shaklee

shaklee

Friday 26 September 2014

Waktu Subur Selepas Bersalin


Boleh ke mengandung semula walaupun belum datang haid selepas bersalin | Bila waktu subur selepas bersalin




Melalui pembacaan saya sebelum ini, masa subur (berlakunya ovulasi) paling awal selepas kelahiran anak boleh berlaku sekitar 2-3 minggu, walaupun kitaran haid belum bermula.
Tetapi bergantung kepada hormon kesuburan masing-masing. Sebab itu, ada yang lepas pantang je terus lekat sekali lagi kan.

Pada logik saya,ini berlaku sebab darah nifas dan darah period definisi sebenarnya sama sebab runtuhan darah dari dinding uterus dan berlaku ovulasi pada waktu suburnya. Cume dibezakan term nya untuk memudahkan kita menyucikan diri untuk beribadah mengikut aturan islam.

Cume darah nifas ambil masa lama untuk habis sepenuhnya kerana kita mengandung pun 9 bulan kan dan untuk kembalikan kitaran haid kepada normal bergantung kepada beberapa faktor termasuklah breastfeeding..

Mari kita baca apa itu Ovulasi.

Ovulasi berlaku apabila satu telur atau lebih dilepaskan dari salah satu ovari anda. Ini adalah masa yang paling subur dalam kitaran haid anda.

Setiap bulan, 15 hingga 20 telur matang dalam ovari. Telur yang paling matang dilepaskan ke dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk ke dalam tiub falopio. Tiub falopio menyambungkan ovari ke uterus (rahim)

Ovari anda tidak semestinya bergilir-gilir melepaskan telur. Ia berlaku secara rawak. 


Bagaimanakah ovulasi menentukan bila saya boleh hamil?


Untuk hamil secara natural, satu telur dan satu sperma mestilah bertemu dalam tiub falopio. Sesuatu telur itu boleh hidup tidak lebih dari 24 jam selepas ovulasi. Oleh itu, pertemuan telur dan sperma mestilah berlaku pada masa ini.
Walau bagaimanapun, sperma boleh hidup lebih lama iaitu sehingga tujuh hari dalam faraj, uterus atau tiub falopio anda.

Ini bermakna anda tidak perlu menjadualkan hubungan seks tepat pada masa ovulasi untuk menjadi hamil. Anda mempunyai "ruang subur terbuka" selama kira-kira enam hari.

Ruang subur ini termasuk lima hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi itu sendiri. Oleh itu, jika anda bersama dengan suami semasa dalam waktu subur ini, telur yang baru diovulasi ini akan berpeluang bertemu dengan sperma yang sihat dan disenyawakan.


Bagaimana hendak menentukan bilakah saya paling subur?


Cara yang paling mudah untuk menentukan waktu subur anda ialah dengan mencatatkan tempoh kitaran haid anda. Kemudian lihatlah sebarang tanda perubahan hormon dan fizikal diri anda.
Anda akan mula melihat tanda-tanda kesuburan kira-kira lima hari sebelum ovulasi. Ovulasi biasanya bermula di antara 12 hingga 14 hari sebelum anda datang haid. Ini adalah anggaran purata sahaja, oleh itu ia boleh berlaku dalam masa dua hari sebelum atau selepas itu.

Contohnya, katalah kitaran haid anda ialah 28 hari dan tetap. Kira hari pertama anda datang haid sebagai Hari Pertama. Waktu subur anda kemungkinan besarnya ialah di antara hari ke-12 dan ke-17.

Namun ramai wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Jika kitaran haid anda tidak tetap, ovulasi mungkin berlaku seminggu awal atau lewat dari satu bulan ke bulan seterusnya.

Mengira tarikh kesuburan menggunakan kitaran haid sahaja sebenarnya bukanlah cara yang sangat tepat. Oleh sebab itulah, pengenal pastian tanda-tanda fizikal kesuburan dapat membantu. Ini termasuk:

Perubahan pada mukus serviks

Mukus serviks ialah lendir yang anda lihat pada seluar dalam atau kertas tisu apabila anda membuang air kecil.

