shaklee

shaklee

Thursday 18 September 2014

Resepi Sotong Masak Paprik

Sebenarnya dari semalam lagi dah niat dan beria-ria nak masak paprik hari nie. Kononya nak masak awal lah. Tapi, keadaan tidak mengizinkan pula. Ina kurang sihat, demam mcm tak larat nak bangun. Apatah lagi nak memasak kan.

Jadinya, ina postpone ke waktu petang pula untuk memasak. Tepat jam 3 petang si anak tidur, macam tahu-tahu je yang si umi nya nak masuk dapur.

Cepat-cepat ambik barang dalam peti ais bawa keluar dan siap-siapkan apa yang patut. Sotong
ina dah keluarkan masa nak solat zohor tadi. Maka senanglah cuma perlu potong-potong je.


Ok, bahan-bahan untuk membuat paprik sorong adalah:

😄 3 ekor sotong sederhana ( boleh tambah lagi, nie untuk 2 org makan sahaja)
😄 3 ulas bawang merah
😄 1 ulas bawang putih
😄 1 sudu cili boh ( asalnya guna cili kering lagi sedap tapi rumah ina kehabisan pula)
😄 sos tiram
😄 kicap
😚 garam
😄 gula
😄 3 helai daun limau purut
😄 2 batang serai
😄 lobak merah
😄 bunga kobis
😄 jagung muda (tiok jagung).











Cara-caranya:

1- Blender bawang merah dan bawang putih, kemudian tumis kedalam kuali sehingga pecah minyak. Masukkan sekali cili boh 1 sudu.

2- Masukkan sos tiram,kicap,garam dan gula. Kacau sehingga sebati.

3- Selepas itu, masukkan sotong yang telah di potong dan sayur- sayur tadi.

4- Kacau sehingga nak masak masukkan daun limau purut dan serai yang di ketuk-ketuk.

5- Sedia untuk dihidang..


Taraaaa.... dah siap pun paprik sotong yang semudah ABC nie. Inilah kali pertama ina masak paprik tau. Selama nie asyik makan kat kedai je.. hehe..

Bila dah masak sendiri baru tahu sedap ke tak kan.. ehh.. mestilah sedap. Tak sabar nak tunggu encik suami balik kerja dan hidangkan untuk dia. Mesti suami ina suka.. hehe.. ❤❤

Setiap masakan boleh memikat hati suami tau. Jom kita para isteri sentiasa masak yang sedap-sedap dan menyelerakan untuk suami yang tersayang..

Bagi yang belum berkahwin pun boleh lah belajar memasak dari sekarang ye. Boleh memikat hati mak ayah juga untuk kahwin awal.. hihi.. ❤❤❤


SELAMAT MENCUBA YE!!!

Paprik Sotong

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment