shaklee

shaklee

Sunday 16 November 2014

Kontroversi Basic H Shaklee

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu tentang Basic H setelah terjumpa isu tentang Basic H dan kegunaannya yang dikatakan 'kontroversi'.  Dalam hal ni, saya akan cuba sedaya upaya untuk stay neutral dan beri komen yang neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Apa yang saya katakan adalah berdasarkan FAKTA semata-mata.

Cuma sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, saya harap anda sebagai pembaca mampu mengekalkan 'a positive attitude' dan saya harap anda boleh menjadi 'a good listener and reader' atas apa yang saya tulis. Jangan kerana berita lepas, anda terus mempunyai tanggapan yang salah.

Senangnya macam ni.... dah banyak sejarah yang berlaku dimana sekiranya usaha kita untuk mencari ilmu / fakta kerana inginkan kebenaran, itu yang Allah akan berikan kepada kita. Tetapi, jika usaha kita mencari fakta / ilmu adalah kerana ingin memburukkan sesuatu, maka hannya keburukan  yang akan kita jumpa... so please keep an open mind.

Apa itu Basic H?
Ini yang saya dapat dari Shaklee website, Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh klik dibawah

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Secara ringkasnya, Basic H merupakan sejenis SURFACTANT yang berupaya mengurangkan 'surface tension' air. Ini membolehkan Basic H menjadi cleaning agent  yang memang bagus sebab ia mampu membasahkan mana-mana permukaan dengan lebih baik.

Contohnya, pernah tak anda guna cecair 'raindrop' yang disapu pada cermin kereta untuk membolehkan penglihatan yang lebih baik ketika hujan? Apa yang terjadi sebenarnya? Cecair tadi merupakan sejenis SURFACTANT yang membolehkan air mengalir dengan lebih mudah di permukaan cermin tanpa melekat.....

SURFACTANT merupakan sejenis bahan yang memang terdapat dalam mana-mana produk pencuci, Bezanya, sumber SURFACTANT boleh jadi daripada bahan kimia atau bahan organik.

Apa sebenarnya SURFACTANT?

http://en.wikipedia.org/wiki/Surfactant

Ingat tak masa belajar subjek kimia kita pernah belajar tentang bahan-bahan yang mempunyai sifat HYDROPHILIC  (SUKA AIR) dan HYDROPHOBIC (BENCI AIR).  Ingat tak apa kegunaan sifat-sifat ni?

Kalau dah lupa, jom kita refresh balik: Bahagian yang HYDROPHILIC akan pergi pada air, dan bahagian yang HYDROPHOBIC akan pergi pada bahagian bukan air. Ini menyebabkan ketegangan permukaan antara air dan bahan bukan air seperti minyak berkurang.

Nak buat eksperimen? Silakan... campurkan air dengan minyak. Biar seketika. Lepas tu, tuang sedikit sabun dalam campuran tadi. Apa yang terjadi?

Malas nak buat eksperimen? Takpe... bayangkan tangan anda berlumur dengan minyak. Dapat tak anda cuci bersih tangan anda TANPA BANTUAN SABUN? Tak boleh kan? Kenapa? Ini kerana SABUN MENGANDUNGI SURFACTANT yang menjadikannya mampu melarutkan minyak diatas tapak tangan anda dan membersihkan tangan anda daripada minyak tadi.

Apa pula DISINFECTANT?
DISINFECTANT merupakan bahan yang disapu / digunakan keatas benda bukan hidup untuk membunuh bakteria dan mikro-organisma yang merbahaya. Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

Adakah SURFACTANT sejenis DISINFECTANT?
Jawapannya mudah.... TIDAK SAMA SAMA SEKALI. Bukan sebab ejaannya tak sama, tapi sebab definisinya pun berbeza. Tak percaya? Baca sekali lagi sehingga anda faham perbezaannya.

Jom tengok apa yang ditulis atas botol Basic H

Nampak tak, atas botol tu hanya tertulis SURFACTANT, bukannya DISINFECTANT (mahupun suffocant... and suffocant tu sebenarnya adalah perkataan lain untuk asphyxiant, atau sesuatu yang menyesakkan nafas kita)

Apa kandungan Basic H?
Pihak Shaklee claim Basic H merupakan 100% natural atau semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya seperti phospate, malah chlorine pun tak ada. Memang mencabar sebenarnya nak cari facts apa sebenarnya bahan dalam Basic H ni, tapi alhamdulillah saya jumpa satu FACTSHEET yang sangat menarik. Boleh klik sini.

Ada tertera disini, Basic H dihasilkan daripada bahan-bahan yang berasal daripada kelapa dan jagung.

Mesti ada yang pelik. Takkanlah kelapa dan jagung boleh jadi bahan pencuci, dan bahan pencuci serba guna dengan macam2 kegunaan pulak tu....

Mungkin anda generasi muda, ataupun anda lahir dalam generasi yang sudah tidak mengenal 'pencuci organik' nenek moyang kita dahulu. Sebelum adanya sabun, bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun pokok atau apa-apa bahagian pada pokok yang mampu menghasilkan buih dijadikan sebagai bahan pencuci. Siapa pernah pergi camping? Pernah tak tengok sejenis pokok yang buah2an nya berpintal, warna hijau, kalau diramas ditangan yang basah, boleh menghasilkan buih? Jadi, pendek kata, bahan-bahan tumbuhan memang dah digunakan dari zaman dahulu lagi untuk menghasilkan buih / sabun.

Dalam Basic H memang tak ada SLS. Boleh cek bahan-bahannya. SLS terdapat dalam syampu bayi, sabun mandi dan sebagainya. Malah jenama yang top seperti J******* B*** pun ada SLS.

Jadi apa kegunaan Basic H?
Secara umumnya, sebagai agen pembersih. Macam-macam kegunaan, dan disebabkan faktor 'kulit dan warna mata', contoh yang saya pilih adalah contoh dari luar negara.

http://voices.yahoo.com/10-odd-uses-oprahs-favorite-shaklee-basic-h-678831.html

http://www.pjstory.com/Gardening%20with%20Basic-H.htm

http://www.thethriftymama.com/shaklee-basic-h-2-cleaning-green-product.html

http://smallnotebook.org/2010/02/01/get-clean-with-shaklee-basic-h2-a-review/

Bagi saya, terpulang pada penilaian masing-masing. Cara penggunaan saya mungkin tidak tersenarai dalam list yang disyorkan oleh pihak Shaklee, tapi pihak Shaklee juga ada state '997 uses to go'.

Saya respect pandangan masing-masing kerana ia hak individu. Saya dah terangkan sebaik mungkin tentang Basic H. Bagi saya, tiada salahnya mencuba kerana, to quote 'A REAL CLEAN SITUATION HAS NO SMELL, NO IRRITANT'. Saya sendiri pun alah terhadap sabun-sabun atau pewangi udara tertentu, jadi saya faham statement ni. Memang a real clean sepatutnya takde bau sebab wangi-wangian pun boleh menjadi sumber irritant. Tapi masyarakat kita dah disogok dengan sesuatu yang bersih perlu wangi, berkilat dan sebagainya menjadikan kita agak sukar menerima pendapat 'a real clean has no smell'.

Saya yakin anda bijak. Fikirkan sendiri dan buat pandangan anda sendiri. Jangan sekadar mengikut tiupan angin semata-mata.

^--^

Disclaimer:Penulisan ini adalah pandangan saya semata-mata berdasarkan fakta yang saya kumpul tentang Basic H dan tiada kaitan dengan promosi atau apa-apa pun. Sekadar untuk anda menilai...

1 comment:

  1. Saya suka guna Basic H ni sebab ianya semulajadi. Kadang2 kita lupa,cara gaya hidup kita yg seakan2 ambik mudah penyebab penyakit2 bahaya. jadi,berfikir sebelum bertindak!

    ReplyDelete