5 Rahsia Penting Kulit cantik

Boleh dikatakan semua wanita ingin kelihatan cantik dan mempunyai kulit yang sihat selalu kan. saya sendiri pun memang inginkan kulit yang cantik dan bersih untuk kecantikka bagi suami. Pahala tau cantik-cantik untuk suami ni. wahhh... macamlah cantik sangat kan. Tapi kulit saya sekarang memang dah ok daripada dulu sebelum tahu apa rahsia kulit cantik nie. Bila dah tahu rahsianya dan amalkan memang betul-betul berkesan dapatkan kulit yang cantik. Mesti tak sabarkan nak tahu apa rahsianya. jeng.. jeng..jeng..
Mari kita baca apa 5 Rahsia Kulit Cantik yang Ina nak kongsikan kepada kawan-kawan yang mempunyai masalah kulit. Bakal-bakal pengantin mesti bersa tidak senang senang kan apabila mempunyai masalah kulit. Yerlah nak berdepan dengan orang ramai perlulah ada keyakinan,. Tetapi kalau dah kulit kusam,berminyak, berjerawat dan berparut mana nak datang keyakinan tu betul tak?
1. TIDAK MEROKOK
Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.2. REMAJA DARI DALAM
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buah-buahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.Anda boleh cuba ambil Vitamin C Shaklee seperti mana yang saya ambil setiap hari. Nak tahu apa kelebihan dan kebaikan Vitamin C Chaklee?? Mari-mari kita baca seketika.....>>>>>

- Setiap tablet membekalkan 500mg vitamin c yang diekstrak dari 7.5 biji oren dan buah-buahan sitrus.
- Menggunakan teknologi pelepasan berperingkat (sustained release) vitamin c selama 5 jam berturut-turut. Ini membenarkan vitamin c untuk berada dalam tubuh dengan lebih lama.
- Diperkayakan dengan bioflanovoid (dari sumber kulit buah) sebanyak 120mg dalam setiap tablet yang berfungsi meningkatkan lagi keberkesanan vitamin c disamping berfungsi melegakan inflamasi, menentang jangkitan bakteria dan serangan radikal bebas.
Antara lain kebaikan vitamin C Shaklee ialah ia terbukti berkesan;
- Menghilangkan masalah alergi dan resdung
- Mencerah dan mencantikkan kulit
- Mengatasi demam dan selsema
Siapa yang PERLU ambil vitamin C Shaklee;
- Perokok tegar.
- Pesakit diabetes. Lazimnya pesakit diabetes kehilangan vitamin c yang banyak melalui kencing yang kerap. Paras gula yang banyak akan bersaing dengan vitamin c dalam salur darah. Bila vitamin c kurang akan menyebabkan gejala seperti luka sukar sembuh dan gangren.
- Pesakit kanser kerana vitamin c berupaya memperlahankan pertumbuhan tumor.
- Mereka yang minum alkohol.
- Pesakit rheumatoid arthritis
- Ahli sukan
- Mereka yang sedang mengambil pil perancang, aspirin, antibiotik
- Mereka yang sedang dirawat atau baru selesai menjalani pembedahan.
3. PENGELUPASAN KULIT
Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN
Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.5. BERSENAM
Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.
Bagaimana hendak mendapatkan vitamin c shaklee? Anda boleh mendapatkannya dari saya. Saya adalah pengedar Shaklee yang sah. Jom hubungi saya di talian berikut
untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email):

Shaklee Independent Distributor
Norjarina Mohd Ariffin
019-9685187
noorislam_jj@yahoo.com
www.facebook.com/sihat.supplement
COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.