shaklee

shaklee

Thursday 11 September 2014

Petua Menghilangkan Lendir Hingus Pada Bayi






Jadi apakah pilihan ibubapa jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan oleh doktor?



Puan boleh melakukan perkara di bawah :

• Pastikan anak puan mendapat rehat yang cukup. Jangan bawa anak puan bersiar-siar atau membeli belah.

• Jika puan menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga jika puan memberikan susu formula.

• Jangan gantikan susu dengan memberikan air kosong kepada bayi terutamanya berusia satu tahun ke bawah kerana ia memudaratkan.

• Jika anak puan mengalami batuk atau selsema bersama-sama demam, boleh berikan ubat demam paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doctor. Ubat demam paracetamol boleh diberikan dengan selamat jika anak puan berusia satu tahun ke atas dan mempunyai berat badan melebihi 5 kg.

• Jika anak puan berusia setahun ke atas dan boleh dibawakan ke bilik air, buka ‘shower’ (kalau dapat shower panas) dan biarkan anak puan berada di dalam bilik air bersama puan untuk menghidu debuan air itu untuk membantu lendir menjadi longgar. Jangan mandikan anak puan dengan air panas kerana boleh mencederakannya.

• Jika anak puan sudah berusia satu tahun ke atas dan sudah boleh minum dari gelas atau botol, berikan air suam bercampur sedikit madu dan lemon. Ini membantu anak puan mendapatkan kelegaan dari batuknya.



Dan Berbagai Petua lagi.



Untuk anak-anak saya pula,papa dia yang rajin buat...tapi tak sedut..hembus dekat hidung anak, dgn cara tutup sebelah lubang hidung anak lepas tu hembus...


Ada petua nak hilangkan selesema ni boleh amalkan petua orang-orang tua ini. Perahkan limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi. cuba la ye.



Cara tradisional pulak.. ambik halia muda tumbuk dan cuma bagi dia hidu je..insyaallah memang cepat lega..anak saya yg sulung memang buat macam tu bila dia selsema atau hidung tersumbat...alhamdulillah.kalau masih bayi pun dia tak kembung walaupun hanya kerap dihidu aje.....selamat mencube:)



Salam.tak tahulah kalau petua ni membantu atau tidak untuk awak hilangkan lendir anak selsema..kalau saya,cara yang mak ajar suruh sedut hingus anak tu guna mulut kita bagi semua lendir keluar..kalau sahabat rasa geli..boleh beli alat untuk sedut tu..jadi saya pun ada beli juga alat sedut tu yang dikenali Parent&Child Nasal Aspirator...tidak mahal pun alat sedut hingus tu cuma belasan ringgit jer..saya guna memang berkesan lah..selamat 
mencuba.



Segala petua untuk amalan biasa sahaja,ada kadangkala jadi, ada kalanya tidak kita cuma ikhtiar sahaja. Jika sakit bayi,anak atau anda sendiri berlarutan sila jumpa doktor, pakar anda secepat mungkin,sebab sekarang ini berbagai jenis selsema yang pelik-pelik kunjung tiba pada kita. Contohnya Selsema burung, selsema Khinzir dll selsema lagi.


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment