shaklee

shaklee

Tuesday 7 October 2014

Eratkan Ukhuwwah | Pertandingan Bowling


Mengeratkan Ukhuwwah


Sudah lama kami semua tidak bertemu untuk mengeratkan ukhuwwah seperti berada di Politeknik dahulu. Mana tidaknya sekarang masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri. Ada yang sambung belajar, sudah bekerja dan ada juga yang sudah berkahwin. ( Sayalah antaranya yang sudah berkahwin dan sudah ada cahaya mata).

Perancangan kami ini memang sudah lama tetapi asyik bertangguh je disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat di elakkan. Alhamdulillah akhirnya di tanggal 4 oktober 2014 kami berprogram juga. Program ini di kelola oleh kaum wanita, kerana kaum lelaki sudah biasa mengetuai setiap program. Jadi, kali ini mereka hendak kami pula yang merancang dan mengetuai program ini.

Apa yang telah kami berbincang melalui group di whatsapp, kami merancang untuk mengadakan Pertandingan Bowling dan sedikit jamuan makan.

Pada 4 oktober 2014, jam 10 pagi kami berkumpul di TER ( Terengganu Equestrian Resort) untuk mulakan pertandingan bowling dahulu baru kami pergi makan-makan. Makanan pun telah disediakan oleh kaum wanita.

Kami menempah 4 line. Dua line lelaki dan dua line untuk wanita. Aishhh.. Rasa seronok pula main bowling nie. Ini kali kedua Ina main bowling. Kali pertama masa belajar di Polisas dahulu.

Selepas sahaja bermain bowling kami bergambar sekejab, kemudian bergerak mencari tempat untuk makan-makan. macam berkelah lah orang kata. Selesai sahaja makan kami pun bersurai untuk menunaikan solat zohor dan persiapan untuk raya keesokkannya.

Ini saya kongsikan gambar semasa program dijalankan.





untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment