shaklee

shaklee
Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Sunday, 26 October 2014

Testimoni Set Ibu Hamil Shaklee

Set ibu hamil shaklee memang terbaik


Kenapa Set ibu hamil Shaklee terbaik Ina katakan? Kerana Ina juga salah seorang pengguna set hamil Shaklee nie. Di saat mula mengenal Shaklee, Set hamil lah yang pertama Ina consume. Memang menakjubkan set hamil shaklee nie. Sebabnya, walaupun tabletnya besar-besar Ina tetap boleh telan. Ina sebenarnya jenis tak suka makan ubat. Tapi shaklee bukan ubat tau.

Apabila mula-mula nak telan rasa risau juga takut muntah ke apa kan. Tapi Alhamdulillah Ina boleh telan dengan jayanya dan boleh consume sampai bersalin dan sampai sekarang Ina masih consume Shaklee..

Shaklee memang terbaik, kerana ia memberi tenaga kepada ibu hamil yang sudah kekurangan tenaga disebabkan baby makin membesar di dalam perut kan. Kalsium ibu juga di ambil oleh bayi dalam perut.

Set Hamil ini juga boleh maintankan bacaan HB (Hemoglobin) bagi ibu hamil. Tidaklah perli risau apabila bacaan HB rendah dari 11 kan. HB yang rendah juga boleh mendatangkan risiko yang tinggi kepada si ibu ketika bersalin. Kemungkinan si ibu akan kehilangan darah yang banyak.

Jadi, sebagai persediaan ambillah vitamin untuk ibu hamil dan untuk bayi juga supaya kedua-duanya sihat.

Mari kita tengok testimoni terbaru seorang ibu hamil yang mengambil set ibu hamil shaklee..




Nampak kan keputusannya selepas mengambil set hamil Shaklee..

👉 Badan lebih bertenaga
👉 Bacaan HB cantik. ❤❤

Anda juga ibu hamil yang inginkan badan bertenaga sepanjang hari dan inginkan bacaan HB sentiasa cantik.??

Jom dapatkan Set Ibu Hamil Yang Lengkap.





Hubungi saya untuk dapatkan konsultansi secara PERCUMA!!





Shaklee independent Distributor
NorJarina Mohd Ariffin
1080045
☎ 019-9685187
noorislam_jj@yahoo.com



coppppp.... 

Inginkan penjimatan sehingga 20% bagi setiap produk?
Jom daftar sebagai 



Anda juga Mungkin Meminati :


CARA MENJADI AHLI SHAKLEE
KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE
DAFTAR SHAKLEE SECARA PERCUMA


COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK




posted from Bloggeroid

Tuesday, 21 October 2014

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?

Apakah simptom-simptom kehamilan di luar rahim?





Agak sukar untuk mengenal pasti kehamilan di luar rahim kerana ia mungkin bermula dengan tanda-tanda yang sama dengan haid atau ancaman keguguran seperti senggugut dan keluar sedikit darah.

Walau bagaimanapun, ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:

Pendarahan faraj yang tidak normal

Darah ini biasanya berbeza daripada haid biasa, samada ia lebih banyak atau sedikit, dan mungkin warnanya lebih gelap daripada biasa dan cair (sesetengah orang menggambarkannya seperti "jus prun").

Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut 


Ini adalah simptom yang biasa. Jika anda mengalaminya dan anda mengesyaki anda hamil, anda harus berjumpa doktor. 

Jika kehamilan di luar rahim ini tidak dikenal pasti dari awal, dan tiub anda menegang akibat pembesaran embrio sehingga ia pecah, maka anda akan mengalami simptom-simptom berikut:

  • Sakit yang teruk dan berlaku tiba-tiba, dan beransur-ansur merebak ke seluruh bahagian perut.
  • Berpeluh, rasa seperti hendak pitam, cirit-birit atau terdapat darah dalam najis.
  • Tidak sedarkan diri akibat pendarahan dalaman yang teruk.
  • Sakit pada hujung bahu. Ini boleh berlaku jika pendarahan dalaman itu mengganggu organ dalaman lain seperti diafragma (rusuk).

sumber

untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email):
Shaklee Independent Distributor
Norjarina Mohd Ariffin
019-9685187
noorislam_jj@yahoo.com
www.facebook.com/sihat.supplement


COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Sunday, 19 October 2014

Kehamilan di Luar Rahim


Apakah itu Kehamilan Di Luar Rahim?

Semalam baru sahaja ada seorang sahabat yang memberitahu yang beliau hamil di luar rahim buat kali kedua. Kali pertama hamil di luar rahim pada bulan April yang lepas dan telah di buang tiub falopio sebelah, hanya tinggal sebelah sahaja lagi.  Dukacitanya bulan ini beliau di sahkan hamil tapi sebaliknya sekali lagi berlaku komplikasi hamil di luar rahim. Diriku juga tumpang simpati ke atas beliau. Semoga beliau di beri kekuatan untuk menempuh dugaan besar ini.

Apa itu kehamilan di luar rahim? Mari kita baca dan fahami supaya boleh di jadikan pengajaran dan pengetahuan buat kita sebagai kaum wanita yang sangat-sangat perlu ambil tahu hal ini. Moga-moga kita semua dijauhkan dengan kehamilan di luat rahim.. InsyaAllah. Amiin..






Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.

Dalam kebanyakan kes kehamilan di luar rahim (95 peratus), implantasi berlaku dalam tiub falopio, dan sebab itulah ia juga dikenali sebagai kehamilan tiub (tubal pregnancy). Apabila kehamilan ini berkembang, ia menyebabkan kesakitan dan pendarahan, dan jika dibiarkan, tiub falopio tersebut boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

Ini merupakan kes kecemasan dan boleh mengancam nyawa. Kehamilan seperti ini tidak bertahan lama kerana ia tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Ia harus digugurkan sepenuhnya.



Bilakah kehamilan di luar rahim biasanya berlaku?


Kehamilan di luar rahim biasanya dikenalpasti di antara minggu keempat dan kesepuluh. Simptom-simptomnya biasanya berlaku kira-kira dua minggu selepas tidak datang haid.


Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?


Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.



Siapakah yang berisiko mengalami kehamilan di luar rahim?


Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk:

  • Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub falopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
  • Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
  • Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
  • Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
  • Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah. 

Alhamdulillah beliau sudah pun selamat membuat pembedahan di Kuantan Medical Center. Se,oga beliau diberi rezeki yang lebih baik selepas apa yang berlaku ke atas dirinya. InsyaAllah. 




untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email):
Shaklee Independent Distributor
Norjarina Mohd Ariffin
019-9685187
noorislam_jj@yahoo.com
www.facebook.com/sihat.supplement

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.