shaklee

shaklee

Monday, 8 September 2014

Kenali Jenis Dan Wana Najis Anak Anda


Kenali Jenis Dan Wana Najis Anak Anda | Apakah Warna Najis Anak yang Normal?







Najis bayi adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh ibu-ibu. Ini kerana dari najis bayi boleh ditafsirkan bayi kita dalam keadaan sihat atau pun tidak. Ramai mommies yang runsing juga dengan najis bayi yang bertukar-tukar dan bertanyakan samada ianya normal atau tidak. Sebenarnya najis bayi ini mengikut usia bayi, samaada dia breastfeeding atau susu formula, dan samaada bayi sudah mula makan-makanan pejal.


Satu lagi persoalan yang biasa bermain difikiran mommies ialah, berapa kali bayi akan membuang air besar dalam sehari? Betul tak? =) Sebenarnya, tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kalikah yang dikira paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada dia menyusu badan atau diberi susu formula.


Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari juga dianggap normal dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar.


Bayi yang menyusu formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.


Jom kita lihat Jenis dan Warna Najis Bayi supaya kita mendapat sedikit gambaran yang dapat membantu.


JENIS DAN WARNA NAJIS


1. NEWBORN POO : MECONIUM



NEWBORN POO

Bagi baru yang baru lahir, bayi anda akan membuang najis yang dipanggil mekonium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang terkumpul dalam usus bayi semasa dalam rahim dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Biasanya najis jenis ini tidak berbau namun kotorannya susah ditanggalkan.



2. BREASTFEEDING POO



BREASTFEEDING POO


Bayi yang menyusu dengan susu ibu, warna najisnya adalah kekuningan golden yellow. Najis bayi akan berubah menjadi kuning cerah seperti biji sawi dan baunya kemanis-manisan. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala kelihatan berbiji-biji atau kelihatan berketul seperti susu masam. Di awal kelahiran bayi akan membuang air besar semasa atau sejurus selepas menyusu badan. Dan ia adalah normal.



3.FORMULA MILK POO


FORMULA MILK POO

Yang ini pula gambar najis bayi anda minum susu formula. Najisnya akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk compare to najis bayi yang menyusu badan. Ini kerana susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya berbanding susu badan. Baunya juga lebih kuat...huhu



4. IRON FORTIFIED POO

IRON FORTIFIED POO


Najis bayi akan kelihatan kehitaman jika bayi diberi bahan yang mengandungi iron. Namun jika tiada supplemen iron diberikan kepada bayi dan najisnya berwarna seperti diatas, segera berjumpa dengan doktor anda.



5. SOLID FOOD POO


SOLIC FOOD POO


Apabila bayi anda mula untuk mengambil makanan pejal atau solid food, najisnya juga akan mengalami perubahan. Ianya berwarna seakan coklat dan agak berbau.


6. POO WITH PARTIALLY DIGESTED FOOD 




Jangan risau jika najis bayi anda masih mempunyai makanan solid yang belum hadam dengan sepenuhnya. Ianya biasa berlaku apabila bayi mula untuk mengambil makanan yg lebih kasar dan ia tidak dikunyah dengan sepenuhnya. Selalunya yang akan anda jumpa ialah sayuran spt carrot...huhu =)


Terdapat juga beberapa keadaan di mana anda perlu beri perhatian apabila najis tidak normal. Ia terjadi dalam beberapa keadaan berikut::


1. CIRIT-BIRIT




Antara simptom bayi terkena cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bawa bayi berjumpa doktor jika keadaan berlanjutan.


2. SEMBELIT




Bayi yang mengalami sembelit najisnya akan keras. Antara simptom yang mommies boleh lihat adalah apabila bayi menghadapi kesukaran membuang air besar, sakit perut dan meneran sehingga muka kemerahan. Biasanya doktor akan memberi cadangan untuk memberikan bayi lebih bnyk minum air dan jus buah-buahan yang kaya dengan fiber.


3. NAJIS BAYI YANG MENGANDUNGI MUKUS



Biasanya perkara ini berlaku kerana bayi mengalami alergic pada sesuatu ataupun infection. Segera berjumpa doktor jika keadaan ini berlarutan.



4. NAJIS BERCAMPUR DARAH



Kadangkala, apabila bayi anda mengalami alergic pada "milk protein", najis akan kelihatan bercampur dengan sedikit darah. Jika bayi anda sembelit dan bercampur darah, mungkin berlaku kecederaan pada duburnya ketika proses meneran dan kemungkinan juga disebabkan jangkitan bakteria.






No comments:

Post a Comment