Perubahan pada mukus serviks dapat memberitahu bilakah anda sedang subur. Selepas haid anda habis, mukus serviks akan bertambah secara beransur-ansur dan berubah dari segi teksturnya.

Perubahan ini menandakan peningkatan tahap hormon estrogen dalam badan anda. Ia juga menunjukkan bahawa anda sudah hampir mengovulasi.

Anda paling subur apabila mukus serviks berwarna bening, licin dan anjal. Ia kelihatan seperti putih telur yang mentah. Mukus yang subur ini membantu mempercepatkan perjalanan sperma masuk ke dalam uterus. Ia membekalkan zat dan melindungi sperma apabila bergerak menuju tiub falopio untuk bertemu dengan telur anda.

Sakit pinggang


Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam.

Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka.

Rasa seksi dan suka memikat

Rasa seksi, suka memikat dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur.

Anda mungkin sedar perasaan berahi memuncak ketika ini. Anda mungkin perasan yang pada masa ini suami anda menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian terhadap anda. Ada bukti dari segi perubatan mengenai perkara ini, percayalah!

Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda juga memberikan tanda-tanda lain bahawa anda sedang subur. Fikirkan semula kitaran anda yang lalu dan anda mungkin ingat perkara-perkara berikut:

Kelihatan menawan, rasa menawan: anda mungkin rasa lebih menawan apabila semakin hampir dengan waktu ovulasi. Anda juga kelihatan lebih menawan pada pandangan orang lain. Tanpa sedar, anda mungkin memilih pakaian yang lebih menonjolkan daya tarikan anda.
Bau seorang wanita: anda berbau harum ketika ini. Bau badan anda lebih harum dan seksi bagi lelaki-lelaki di sekeliling anda ketika anda subur. Anda mungkin sangka orang lain tidak sedar bahawa anda sedang mengovulasi, tetapi bau semula jadi badan anda menceritakan semuanya.


Bagaimanakah saya dapat meningkatkan kebarangkalian saya akan hamil?


Cuba lakukan seks setiap dua atau tiga hari. Dengan cara ini, sperma yang kuat akan berada di tempat yang sesuai apabila anda berovulasi. Kerap melakukan seks meningkatkan kebarangkalian anda akan hamil. Jika lakukan seks semasa mukus serviks anda basah dan licin, ini paling menggalakkan sperma, dan menambahkan kebarangkalian konsepsi. Anda akan merasa senang hati sebab mengetahui yang peluang untuk berjaya amat baik.

Bagi pasangan yang subur normal, terdapat 20 hingga 30 peratus kebarangkalian hamil dalam setiap kitaran.

Kira-kira 80 peratus wanita di bawah umur 40 tahun yang melakukan seks teratur tanpa menggunakan pencegah kehamilan akan hamil dalam tempoh satu tahun. Lebih daripada 90 peratus pasangan yang berjaya hamil dalam tempoh dua tahun.


Boleh juga klik disini untuk tengok WAKTU SUBUR WANITA




ANDA MASIH TERCARI-CARI SET BERSALIN ATAU SET MENYUSU UNTUK ANAK ANADA??

Anda boleh cuba ambil vitamin Shaklee untuk pulihkan luka selepas bersalin dan memeriahkan susu badan supaya anak anda cepat kenyang dan boleh menyusu sehingga anak berumur 2 tahun.


CADANGAN SUPPLEMENT

Set Berpantang Shaklee


Set Menyusu
coppppp.... Inginkan penjimatan sehingga 20% bagi setiap produk?
Jom daftar sebagai 

Anda juga Mungkin Meminati :


CARA MENJADI AHLI SHAKLEE
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
DAFTAR SHAKLEE SECARA PERCUMA


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK



2 comments:

  1. Terima kasih atas info yang bermanfaat....set mengandung shaklee memang terbaik...cubalah...

    ReplyDelete
  2. Info yang sangat berguna . Senang bagi kita untuk tahu tempoh subur kan...

    ReplyDelete