shaklee

shaklee

Friday 3 October 2014

Khasiat Badam

Khasiat Badam | Badam Membantu Membakar Lemak






Saya suka sangat makan badam. Tapi tidaklah macam makan nasi kan. Makan sikit-sikit je macam makan kismis. Lagi satu, kalau beli coklat biasanya saya akan pilih yang ada badam. Kuih raya pun yang paling saya suka almond london sebab ada biji badam kat dalam. Rasanya semua orang tahu bahawa macam-macam cara orang menikmati badam ni. Antaranya, ada yang letak dalam aiskrim, campur sebagai adunan kek atau kuih dan sebagainya.


Seperti biasa, bila makan buah badam nie, err... ke nak sebut kacang badam? Makan bukanlah kerana tujuan tertentu. Cuma makan kerana memang dirasakan sedap je. Tetapi baru-baru ini bila terbaca tentang kahsiat badam, barulah saya tahu ada bagusnya juga kalau sekali-sekala makan badam nie.


Menurut kajian, badam mengandungi vitamin E, lemak tak tepu, magnesium dan antioksidan yang membantu meningkatkan aliran darah. Amalan makan badam juga dikatakan turut membantu menambahbaik kesihatan pada organ terutamanya hati.

BADAM MEMBANTU MEMBAKAR LEMAK


khasiat badam



Rasanya ramai yang akan terbeliak biji mata apabila tengok tajuk kecil kat ats tu. Badam membantu pembakaran lemak badan, sekaligus membantu menurunkan berat badan. Bukan 'gimmick' tapi sudah dibuktikan berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam international journal of Obesity.


Menurut penyelidikan berkenaan, pengambilan satu genggam badan setiap hari bersama menu diet sihat boleh membantu membakar 18 peratus lebih banyak lemak berbanding kategori diet yang tak makan badam.


Dalam satu kajian lain pula dikatakan bahawa badam juga dipercayai membantu menurunkan paras kolestrol LDL ( kolestrol jahat) sehingga 12%. Jadi, badan bagus untuk jantung selain menbantu membakar lemak.


Selain itu, khasiat badam juga boleh diraih melalui minyaknya....



KHASIAT MINYAK BADAM



Minyak tulen yang dihasilkan daripada buah badam adalah pelembap semulajadi untuk membantu menjaga kulit daripada mudah kering. Minyak badam secara semulajadinya memberikan makanan dan meng'hidup'kan kembali sel-sel kulit mati.


Dan minyak yang ada dalam ekstrak badam juga dikatakan berkesan untuk mengubati masalah rambut, terutamanya yang menghadapi masalah rambut gugur. Minyak badam turut membantu menggalakkan pertumbuhan rambut.



ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI :





untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK




posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment