Tanda Penting Kehamilan | Set Hamil Shaklee

Tanda-Tanda Awal Kehamilan | Set Hamil Shaklee


Biasa bagi ibu-ibu yang baru Hamil akan mengalami beberapa Tanda yang perlu si ibu tumpukan supaya dapat menjaga kandungan daripada Awal kehamilan..
Kebiasaanya, tanda-tanda kehamilan setiap individu tidak sama.. Ada yang tidak mengalami apa-apa perubahan dari pemakanan atau aktiviti harian.. Namun, ada juga yang berubah 100%. Daripada perkara yang suka bertukar kepada tidak suka dan yang suka kepada tidak suka.. Ina pun semasa mengandung baru-baru ini mempunyai perubahan hormon..

Jadi hari ini Ina nak kongsikan 10 Tanda Penting Kehamilan bagi seorang bakal ibu atau yang sudah menjadi ibu.. =)

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.

2.Warna Areola Menjadi Gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
3. Pendarahan atau Kekejangan Akibat Implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
4. :Kerap Membuang Air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.

5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.

6. Payudara Melembut Atau Membengkak

Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
7. Deria Rasa Berubah 
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.

8. Mabuk Hamil Pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.

9. Tidak datang HaidJika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.


10. Ujian Kehamilan Yang Positif

Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini,

Tidak dapat bertahan dengan pening dan loya? Jom klik link ini..


Loya Dan Muntah Semasa Hamil? Atasinya Morning Sickness Anda!!


Anda Mungkin Juga Meminati :
SET HAMIL SHAKLEE
TIPS TAMBAH SUSU IBU
TIPS MINUM AIR MASAK 3 LITER SEHARI




untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com
 www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment