shaklee

shaklee

Wednesday, 17 September 2014

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ini cerita semalam tapi semalam tak sempat nak update kat blog. Jadinya hari nielh ina update ye..

Semalam tak kerja, jadi ina kenalah masak. Selalunya makan dekat kedai emak je. Hehe.. jimat...

Ok, sebenarnya nak bagitahu resepi yg ina masak semalam tu. Resepi apa? Ermmm... Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi..
Resepi nie asalnya minta denga kawan sebab lama dah tak masak jadi lupa lah sekejab. Kan salah letak bahan kan naya encik abang makan rasa lain.. huhu..


Bahan-bahan nya:

😊 1/2 ekor ayam dipotong 8. ( ikut suka nak potong berapa ye).
😊3 batang serai ( blend)
😊 8 biji cili Api ( boleh tambah lagi kalau nak lagi pedas) (blend)
😊 2 inci kunyit hidup ( blend)
😊 Daun kunyit ( untuk bau lebih sedap)
😊 Santan pekat
😊 Asam jawa
😊 Garam secukup rasa
😊 Gula sedikit





Bahan-bahan untuk di blender






Daun kunyit





Santan pekat





Ayam yang telah dipotong dan dibasuh.


Cara-caranya:

1.Masukkan bahan yang telah diblender tadi ke dalam periuk bersama-sama dengan ayam.

2. Buka api dengan sederhana.

3. Biarkan sehingga air ayam keluar dan ayam seakan- akan dah nak masak.

4. Kemudian, masukkan santan dan kacau supaya tak jadi kepala santan.

5. Masukkan asam keping, garam dan gula.

6. Bila dah masak letak hirisan daun kunyit..

7. Siap untuk dihidang..


Tadaaaaa.... siappp..


Senang je sebenarnya masak lemak cili padi nie. Pejam mata pon boleh buat.. ececehh.. yerlah tu.. tak buat tak tahu senang ke susahkan.. dah buat baru tahu.. yang memikat hati suami boleh lah cuba ye.

SELAMAT MENCUBA!!!.. 😍😍😍

Salam sayang... ina.... 😃😃



posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment