shaklee

shaklee

Saturday 9 August 2014

Bagaimana Menyediakan Makanan Bayi Secara Selamat

Cara Penyediaan Makanan Bayi


Cara Menyediakan Makanan Bayi

Mengapakah Kebersihan makanan Penting Ketika Menyediakan Makanan Bayi??

Kebersihan dan kesegaran makanan adalah penting apabila bayi anda mula mengambil makanan pejal. Ini kerana, sistem pertahanan badan (sistem imun) bayi masih belum sempurna, tidak seperti orang dewasa. Perut mereka mudah diserang kuman dan jangkitan.

Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa waktu terbaik memperkenalkan makanan pejal kepada bayi ialah ketika usianya enam bulan. Sterilkan sudu dan cuci mangkuk dan peralatan yang digunakan untuk memberi bayi makan dalam air yang sangat panas. Gunakan kain pengelap yang bersih atau tuala kertas untuk mengeringkannya. 

Apakah Tahap Kebersihan Yang Perlu Saya  Amalkan Ketika Menyediakan Makanan Bayi?



Anda tidak perlu mensterilkan keseluruhan dapur anda, namun adalah wajar untuk anda mengikuti panduan-panduan kebersihan berikut:

  • Basuh tangan anda dengan bersih sebelum anda menyediakan hidangan untuk bayi anda.
  • Cuci kerusi tinggi bayi, bib dan tempat makan dengan air sabun yang panas.
  • Jika bayi anda menggunakan tangannya untuk makan, cuci tangannya sebelum dia makan.
  • Tukar tuala dan kain pengelap dapur dengan kerap.

Bagaimanakah Saya Boleh Menghidangkan Makanan Bayi Dengan Selamat?

Apabila memanaskan makanan bayi, pastikan ia benar-benar panas keseluruhannya. Anda sepatutnya boleh lihat wasap keluar daripadanya. Biarkan makanan itu sejuk sebelum memberikannya kepada bayi anda. Letakkan sedikit di pergelangan tangan anda untuk memeriksa samada suhunya sesuai untuk diberi kepada bayi anda.

Ingatlah juga tip-tip berikut:

  • Jika anda menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan makanan, kacau makanan supaya ia panas dengan sempurna.
  • Jangan panaskan makanan bayi lebih daripada sekali.
  • Masak telur sehingga benar-benar keras.
  • Masak daging sehingga bahagian tengahnya sudah tidak berwarna kemerahan.
  • Jika anda menggunakan makanan yang disejuk bekukan, nyahbekukan sepenuhnya sebelum anda memasaknya, kecuali dinyatakan sebaliknya pada pakejnya. Jangan sekali-kali bekukan sesuatu yang telah dinyahbekukan.
Bagaimana Cara Menyimpan Makanan Bayi Dengan Selamat?


Ikutilah tip-tip berikut untuk memastikan makanan bayi anda disimpan dengan selamat:
  • Jika anda menyediakan makanan bayi dalam kuantiti yang banyak untuk disimpan, sejukkannya dengan segera dan simpan dalam peti sejuk. Sejuk bekukan mana-mana makanan yang tidak akan diguna dalam masa 24 jam.
  • Jika bayi anda tidak habis makan, buang sisa makanan tersebut. Makanan yang telah terkena air liur mengandungi bakteria yang akan berganda jika disimpan.
  • Semak tarikh luput makanan. Jika ada lebihan makanan dalam botol yang telah dibuka, anda boleh simpan dalam peti sejuk selama 24 jam. Walau bagaimanapun, buang lebihan makanan yang telahpun dipanaskan sekali, serta botol di mana makanan di dalamnya telah disuap kepada bayi anda.
  • Periksa suhu peti sejuk anda. Ia sepatutnya berada di antara kosong dan lima darjah Celcius. Belilah termometer peti sejuk jika anda belum mempunyainya.



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

1 comment: