shaklee

shaklee

Wednesday 6 August 2014

Kenali Waktu Subur Anda


Kenapa Anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama:

1- Untuk Memudahkan Mendapat zuriat..

2- Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat


Waktu Subur Wanita:


Suhu Badan
Anda perlu memiliki termometer untuk menyukat suhu badan setiap pagi sejurus selepas bangun tetapi sebelum mandi atau memberus gigi. Suhu badan ini kemudiannya dicatatkan pada sebuah carta khas. Jika dicatatkan berterusan selama sebulan iaitu sejurus keluar haid sehingga ke haid yang berikutnya, ini akan menghasilkan satu bentuk cara yang boleh memberi petunjuk sama ada anda (wanita) mengeluarkan telur atau tidak. Ia juga memberi petunjuk bila wanita itu mengelyarkan telurnya. Pengeluaran telur ini dalam pusingan 28 hari, biasanya berlaku 13 atau 14 hari selepas mula hari pertama haid.

Kitaran Haid

Mengkaji Lendir Dari faraj
Untuk mendapatkan contoh lendir ini, sesesorang wanita perlu memasukkan jarinya ke dalam kemaluan  sejurus selepas berhadas kecil. Masukkan jari ke dalam lubang Faraj sehingga terasa pangkal rahim yang keras seperti hidung ( pastikan kuku anda tidak panjang). Pada Waktu subur iaitu biasanya jatuh pada hari ke 13 atau 14 hari selepas hari pertama haid, lendir ini menjadi banyak,cair,jernih dan mudah dijalurkan. Inilah waktunya seseorang wanita sangat subur.


Pemeriksaan Ultrasound
Melakukan pemeriksaan Ultrasound secara berulang kali, Dalam pemeriksaan ultrasound ini, seseorang doktor boleh mengesan bila benih itu keluar. Perlu ditekankan di sini tidak semua doktor boleh membuat ujian ini dan tidak semua alat ultrasound boleh membuat siasatan tersebut. Boleh dikatakan di Malaysia ini hanya satu atau dua tempat sahaja yang boleh berbuat demikian dan salah satunya Klinik Kesuburan LPPKN sendiri. 


Anda Mungkin Juga Meminati:



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment