shaklee

shaklee

Friday, 5 September 2014

Pantai Chendor Kuantan | Cuti Bersama Keluarga Tersayang

Tengah fokus membuat entry blog yang Setiap hari saya pasti update blog, tiba-tiba suamiku bersuara " Sayang petang nie Jom pergi jalan".
Jalan ke mana? Tanyaku kepada suami sambil mata tangan tangan Masih fokus menaip entry Di laptop kesayanganku ini.
Pergi PANTAI CHENDOR nak dok? ( versi terengganu). Ermmm.. Nak mandi pantai lah tu, kataku kepada si suami.. Suami Ku menggangguk seakan-akan memujukku untuk setuju dengan cadangannya itu.

Dalam hati masih memikirkan 2 entry untuk Hari ini belum Siap lg. Malasnya nak keluar kalau diikutkan hati yang semangat berkobar-kobar ( berkobarlah sangatkan) hendak buat entry. Yerlah nak buat entry nie orang kata Kena ada fill ( Perasan) dari hati, barulah seronok bila orang membacanya betul Tak. Hihi..

Tapi apakan daya pujukan suamiku membuatkan diriku setuju untuk temannya Ke Pantai Chendor. Tidak apa Balik nanti boleh buat entry. InsyaAllah sempat. Salah satu entry tajuk pergi pantai ini lah.. Hehe..

Selesai sahaja solat Asar berjemaah bersama suami, kami bersiap-siap untuk Ke pantai yang dicadangkan sebentar tadi. Terdengar guruh Di luar rumah. Aku bersuara " Abang macam nak hujan Je, langit gelap Dah Tu. Nantikan saja Je pergi Tak Boleh mandi.
Suami kata Tak hujan, kat sana tak hujan dengan yakinnya suamiku menjawab. OK, tidak apa kita pergi.

Pukul 5.15 petang kami keluar dari rumah. Sampai sahaja dibandar langit semakin gelap. Tiba di Geliga pula, Sah memang nak hujan sebab langit memang Dah hitamlah orang kata.





OK, ini di trafik light Masjid Geliga. Macam Dah malam kan. Padahal Baru pukul 5.30 petang.




Ini Di pintu gerbang sempadan Kemaman-
Kuantan.




Siap ada lagi perkataan selamat datang Ke kuantan. Jauhkan kami jalan Dari Kemaman Ke kuantan. Hehe..




Barisan Kedai keropok yang berderet sebelum sampai Ke pantai chendor.





Jalan Masuk Ke pantai.





Yeyy!! Kami sudah sampai Di Pantai chendor.
Tapi nampak cuaca Sangat buruk. Macam tiada harapan untuk suamiku bermandi manda.






Saffiyya Dah Siap meniarap lg atas tikar. Sambil kami berdua makan pisang goreng.





Taaraaaa.... Akhirnya ini Je yang boleh kami lakukan iaitu selfie.. Hehe. Sebab suami memang tidak boleh mandi. Langit Dah semakin gelap, angin pun Dah semakin Kuat, guruh dan petir pun turut ada Juga.

Tidak sampai 10 minit kami duduk atas tikar, kami terus beredar untuk balik Ke rumah Semula. Sampai sahaja simpang untuk keluar dari pantai, hujan pun membasahi bumi kuantan..

Hujan Sangat lebat, kabur Juga mata tengok jalan. Sebab gelap Dan hujan lebat lagi.





Gelapkan. Macam Dah malam padahal Baru pukul 6 petang.

Itu sahaja untuk entry hari ini. Walaupun Tak Jadi mandi pantai Tapi kami gembira dapat jalan-jalan..

Salam Sayang.. Ina..

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment