shaklee

shaklee

Wednesday 29 October 2014

Adakah Penyusuan Di Waktu Malam Menyusahkan Ibu? | Susu Ibu Hebat!!



Adakah Penyusuan Di Waktu Malam Menyusahkan Ibu? | Susu Ibu Hebat!!



Photo: Salam pagi mommies semua... :) Hari ini admin nak share berkaitan penyusuan malam lagi. Persoalan hari ini ialah Adakah Penyusuan di Waktu Malam Menyusahkan Ibu?HEBATNYA SUSU IBU!!!Penyusuan malam mungkin menjadi perkara yang meletihkan, terutamanya untuk ibu. Ada kalanya ibu sukar menidurkan bayinya, bay bangun beberapa kali pada setiap malam, dan ibu perlu menyusukan dan menukar lampin bayi.Namun, sekiranya ibu bapa memahami keperluan bayi terutama semasa dua hingga tiga bulan pertama, dan menyediakan minda positif bagi menghadapinya, ia tidak akan dilihat sebagai beban. Malah ibu akan berasa lega kerana anaknya bangun menyusu di tengah malam dan bapa pula lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu.Di Barat, amalan bayi tidur bersama ibu bukan suatu budaya yang diterima secara meluas. Walaupun anak masih bayi, mereka ditidurkan di bilik berasingan. Apabila bayi mula terjaga dan mahu menyusu, tiada respons segera daripada orang dewasa. Apabila keperluan tidak dipenuhi, lama kelamaan bayi mula menangis dan merajuk. Ibu yang tidur di bilik berasingan mengambil lebih lama masa sebelum terjaga dan berjalan ke bilik tidur bayinya. Lebih lama masa perlu diambil untuk memujuk bayi yang menangis supaya untuk menyusu. Kedua-dua ibu dan bayi pasti tidak gembira, lebih-lebih lagi jika ia berlaku beberapa kali setiap malam. Sememangnya ia akan mengganggu tidur ibu. Sekiranya ibu bekerja pada keesokan harinya, ia pasti lebih memburukkan keadaan.Bagi masyarakat di Asia dan Affika, bayi kecil tidur bersama ibu bapa adalah amalan biasa. Bayi akan tidur di sebelah ibunya dan apabila terjaga untuk disusukan, ibu dengan sendirinya akan tersedar dan terus menyusukan bayinya. Bayi akan kembai tertidur selepas itu dan ibu pula TIDAK BERASA LETIH.Kebanyakan masyarakat  Barat menganggap bayi yang tidur bersama ibu bapa akan membahayakan nyawa bayi kerana dikhuatiri jatuh dari katil atau dihimpit oleh ibu atau bapanya. Namun, kajian mendapati ibu yang menyusukan dan tidur bersama anaknya pada kebanyakan masa berada di dalam kitaran tidur ringan (light sleep cycle). Ini membuatkan ibu senang terjaga sebaik sahaja ada tanda-tanda bayi mahu menyusu. Posisi ibu yang tidur bersama bayinya, biasanya lebih kurang sama sahaja untuk semua ibu iaitu; ibu menghadap ke arah bayi, sebelah tangan diletakkan di bahagian kepala, dan lutut sedikit bengkok. Posisi ini melindungi bayi daripada beralih jauh dari tempat tidurnya ataupun tersepit di celah selimut. Bagi masyarakat Melayu pula, ada bayi yang lebih selesa dibedung semasa tidur, maka bayi tidak mungkin akan jatuh kerana beralih jauh dari ibunya atau bergerak-gerak sehingga tersepit di celah selimut ibu bapanya.#ibuhebatanaksihat #susuibu#infosusuibu#hebatnyasusuibu#breastpumpevelove#kamijualbreastpump #breastpumpmurah#paydaysales klik http://goo.gl/aiJn3E

Assalamualaikum...


Salam pagi mommies semua... Hari ini Ina nak share berkaitan penyusuan lagi. Semalam dah bagitahu yang saya akan kongsi berkaitan dengan penyusuan sahaja supaya ibu-ibu mudah untuk mencari info berkenaan dengan penyusuan ibu. Untuk hari ini saya akan shate berkenaan penyusuan malam pula. Persoalan hari ini ialah Adakah Penyusuan di Waktu Malam Menyusahkan Ibu?



Penyusuan malam mungkin menjadi perkara yang meletihkan, terutamanya untuk ibu. Ada kalanya ibu sukar menidurkan bayinya, bayi bangun beberapa kali pada setiap malam, dan ibu perlu menyusukan dan menukar lampin bayi.

Namun, sekiranya ibu bapa memahami keperluan bayi terutama semasa dua hingga tiga bulan pertama, dan menyediakan minda positif bagi menghadapinya, ia tidak akan dilihat sebagai beban. Malah ibu akan berasa lega kerana anaknya bangun menyusu di tengah malam dan bapa pula lebih menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu.

Di Barat, amalan bayi tidur bersama ibu bukan suatu budaya yang diterima secara meluas. Walaupun anak masih bayi, mereka ditidurkan di bilik berasingan. Apabila bayi mula terjaga dan mahu menyusu, tiada respons segera daripada orang dewasa. Apabila keperluan tidak dipenuhi, lama kelamaan bayi mula menangis dan merajuk. Ibu yang tidur di bilik berasingan mengambil lebih lama masa sebelum terjaga dan berjalan ke bilik tidur bayinya. Lebih lama masa perlu diambil untuk memujuk bayi yang menangis supaya untuk menyusu. Kedua-dua ibu dan bayi pasti tidak gembira, lebih-lebih lagi jika ia berlaku beberapa kali setiap malam. Sememangnya ia akan mengganggu tidur ibu. Sekiranya ibu bekerja pada keesokan harinya, ia pasti lebih memburukkan keadaan.

Bagi masyarakat di Asia dan Affika, bayi kecil tidur bersama ibu bapa adalah amalan biasa. Bayi akan tidur di sebelah ibunya dan apabila terjaga untuk disusukan, ibu dengan sendirinya akan tersedar dan terus menyusukan bayinya. Bayi akan kembali tertidur selepas itu dan ibu pula TIDAK BERASA LETIH.

Kebanyakan masyarakat Barat menganggap bayi yang tidur bersama ibu bapa akan membahayakan nyawa bayi kerana dikhuatiri jatuh dari katil atau dihimpit oleh ibu atau bapanya. Namun, kajian mendapati ibu yang menyusukan dan tidur bersama anaknya pada kebanyakan masa berada di dalam kitaran tidur ringan (light sleep cycle). Ini membuatkan ibu senang terjaga sebaik sahaja ada tanda-tanda bayi mahu menyusu.

Posisi ibu yang tidur bersama bayinya, biasanya lebih kurang sama sahaja untuk semua ibu iaitu; ibu menghadap ke arah bayi, sebelah tangan diletakkan di bahagian kepala, dan lutut sedikit bengkok. Posisi ini melindungi bayi daripada beralih jauh dari tempat tidurnya ataupun tersepit di celah selimut. Bagi masyarakat Melayu pula, ada bayi yang lebih selesa dibedung semasa tidur, maka bayi tidak mungkin akan jatuh kerana beralih jauh dari ibunya atau bergerak-gerak sehingga tersepit di celah selimut ibu bapanya.


Bagi saya sendiri, saya memang meletakkan baby saya disebelah saya tidur. Jarak sekali untuk tinggalkan baby di dalam buaian. Apabila baby berada bersama kita ketika tidur, mudah untuk memberi susu kepadanya pada tengah malam. Ibu-ibu tidak perlu bersusah payah nak kena bangun untuk menyusukan anak. Ibu-ibu hanya perlu mengalihkan posisi yang betul untuk menyusukan anak dengan selesa dan ibu-ibu boleh sambung tidur semula. 

Anak saya kuat menyusu, malam-malam 2-3 kali juga bangun untuk menyusu. 
Harap ibu yang menyusu badan tidak perlu risau kerana anda sebenarnya cukup tidur dan tidak menyusahkan anda. Bagi ibu yang susukan anak dengan susu formula kebiasaannya agak sukar kerana perlu bangun untuk bancuh susu anak mereka. 

HEBATKAN SUSU IBU!!


HAPPY BREASTFEEDING IBU-IBU SEMUA!!


ANDA MUNGKIN JUGA MEMINATI:





Untuk ibu menyusu yang kekurangan susu saya sangat syorkan pada anda set ibu menyusu paling basic ini iaitu ALFALFA COMPLEX & ESP. Ini adalah set paling basic bagi ibu menyusu. Saya sudah rasakan keistimewaannya sekarang kerana saya mampu menyusukan anak saya yang sekarang sudah 5 bulan secara penuh tanpa campur dengan susu formula. InsyaAllah saya akan menyusukan anak saya sehingga 2 tahun jika ada rezeki saya dan anak saya,. Mana tau ianya juga serasi dengan anda kerana itu saya ingin kongsikan kepada anda yang set menyusu ini bukan ubat uttuk tambah susu tetapi hanya vitamin. Anda sendiri akan tengok hasilnya apabila anda mengamalkan set menyusu ini. Dah guna pasti jatuh cinta. =)



SET MENYUSU BASIC







Untuk pesanan anda boleh klik link di bawah untuk membuat order yang akan terus sampai ke pintu rumah anda.



Dapatkan penjimatan untuk setiap produk Shaklee dengan mendaftar sebagai ahli JOM DAFTAR SEKARANG!


untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya (whatsapp/sms/email): 

Shaklee Independent Distributor 
Norjarina Mohd Ariffin 
019-9685187 
noorislam_jj@yahoo.com 
www.facebook.com/sihat.supplement 

 COD BANDAR CHUKAI KEMAMAN,TERENGGANU


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


"INGIN MENDAPAT 4-5-6 ANGKA SEBULAN DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEEHUBUNGI SAYA!! HANYA DENGAN ONLINE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN! WAKIL PENGEDAR SELURUH MALAYSIA MASIH DIPERLUKAN! DAN ANDA AKAN DIJEMPUT KE GROUP EKSLUSIF DI FACEBOOK




No comments:

Post a Comment