shaklee

shaklee

Monday 27 October 2014

Sakit Belakang | Advance Joint Health Tablet Shaklee Berkesan Dalam Masa 5 Hari




Masalah sakit belakang adalah biasa. Gaya hidup sedentari, postur tubuh yang buruk, berat badan yang berlebihan, cara bekerja yang tidak sihat serta tahap tekanan yang tinggi, semuanya menyumbang kepada masalah belakang.


Struktur Belakang Kita

Spina merupakan sokongan pusat sistem topangan badan.
  • Vertebra - 24 tulang dihimpun satu di atas yang lain untuk membentuk spina.
  • Cakera intervertebra - Lapik tulang rawan yang mengasingkan vertebra. Lapik ini bertindak sebagai penyerap hentak serta membolehkan spina bergerak ke beberapa arah. Setiap cakera mempunyai empulur yang lembut dan menyerupai agar-agar, dikelilingi oleh bulatan serabut.
  • Sendi faset - Sendi-sendi kecil yang mengekalkan stabiliti spina dan membolehkan pergerakan.
  • Korda spina - Satu kabel saraf bermula dari otak melalui saluran di belakang vertebra. Saraf ke tangan dan kaki bergerak melalui pembukaan di antara vertebra.
  • Ligamen - Serabut yang kuat memberikan sokongan kepada sendi-sendi spina.
  • Otot-otot - Banyak otot yang besar dan kecil menghasilkan pergerakan dan memberi sokongan kepada belakang. Kumpulan otot lain dari korset bahu, dada, pelvis, pinggang dan abdomen bergantung kepada ikatannya kepada spina supaya otot-otot ini boleh menggerakkan bahagian-bahagian lain tubuh.


Apakah Yang Menyebabkan Sakit Belakang?


Sebagaimana yang kita sedari, terdapat banyak struktur di bahagian belakang yang boleh menyebabkan kesakitan. Selalunya kesakitan ini bertambah secara beransur-ansur atau selang-seli dan puncanya tidaklah ketara. Bahagian belakang merupakan struktur yang rumit dan kesakitan boleh berlaku di sepanjang panjangnya. Paling sering, berlaku di tengkok dan bahagian bawah belakang.

  • Ketegangan belakang
Ini merupakan sebab paling umum bagi sakit belakang. Tekanan yang abnormal, samada secara mendadak atau secara sedikit-sedikit, boleh merosakkan atau menegangkan otot, ligament atau sendi spina. Seliuhan belakang mungkin akibat sentakan yang tidak disangka, misalnya jatuh, atau mengangkat sesuatu dengan cara yang tidak betul. Atau, postur yang buruk serta otot yang lemah boleh menyebabkan sakit belakang kronik.



  • Kemerosotan cakera

Kemerosotan lapisan aur cakera menjadikan rata dan berbonjol. Cakera yang berbonjol akan meletakkan ketegangan ke ligament atau saraf sekeliling dan menyebabkan kesakitan.



  • Artritis

Sama seperti sendi-sendi lain badan, sendi faset spina boleh menyebabkan osteoartritis. Mungkin terdapat kemerosotan di dalam sendi dan pertumbuhan tulang ataji (osteophytes), di sisi vertebra. Osteoartritis juga boleh menjejas vertebra, dikaitan dengan kemerosotan cakera. Ini merupakan penyebab paling umum artritis pada spina. Lebih jarang, beberapa bentuk artritis radang seperti “ankylosing spondylitis” yang membabitkan spina secara langsung.



  • Siatika

Saraf siatika bermula dari bahagian bawah belakang melintang ke punggung dan turun ke bawah di bahagian belakang kaki. Saraf-saraf ini boleh menjadi radang disebabkan oleh cakera yang bonjol atau sendi faset yang radang, dan kesakitan boleh berlaku di mana-mana tempat laluan mereka. Kesakitan merangkumi dari penyakit spina boleh berlaku di mana-mana anggota badan.




  • Osteoporosis


Kehilangan kalsium daripada tulang-tulang spina mungkin mengakibatkan keruntuhan sebahagian daripada vertebra. Hal ini sering terjadi kepada wanita lepas menopaus.



  • Tekanan emosi

Ketegangan otot yang bertambah biasanya akan memulakan penyakit belang yang menguja. Ketegangan otot yang berlanjutan akan mengakibatkan ketakseimbangan otot dan tekanan luarbiasa ke atas spina. Sakit belakang yang bertambah boleh dikaitkan dengan waktu-waktu tekanan.



  • Sakit Belakang Boleh Dicegah Dan Dikawal

  • Sentiasa peka cara anda menggunakan belakang anda.
  • Perbaiki postur anda dan cara anda bergerak apabila anda duduk, berdiri, bekerja dan bermain.
  • Masukkan senaman yang tetap sebagai sebahagian daripada gaya hidup anda.
  • Kurangkan amaun tekanan di dalam hidup anda.
  • Sakit belakang yang berterusan dan teruk mungkin boleh dibantu dengan rawatan oleh doktor atau pakar fisioterapi terlatih.

Penjagaan Belakang Anda


  • Mengekalkan spina dalam posisi optimumnya.
  • Meletakkan ketegangan yang paling kurang ke atas cakera vertebra, sendi-sendi dan otot-otot, serta tisu yang lembut.
  • Membenarkan spina, kepala, tangan dan kaki bergerak dengan lebih efisien.
  • Memperbaiki keupayaan pernafasan.
  • Membolehkan organ dalaman untuk bekerja lebih efektif.
  • Memperbaiki peredaran darah.
  • Kelihatan dan merasa lebih baik.


Rancang Cara Dan Mengangkat



  • Berdiri hampir dengan objek.
  • Tegakkan objek dengan teguh, memegangnya berhampiran dengan tubuh anda.
  • Menjaga bahagian belakang lurus dan angkat dengan meluruskan lutut anda.
  • Elakkan gerakan yang berbelit, pusing dengan menggerakkan kaki anda.


Bekerja Dan Aktiviti-Aktiviti Harian Lain



  • Sentiasa tegakkan belakang anda.
  • Aturkan ruangan kerja anda supaya perkakas yang paling sering digunakan dicapai untuk mengelakkan banyak membongkok dan peregangan.
  • Bercangkung atau melutut bekerja di paras yang rendah.
  • Angkat objek dengan kedua tangan hampir kepada tubuh, elakkan membawa objek pada sebelah badan sahaja, jika boleh.
  • Apabila menyapu, gunakan strok yang pendek, bengkokkan lutut dan gerakkan kaki anda untuk mengelakkan jangkahan yang berlebihan.

Anda juga boleh mengambil supplement untuk mengatasi masalah sakit belakang, Pontesi untuk sembuh memang 100% smulajadi, selama dan beresan Yang penting produk shaklee sememangnya HALAL. boleh klin link ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Adv.Joint Health Tablet



untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): Shaklee Independent Distributor Norjarina Mohd Ariffin 019-9685187 noorislam_jj@yahoo.com www.facebook.com/sihat.supplement COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

2 comments:

  1. mak saya sendiri pengamal AJHT ni, memang berkesan
    terima kasih ayas penerangan

    ReplyDelete
  2. memang kena jaga-jaga dengan sakit belakang ni, silap haribulan boleh bagi kesan pada pertumbuhan

    ReplyDelete