shaklee

shaklee

Monday, 30 June 2014

Doa Kesuburan Untuk Hamil, Mendapatkan Zuriat Dan Anak Yang Soleh



DOA KESUBURAN UNTUK HAMIL, MENDAPATKAN ZURIAT DAN ANAK YANG SOLEH



Salam sayang buat pembaca blog Ina....=)


Mesti ada diantara anda yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata penyeri keluarga. In Shaa Allah, selagi anda ikhtiar, berdoa dan tawakkal kepada NYA, akan ada sinar harapan untuk mendapatkan cahaya mata. Jangan sesekali berputus asa k!! In Shaa Allah, ada hikmah disebalik penantian itu.


Sebagai manusia biasa, wajib untuk kita ikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata dari segi perubatan dan kesihatan. Sekarang ni banyak dah perubatan alternatif yang boleh anda cuba dan terbukti tapi ianya bergantung pada badan masing-masing juga. Cumanya, suka Ina nak ingatkan dalam pada ikhtiar itu jangan kita terlalu gopoh. Berilah masa dalam 6 bulan utk setiap satu rawatan. Hal ini kerana, badan kita memerlukan masa untuk bertindak balas dengan supplemen atau ubatan yang diambil.


Selain dari itu, dekatkan diri dengan Pencipta. Kerana rezeki adalah daripada Dia. So, hari ini Ina nak kongsikan dengan anda antara doa-doa yang anda boleh amalkan dalam proses untuk mendapatkan zuriat.




HIMPUNAN DOA UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT SOLEH




Berikut adalah antara doa-doa yang boleh anda amalkan:::



"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."


(Surah Maryam ayat 4-5)

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) Yang berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah Kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara Yang menyukakan hati melihatnya, dan Jadikanlah Kami Imam ikutan bagi orang-orang Yang (mahu) bertaqwa.


(Surah Al-Furqan ayat 74)



رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِنَا
أُمَّةً مُسْلِمَةً لَكَ

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.” 

(Surah Al-Baqarah ayat 128)


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
سَمِيعُ الدُّعَاءِ


Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

(Surah Ali-Imran ayat 38)


رَبِّ اجْعَلْ هَذَا الْبَلَدَ آمِنًا وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ
أَنْ نَعْبُدَ الأصْنَامَِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” 

(Surah Ibrahim ayat 35)


رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي
رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Bermaksud: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 


(Surah Ibrahim ayat 40)


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ
يَقُومُ الْحِسَابُ


Bermaksud: “Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapakku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).” 

(Surah Ibrahim ayat 41)


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي
أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ 
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي
إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Bermaksud: “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri.”

(Surah Al-Ahqaf ayat 15)

Mudah-mudahan kita dapat beramal dengannya dan dikurniakan kita semua dengan zuriat yang soleh dan solehah, amin.



Anda Juga Mungkin Meminati: 


credit: http://mummysayf.blogspot.com/

Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK

No comments:

Post a Comment